CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 392|Reply: 0

[Sarawak] Tetap waspada jangkitan Covid-19

[Copy link]
Post time 26-12-2022 06:15 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Rakyat Sarawak khususnya yang meraikan Hari Krismas diingatkan untuk menyambutnya dengan berhatihati memandangkan negeri ini masih belum pulih sepenuhnya daripada pandemik Covid-19.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, masyarakat negeri ini harus mengambil iktibar daripada yang berlaku kepada China apabila kes positif di negara itu kini melonjak semula.

“Sebagai pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), saya mengabaikan tanggungjawab jika gagal untuk mengingatkan rakyat bahawa dalam apa jua majlis kegembiraan dan kemeriahan yang kita raikan, marilah terus berhati-hati.

“Amalkan penjagaan kesihatan yang baik.

Kebangkitan semula kes positif di China pengajaran terbaik.

“Oleh itu, mari kita meraikan perayaan dengan penuh tanggungjawab bagi mengelak daripada mengubah perayaan ini menjadi kesedihan di kemudian hari,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Krismas 2022.

Tambahnya, malah Pakar Kesihatan Dan Perubatan Komuniti Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Profesor Dr David Perera sentiasa mengingatkan belum mendapat suntikan vaksin supaya dilindungi.

Dalam pada itu mengenai sambutan Krismas, Uggah berkata, ia merupakan masa pembaharuan tahun depan, penganut Kristian dan semua penganut bukan Islam di Sarawak boleh menanti dengan penuh harapan serta kegembiraan dalam mengembangkan kepercayaan masing-masing.

“Kerajaan Sarawak melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (Unifor) menyampaikan hadiah Krismas serta Angpau Tahun Baru Cina lebih awal melalui geran RM100 juta, peningkatan RM50 juta daripada tahun-tahun sebelumnya.

“Kebebasan beragama di Sarawak bukan sahaja didengari untuk diamalkan tetapi dibantu dengan murah hati untuk pembangunan bersama.

“Jadi, biarlah keharmonian, toleransi kaum dan agama ini terus menjadi ciri istimewa Sarawak serta asas kepada kita untuk terus kukuh, bersatu, harmoni dan progresif.” ujarnya.

Sementara itu beliau memaklumkan, tahun hadapan Sarawak mempunyai perbelanjaan negeri sebanyak RM10.797 bilion dan boleh menjangkakan banyak perkara baik akan datang.

“Secara ringkasnya, dari segi ekonomi syukur juga kita berada pada jalan menuju pemulihan dengan banyak bantuan dan motivasi daripada kerajaan negeri yang prihatin,” katanya.

Beliau mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada mereka yang meraikannya dan terus menegaskan komitmen terhadap keharmonian, toleransi serta perpaduan yang ada dengan mengunjungi rumah terbuka masyarakat Kristian.

“Marilah kita berdoa untuk keamanan, keharmonian, kesejahteraan dan kemakmuran yang berterusan dan membolehkan kita semua melakukan dengan baik sama ada dalam kesihatan, pelajaran, perniagaan, pekerjaan dan apaapa sahaja usaha kita,” kata Uggah.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.056495 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list