CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 351|Reply: 0

[Sabah] PDRM keluarkan 127 saman trafik

[Copy link]
Post time 26-12-2022 06:07 PM | Show all posts |Read mode


PERIKSA: Kalsom (kanan) sedang memeriksa motosikal di lokasi operasi dijalankan.
KOTA KINABALU: Sebanyak 127 saman pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan menerusi Operasi Samseng Jalanan yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di Jalan Tun Fuad Stephens, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata operasi itu dijalankan bermula 1 November lalu hingga semalam.

Katanya, semua saman itu dikeluarkan menerusi 12 Operasi Samseng Jalanan yang dijalankan di kawasan berkenaan.

“Lokasi itu dipercayai sering dijadikan ‘port’ untuk melakukan aksi bahaya setiap hujung minggu sehingga mengganggu ketenteraman serta keselamatan pengguna jalan raya.

“Justeru, operasi ini bertujuan menangani isu samseng seperti menduga kelajuan dan membuat bunyi bising di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Kalsom berkata, semua saman yang dikeluarkan adalah membabitkan kesalahan tiada lesen memandu, nombor kenderaan palsu, ubah suai kenderaan, dan cukai jalan tamat tempoh.

“Kita yakin kehadiran anggota polis mampu membantu atau mengatasi aktiviti samseng jalan di kawasan berkenaan.

“Operasi ini akan diteruskan bagi memastikan tiada lagi samseng jalanan yang boleh menganggu ketenteraman orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Kalsom  turut membuat tinjauan di kawasan pantai yang mana amaran berhubung fenomena air pasang dijangka berlaku dan meminta supaya masyarakat peka dengan keadaan semasa.

Katanya, langkah keselamatan seperti berpindah lebih awal dan patuh kepada arahan agensi keselamatan untuk berpindah adalah tindakan tepat.

“Orang ramai juga seharusnya tidak mengabaikan aspek keselamatan, sebaliknya menilai risiko sebarang kemungkinan di sesuatu kawasan,” katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2022/12/26/pdrm-keluarkan-127-saman-trafik


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.059782 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list