CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 385|Reply: 2

Dari Betta Single Room Sampailah Tropical Suite, Hotel Ikan Beri Keselesaan Penginapan Buat Ikan Peliharaan

[Copy link]
Post time 27-12-2022 05:28 PM | Show all posts |Read mode
Bukan sahaja kucing dan anjing, malah kini mereka yang mempunyai hobi memelihara ikan tidak perlu bimbang jika perlu meninggalkan peliharaan mereka dalam tempoh panjang dengan kewujudan sebuah hotel ikan di Setia Alam.


Hotel ikan yang dikendalikan di bawah label Aqua Nation itu menawarkan tempat penginapan sementara untuk menjaga dan merawat ikan peliharaan. Perkhidmatan yang selesa dan bersih ditekankan.


Memulakan perkhidmatan sejak awal tahun 2021, Aqua Nation dimiliki oleh pemuda tempatan, Muhammad Ezzad Emmir Hariss.




Hotel ikan di Aqua Nation, Setia Alam, Selangor ini menyediakan penginapan selesa dan penjagaan untuk ikan-ikan peliharaan ketika pemiliknya tiada atau pergi bercuti.- Foto SADDAM YUSOFF





Pada awalnya, ia merupakan sebuah kedai aquarium yang menjual ikan peliharaan dan barang keperluan ikan.


Menurut pemuda berusia 26 tahun itu, idea memulakan perkhidmatan hotel ikan tercetus selepas dia mendengar banyak rungutan tentang masalah dihadapi oleh pemelihara ikan apabila ingin bercuti.


“Saya banyak memberi konsultasi kepada pelanggan tentang penjagaan ikan. Kebanyakan mereka sering berdepan masalah apabila ingin meninggalkan ikan ketika bercuti.


“Melihat kepada masalah berkenaan dan menyedari bahawa tiada khidmat hotel ikan yang ditawarkan di luar sana, kami mengambil inisiatif untuk memulakan perkhidmatan ini.


“Hotel ikan ini dibuka selepas setahun kami memulakan perniagaan kedai akuarium,” katanya yang turut mempunyai hobi memelihara ikan.


Hotel ikan Aqua Nation menerima pelanggan yang memelihara pelbagai jenis hidupan akuatik termasuk udang karang dan kura-kura.


Para pelanggan akan dikenakan caj mengikut saiz akuarium yang diperlukan iaitu bermula dari paling kecil hingga bersaiz 61 sentimeter. Caj yang dikenakan juga amat berpatutan iaitu bermula RM3 hingga RM15 semalam.


Antara ‘bilik’ penginapan yang ditawarkan ialah Betta Single Room, Nano Sharing Room, Nano Deluxe Room, Tropical Sharing Room dan Tropical Suite. Ada bilik yang diinap secara persendirian (private compartment) dan ada bilik yang berkongsi tetapi mempunyai pemisah (divider).


Lebih besar saiz akuarium atau lebih mahal bilik, lebih bagus penapis (top filter) yang disediakan.


Berkongsi tentang cabaran menjalankan hotel ikan, Muhammad Ezzad Emmir memberitahu, terdapat beberapa halangan ketika menjalankan perkhidmatan tersebut.




Muhammad Ezzad Emmir (kanan) memberi penerangan mengenai khidmat hotel ikan kepada pelanggannya.





Jelasnya, banyak perkara perlu diambil perhatian ketika menjaga ikan kerana ia adalah haiwan yang sensitif dan sebarang kesilapan boleh memendekkan jangka hayatnya.


Justeru, antara perkara yang perlu dititikberatkan adalah mengenai jenis ikan yang dihantar oleh pelanggan dan kaedah penjagaannya.


“Penjagaan ikan ini boleh dikatakan agak cerewet kerana ia hidup di dalam air. Oleh itu, kualiti air akuarium sangat kami utamakan setiap kali menerima ikan pelanggan.


“Kami juga akan pastikan ikan yang dihantar ke sini mendapat persekitaran yang hampir sama seperti di tempat asalnya termasuk tahap kandungan mineral di dalam air,” ujarnya.


Tidak hanya menjaga kualiti air, Muhammad Ezzad Emmir juga perlu memastikan kondisi kesihatan ikan pelanggannya berada dalam keadaan baik.


Hal ini kerana Aqua Nation turut memberikan rawatan jika ikan yang diterima daripada pelanggan berada dalam keadaan tidak sihat.


Ulasnya lagi, ikan yang kurang sihat lebih sensitif dan berpotensi untuk mati jika bertukar persekitaran.




Ikan yang tinggal di hotel ikan Aqua Nation akan diberi makan secukupnya.




“Hayat ikan sukar dijangka, malah tahap kesihatannya juga mudah terjejas. Jadi, kami akan cuba merawat ikan yang dihantar di sini jika tidak sihat.


“Antara cabaran lain dihadapi juga adalah apabila pelanggan menghantar ikan yang masih kecil (anak ikan).


“Pada tahap ini, ia perlu dijaga dengan rapi dan penjagaannya juga agak cerewet,” kongsi graduan perakaunan dari Universiti Teknologi Mara itu yang turut menawarkan insurans bagi ikan.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2024 07:57 AM | Show all posts
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 08:00 AM | Show all posts
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.046783 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list