CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 342|Reply: 2

AS Nak Halang Kakitangan Kerajaan Guna TikTok Pada Peranti Milik Kerajaan

[Copy link]
Post time 21-12-2022 07:38 PM | Show all posts |Read mode
Penggubal undang-undang Amerika Syarikat akan memasukkan usul dalam rang undang-undang (RUU) perbelanjaan utama menghalang kakitangan kerajaan persekutuan menggunakan aplikasi TikTok pada peranti milik kerajaan, menurut sumber pada Isnin.


Dewan Senat minggu lepas mengundi RUU yang ditaja oleh Senator Republikan Josh Hawley itu dalam tindakan terbaru penggubal undang-undang AS untuk membanteras syarikat-syarikat China di tengah-tengah kebimbangan mengenai keselamatan negara.




Reuters




Larangan itu ditetapkan untuk dimasukkan dalam langkah omnibus besar-besaran untuk membiayai operasi kerajaan AS, yang dijangka akan diundi pada minggu ini, kata sumber.


Usul itu mendapat sokongan Speaker Dewan Nancy Pelosi dan Ketua Republikan Dewan Kevin McCarthy minggu lepas.


Undang-undang itu bagaimanapun tidak akan menjejaskan lebih 100 juta rakyat AS yang menggunakan TikTok pada peranti peribadi atau milik syarikat.


Banyak agensi persekutuan, termasuk Rumah Putih dan Jabatan Pertahanan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri serta Jabatan Negara, telah melaksanakan larangan penggunaan TikTok pada peranti milik kerajaan.


Kira-kira 19 daripada 50 negeri AS kini sekurang-kurangnya menyekat sebahagian akses kepada TikTok pada komputer kerajaan.


Pada 2020, presiden ketika itu, Donald Trump cuba menyekat pengguna baharu daripada memuat turun TikTok dan melarang transaksi lain yang akan menyekat penggunaan aplikasi itu secara berkesan di AS.


Bagaimanapun, beliau gagal dalam beberapa kes berkaitan perkara ini di mahkamah.




Sumber: FMT








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2022 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mende apa aset company install tiktok? Or apps peribadi???

Apa ke bangsat peel???
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 08:22 AM | Show all posts
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.144477 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list