View: 965|Reply: 0
|
Anak Dibiarkan Sampai Nak Jatuh, Lesti Kejora Dan Rizky Billar Dikecam Sibuk Sangat Main Handphone Dalam Kereta
[Copy link]
|
|
Pasangan selebriti Lesti Kejora dan Rizky Billar sekali lagi menjadi bualan warganet apabila didakwa mengabaikan anak sulung mereka iaitu Muhammad Leslar Al Fatih.
Menerusi perkongsian video di Instagram Rumpi_gosip memaparkan keluarga kecil itu di dalam sebuah kereta namun Leslar dibiarkan duduk tanpa pengawasan ibu bapanya.
Lebih membimbangkan, mereka tidak meletakkan kanak-kanak itu di dalam 'car seat' bagi memastikan keselamatannya.
Foto: IG
Malah, Lesti dan Rizky dilihat leka dengan telefon bimbit masing-masing sehingga mengabaikan anak mereka yang hampir terjatuh.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet menyelar tindakan pasangan berkenaan kerana bimbang keselamatan anak kecil mereka.
"atut lebih berhati-hati, kena pegang tangan anak lebih-lebih lagi bila dia duduk di tengah tanpa kerusi bayi.
"Risau Leslar terjatuh ke depan atau bekalang, mak ayah dahlah tengah sibuk dengan telefon bimbit.
"Kenapa duduk dekat tengah-tengah itu? Macam tak ada orang nak jaga," antara komen netizen. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
| |
|