View: 963|Reply: 7
|
Disambar M. Nasir, P. Radhi Popular Sebab 'Tiara' Versi P. Ramlee
[Copy link]
|
|
Penyanyi P Radhi meluahkan rasa terharu dan teruja apabila mendapat tawaran bernaung di bawah syarikat rakaman milik Datuk M.Nasir selepas lagu cover nyanyiannya iaitu Tiara versi Allahyarham Tan Sri P. Ramlee tular di media sosial.
Radhi atau Muhammad Radhi Abd Rahman, 30, yang merupakan bekas peserta program nyanyian Bintang P. Ramlee RTM tahun 2016 menganggap ia satu peluang keemasan dalam usaha melonjakkan lagi namanya sebagai penyanyi.
Foto: IG
“Kalau sebelum ini saya ada cover lagu Tiara versi Tan Sri P.Ramlee tetapi Insha Allah awal tahun depan akan keluar lagu Datuk M.Nasir Satu Masa versi 50an yang mendapat permintaan ramai.
“Saya dipanggil oleh Datuk M.Nasir untuk berada bawah naungannya sebab dia ada menonton video saya cover lagu Tiara," katanya kepada mStar.
Bagaimanapun kata Radhi, dia masih perlu menjalani sesi ujian vokal bersama penyanyi terkenal itu dan bersyukur apabila diterima sebagai artis rakaman Luncai Emas Sdn. Bhd.
Foto: IG
Katanya lagi, syarikat rakamannya juga sedang dalam proses menerbitkan single terbaharunya tidak lama lagi.
"Ketika uji bakat, Datuk beritahu keunikan bakat saya membuatkan dia terpanggil untuk mengambil saya sebagai artis rakaman.
Foto: IG
"Insya Allah single baru akan keluar tahun depan, saya pun dah dengar demo," katanya.-CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
alaaaahhhh gelinya kusam berminyak berlengas-lengas muka...suara bukan suara ori pun..just menyanyi kolom2 suara bagi sama pramlee je pun.. aiyooo... lain macam taste seni tok nasir ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lerrrr Aku ingat Radhi OAG.. terkejut 15 saat takkan lah si tak leh duduk diam M Nasir sambar kannnn.. |
|
|
|
|
|
|
|
tok nasir tak tengok roper... aaaagitchewww
misai tu taste tokti yach
|
|
|
|
|
|
|
|
Blh pergi jauh kut sbb jdi genre 'baru' lgpun skrg ni kena buat mnde2 kelainan sikit baru viral |
|
|
|
|
|
|
|
tak kacak, nexttttttttttttttttt |
|
|
|
|
|
|
|
best jugak dengar kat radio haritu
cuma mixing dia cam kureng sikit, macam muzik tak blend sangat dengan suara |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau M.Nasir yg ambik, haruslah ko bangga walaupun ko viral je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|