CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 381|Reply: 1

TNB Tak Berkompromi Terhadap Keselamatan Pengguna Dan Warga Kerjanya

[Copy link]
Post time 22-12-2022 02:54 PM | Show all posts |Read mode
Tenaga Nasional Bhd (TNB) sentiasa mengutamakan keselamatan orang ramai dan warga kerjanya dalam menguruskan bekalan elektrik di kawasan yang dilanda banjir termasuk memutuskan bekalan dengan segera berdasarkan keperluan.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Baharin Din berkata, langkah berkenaan juga adalah untuk meminimumkan kerosakan pepasangan TNB dan memastikan pengurusan bekalan tenaga teratur serta berkesan demi kepentingan orang awam.


"enutupan pencawang elektrik ketika banjir dilakukan demi keselamatan pengguna dan pekerja TNB," katanya dalam kenyataan hari ini.




Kosmo




Baharin berkata, TNB turut memberikan bekalan elektrik melalui set janakuasa mudah alih di pusat pemindahan sementara (PPS) yang tidak menerima bekalan daripada pencawang.


Beliau berkata, TNB juga sudah membuka bilik gerakan di negeri-negeri dilanda banjir untuk memantau keadaan dan menyalurkan maklumat terkini bekalan elektrik, dengan warga kerjanya ditugaskan melakukan kerja segera di kawasan berlaku gangguan akibat bencana berkenaan.


"TNB tidak berkompromi terhadap keselamatan pengguna dan warga kerjanya dalam proses pemulihan bekalan selepas banjir surut bagi mengelak kemungkinan risiko percikan arka (flash over) dan renjatan elektrik," katanya.


Menurut Baharin, TNB sudah memaklumkan kepada Suruhanjaya Tenaga (ST) berkenaan penyediaan bantuan logistik di lokasi-lokasi yang sering dilanda banjir termasuk 296 set jana kuasa bergerak, 227 set jana kuasa kecil mudah alih 5kW/2.5kW, 279 buah lori, 38 buah bot dan 108 lampu limpah.


"Setakat 19 Dis, sejumlah 238 daripada 258 PPS yang sebahagian besarnya di Terengganu dan Kelantan telah mendapat bekalan elektrik dan TNB sedang berusaha menghantar set jana kuasa mudah alih kepada 20 lagi PPS yang sukar diakses oleh laluan darat," katanya.


Kenyataan TNB itu turut menasihatkan orang ramai agar menjauhkan diri daripada menghampiri tiang elektrik, pepasangan elektrik dan kabel elektrik termasuk yang bersalut dengan penebat yang ditenggelami air.


Selepas banjir surut, pengguna disaran untuk mendapatkan khidmat kontraktor pendawaian yang berdaftar dengan ST bagi memeriksa pendawaian di dalam premis mereka yang dinaiki air.




Sumber: Harian Metro








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2022 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Smart meter cepat lah pasang kat kawasan2 kg tu. Bill
Mencanak mcm x masuk akal jerr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-9-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.041875 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list