CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1635|Reply: 12

Perbelanjaan tinggi lebih RM300000, pakatan rakyat membazir!

[Copy link]
Post time 13-11-2010 02:31 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by gicks79 at 13-11-2010 14:37

SHAH ALAM 12 Nov. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat baginda untuk berangkat ke majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Yayasan Selangor Isnin ini kerana murka dengan perbelanjaan tinggi untuk sambutan itu.
Hasrat baginda itu disampaikan menerusi satu kenyataan akhbar oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Ramli Mahmud hari ini.
Menurut Ramli, baginda tidak memperkenankan penganjuran majlis sambutan berkenaan kerana ia melibatkan kos kewangan yang terlalu tinggi.
Katanya, baginda terkejut dan amat dukacita apabila dimaklumkan sambutan berkenaan yang turut melibatkan makan tengah hari di Asrama Tun Dr. Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur akan melibatkan perbelanjaan lebih daripada RM300,000 yang disifatkan sebagai pembaziran dan tidak berfaedah.
''Baginda berpendapat wang tersebut lebih berfaedah digunakan untuk pembelajaran dan kebajikan ataupun digunakan untuk membiayai lebih ramai pelajar daripada golongan yang tidak berkemampuan selaras dengan visi, misi dan objektif penubuhan Yayasan Selangor.
''Baginda juga telah dimaklumkan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merangkap Pengerusi Yayasan Selangor sendiri tidak dimaklumkan mengenai perkara itu dan juga kos yang terlibat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Tambah Ramli, baginda turut menasihatkan Yayasan Selangor agar lebih prihatin dalam menguruskan kewangannya dan memberi fokus terhadap amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas penubuhannya.
Menurutnya, pada mulanya baginda berkenan berangkat ke majlis tersebut atas dasar Yayasan Selangor merupakan badan kebajikan kerajaan negeri yang bertanggungjawab memantapkan pendidikan anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan di kawasan luar bandar di Selangor.
Katanya, baginda percaya keberangkatan ke majlis tersebut dapat menyuntik semangat warga kerja Yayasan Selangor dan juga menghargai jasa mereka dalam membantu meningkatkan pendidikan anak-anak yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan.
Selain itu, baginda juga berharap dapat bermesra dengan anak-anak di bawah kelolaan Yayasan Selangor dan memberi motivasi agar mereka dapat belajar dengan lebih gigih.
''Pada asalnya majlis yang dicadangkan adalah majlis makan malam. Namun baginda berpendapat majlis makan malam akan menelan belanja tinggi dan menitahkan Yayasan Selangor mengadakan majlis makan tengah hari sahaja.
''Bagaimanapun, baginda terkejut dan amat dukacita apabila dimaklumkan kos perbelanjaan untuk majlis sambutan ulang tahun itu amat tinggi," jelasnya.
Dalam pada itu Ramli memberitahu, Menteri Besar juga telah menyarankan supaya majlis itu dibatalkan.


-----------------------

akai balaci pakatan rakyat yg sentiasa menghalalkan dan meredhokan pembaziran,kejahatan dan kesyaitanan pemimpin mereka berbuat apa ajerk....sujud pakatan rakyat bak tuhan yg mencipta..kalu org lain nampak aje membazirnya tp bila pakatan rakyat berbelanja semua nampak baik..RM300000 tuk majlis ini bukan sikit..Mungkin banyak kroni-kroni pakatan rakyat dan mentedarah dan menghisap idup-idup duit rakyat sampai tak ingat sementara berkuasa! Akhirnya rakyat selangor jugak yg susah papa kedana hanya kerana nafsu serakah jahat dan najis pakatan rakyat!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2010 02:47 PM | Show all posts
walaupon bung khir telah meninggalkan takhtanya, tapi untok membersihkan balaci2 tinggalannya perlu masa yg panjang.

nak terminate on the spot, kejam plak rasanya.... so, peralihan kepada "jentera yg lebih bersih" mmg memakan masa yg lama.

i harap banyak lagik "skru2 lama" menjelmakan karatnya... senang skit proses mengganti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2010 03:02 PM | Show all posts
Khalid gagap sebagai menteri besar malah pengerusi yayasan selangor tido ke ape? sampai mendakwa tak sedar perbelanjaan sebanyak itu..ape guna jadi pengerusi jika hanyak duduk di kerusi empuk tanpa memantau duit keluar masuk yayasan selangor..

atau memang khalid gagap menyedarinya tp tk mahu nak mengaku setelah tembelangnya bocor..yang merana sudah tentu kroni-kroni pakatan rakyat yg melepas untuk melampias nafsu dengan duit rakyat,wang rakyat sebanyak itu..yg terus sengsara ialah rakyat selangor sendiri yg papa kedana!

dan balaci2 pakatan rakyat masih terus menyalahkan org lain seperti biase..maka betul lah kate zaid ibrahim memang tabiat pkr menyalahkan org lain semata-mata untuk menutup kelemahan sendiri!
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 11:36 AM | Show all posts
lahap betol pakatan rakyat ni, nafsu syaitan ni rojimmm
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 05:16 PM | Show all posts
Kah kah kah... BALACI UMNO tak tahu cerita sebenar... kesiannya... BUKA MINDA sikit... sebab tu Timbalan Pengerusi diberi cuti sebulan... bukan Tuan Pengerusi yang diberi cuti...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 06:46 PM | Show all posts
Kah kah kah... BALACI UMNO tak tahu cerita sebenar... kesiannya... BUKA MINDA sikit... sebab tu Timb ...
alhaj72 Post at 15-11-2010 17:16



   stori sikit weh...
tapi aku rasa.... Rm300000 tu sikit lagi berbanding belanjawan boros UMNO X Tahun depa memerintah.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2010 06:51 PM | Show all posts
rm300,000.............banyak tuh..........hahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 03:34 PM | Show all posts
baru pegang Selangor itu macam..kalau perintah negara,papa kedana dibuatnya!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2012 04:03 PM | Show all posts
Ini kita pangggil apa yer?????
BAKTI Selangor nyer expenditure......
Sebanyak RM1.7 juta telah dibayar untuk perjalanan ‘teknikal’ DisneyWorld dan Disneyland termasuk sewa bilik Presidensel di Honolulu bernilai RM110,000, RM200,000 untuk perjalanan ke Jogjakarta dan upah penari sahaja RM10,000 dan mereka juga membayar tiket penerbangan untuk orang gaji Dr Khir untuk menyertai perjalanan itu.
Ini dah pembaziran tahap dewa dah nih...dah lar buat umah pon songlap.....gi jln pon pakai duit rakyat astagafirullah......
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 04:12 PM | Show all posts
Hehehehhehehe........jgn membazir..kang abis kroni Ameno takleh masyuuuukkkkkkkkkkkk
Resort di Tasek Pedu yg di bina dengan kos RM 20juta sekarang dah habis rosak tak di urus lagi..habis semua kayu2 resort di curi dan rosak sekarang ini...adakah ini x menbazir ..
Nih lagi satu
Kompleks Ikan Bakar, Kuala Kedah sewaktu umno memerintah projek Rm300 ribu ..boleh bertukar menjadi kos RM 6.8 juta.. ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 04:24 PM | Show all posts
Reply 8# GuaAnakMelaka

Siasat,jgn percaya bulat2.Pi tanye kat pejabat state gov.kalau baca utusan,memangla hangguk.tu yang monorel melaka sangkut,bape juta tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 08:33 PM | Show all posts
tetiba freeloader marah...? selama nie duk setinggan ker ???
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 10:35 PM | Show all posts
Kos tinggi tidak sama dengan kes penyelewengan wang. Lagi pun kos event itu tinggi bertujuan untuk memeriahkan event untuk Sultan. Bukan dimasuk kocek, cam BN. Jauh beza
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.069687 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list