CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1251|Reply: 5

Reen Rahim Tak Takut Langsung Saham Jatuh Lepas Kahwin

[Copy link]
Post time 21-12-2022 06:46 PM | Show all posts |Read mode
Bakal bertukar status daripada bujang menjadi isteri orang, pelakon Reen Rahim tidak perlu berasa takut berdepan era kejatuhan atau turun ‘saham’ yang selama ini sering dikaitkan dengan status perkahwinan bagi seseorang selebriti wanita.


Menurut wanita berusia 34 tahun itu, kebimbangan tentang perkara tidak seharusnya menjadi isu memandangkan semua peluang yang diraihnya selama ini sudah diaturkan Tuhan sebaik-baiknya.


Foto: IG




Reen atau nama penuhnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, berkata tidak wujud istilah bimbang tidak laku selepas bergelar isteri memandangkan dirinya sentiasa yakin dengan rezeki dan kerja kuat demi minat mendalam terhadap karier lakonan.


“Saham jatuh? Saya tidak takut atau risau mengenai hal tersebut.


“Saya tetap percaya dengan rezeki Allah SWT. Selama ini pun tawaran berlakon memang sentiasa ada dan Tuhan aturkan semuanya dengan cantik,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.




  



Mengulas mengenai sama ada dia akan meletakkan syarat mahupun limitasi dalam lakonan selepas berkahwin, Reen menjelaskan perkara itu sudah lama dipraktikkannya sebelum ini.


“Dia tidak letak syarat pun tetapi sebagai istei saya perlu faham-faham sendiri mengenainya.


“Ketika masih bujang pun memang saya menjaga apatah lagi selepas bernikah dan perkara itu akan diteruskan.


“Bagi adegan bersentuhan, semuanya terpulang kepada drama lakonan saya. Hakikatnya drama sekarang sudah kurang dengan babak sebegitu, banyak yang tiada bersentuhan pun,” ujarnya.


  





Pernah memaklumkan bakal menamatkan zaman bujang pada hujung tahun ini, bintang filem Syif Malam Raya itu bagaimanapun kekal dengan pendekatan tidak mendedahkan tarikh pernikahannya dengan jejaka dikenali sebagai Mr. H.


Katanya, keputusan tersebut bukan untuk mencipta kejutan sebaliknya dilakukan atas permintaan keluarga.


“Tiada niat nak buat kejutan tetapi semuanya atas permintaan keluarga.


“Insya-Allah saya akan berkongsi berita gembira itu nanti dengan peminat,” ujarnya lagi.




  



Pada 8 Disember lalu, Reen menerusi sebuah sidang akhbar khas mendedahkan bakal mengakhiri zaman bujang dengan jejaka hujung bulan ini.


Mereka yang sudah bertunang pada Ogos lalu itu turut mendapat pelbagai jenis tajaan yang keseluruhannya berjumlah RM15 juta. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2022 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendu.tak siapa yg peduli pon
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa first time dia berlakon ala gedik2 manja tu blh lagi terima.. tapi bila tiap kali berlakon pon lebih kurang je character, terus menyampah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 07:30 AM | Show all posts
xda yg peduli dek reen. get out
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 08:22 AM | Show all posts
huh...apebnde yg dia merepek nih
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 08:25 AM | Show all posts
aku dok menunggu jasmine suraya nak menikah ngn sape je, yg dia ni lantakkan je
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.068449 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list