CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 349|Reply: 0

Kasih ibu faktor Maghribi goncang Qatar

[Copy link]
Post time 26-12-2022 11:45 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Maghribi disambut meriah ketika pulang dari Qatar.

DOHA: Maghribi jelas menjadi nama yang 'asing' selepas melihat pertembungan separuh akhir Piala Dunia 2022 di Qatar, baru-baru ini.

Skuad bimbingan Walid Regragui itu mencipta sejarah tersendiri sebagai pasukan pertama dari Afrika mara ke separuh akhir Piala Dunia 2022 sekalipun perjalanan mereka disekat juara dunia, Perancis.

Kemampuan skuad 'Singa Atlas' itu jelas mengejutkan ramai pihak, namun tidak hanya setakat kekuatan pasukan itu kerana ada beberapa faktor lain membantu Maghribi 'menggoncang' Qatar.



Keakraban dan kasih sayang antara Achraf Hakimi dan ibunya ketika di Qatar curi tumpuan dunia.



Pemain Maghribi bersama ibu masing-masing diraikan oleh Raja Mohammed VI selepas pulang dari Qatar.

1. Cinta keluarga

Menerusi arahan Walid Regragui dan Presiden Persekutuan Bolasepak Diraja Maghribi, Fouzi Lekjaa, ahli keluarga yang dipilih oleh pemain layak mendapat kunjungan inklusif ke Qatar.

Susulan itu, kem Maghribi di Hotel Wyndham Doha West Bay bagaikan kem musim panas diuruskan oleh ibu bapa dan bagi ibu Regragui, Fatima, kunjungan itu adalah peluang yang datang hanya sekali seumur hidup.

"Sepanjang kariernya sebagai pemain dan jurulatih, saya tidak pernah berjalan untuk menyaksikan dia. Saya tinggal di Perancis lebih 50 tahun dan ini kali pertama saya meninggalkan Paris untuk menonton bola sepak," kata Fatima.

    Achraf Hakimi ran straight to his mother celebrating after winning the match for Morocco ♥️ pic.twitter.com/oCo6ieJoLl

    — SillyPointPak (@FarigCricketer) December 21, 2022

Setiap kali mikrofon disuakan kepada mereka, ibu bapa pemain Maghribi sentiasa berbangga dengan mengatakan setiap pemain dalam skuad adalah anak mereka.

Malah, selepas dilantik sebagai jurulatih baharu, Regragui berkata 'kita tidak akan dapat mencapai kejayaan tanpa kebahagiaan ibu bapa kita.'

Turut mencuri perhatian apabila pertahanan Paris Saint Germain (PSG), Achraf Hakimi memeluk dan mencium pipi ibunya.



Sofiane Boufal menari bersama ibunya selepas menyingkirkan Portugal di suku akhir.

Keakraban dan kasih sayang dua beranak itu menjadi tular di laman media sosial dan pemain berusia 24 tahun itu berkongsi detik dia mencium dahi ibunya di laman Instagram dengan kapsyen 'saya sayang ibu'.

2. Kelebihan penyokong

Kira-kira 15,000 rakyat Maghribi tinggal di Qatar dan mereka yang berada di seluruh dunia turut menyaksikan perlawanan di Qatar sekali gus mencetuskan atmosfera yang menggerunkan pemain lawan pada aksi peringkat kumpulan.

Contoh terbaik adalah ketika berdepan Belgium dan dengan mereka mendahului 1-0, mereka hanya mahu menyerap tekanan dan melancarkan serangan balas pantas.

Jika Piala Dunia berlangsung di Eropah ataupun Amerika Selatan di mana kehadiran penyokong mereka adalah rendah, 15 minit itu boleh dirasakan seperti sejam.

Namun sorakan penyokong bergema setiap kali Maghribi mendapat penguasaan bola dan apabila Maghribi mengeluarkan bola daripada kawasan mereka.

Regragui sendiri berkata 'saya bersumpah kepada Tuhan bahawa jika penyokong kami tiada di sini, kami tidak akan layak ke pusingan seterusnya.'

Tekanan yang diberikan penyokong Maghribi meningkatkan lagi tahap testosteron buat pemain Maghribi dan situasi ini sememangnya membakar semangat pemain pada kempen Piala Dunia kali ini.

3. Kebergantungan terhadap diaspora

Secara keseluruhan, seramai 137 pemain di Piala Dunia mewakili negara yang berbeza dari tempat kelahiran mereka.

Itu termasuklah 14 daripada 26 pemain dalam skuad Regragui - menjadikan Maghribi sebagai pasukan paling banyak bergantung dengan pemain daripada usul yang berbeza berbanding 32 negara lain di Qatar,

Senario ini mungkin merumitkan keserasian pemain namun tempat kelahiran yang bercampur aduk ini tidak mendatangkan masalah buat Maghribi.

Menurut ibu bapa pemain, pemain ini lebih menyayangi pasukan Maghribi berbanding penyokong mereka sendiri.

Ramai ibu bapa yang berbangga apabila anak mereka memilih untuk mewakili Maghribi daripada bersama tempat kelahiran negara mereka.

Bapa kepada penyerang, Zakaria Aboukhlal iaitu Tarek berkata 'Zakaria lahir di Belanda dan dia ada segalanya yang diperlukan di sana, tetapi darah kami adalah Maghribi.'

Bapa kepada pemain tengah, Bilal el-Khannoussi berkata 'hatinya memilih untuk dia' selepas pemain yang lahir di Belgium itu beraksi buat Maghribi.

Maghribi jelas mencipta sejarah tersendiri pada kempen Piala Dunia 2022 yang pasti menjadi detik tidak boleh dilupakan buat pasukan dan juga penyokong.

Kasih sayang daripada ibu jelas membantu. -AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan ... hribi-goncang-qatar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.359471 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list