View: 708|Reply: 6
|
Lelaki Bunuh Saudara Sendiri Sebab Cemburu Isteri Dibawa Ke Pasar Malam
[Copy link]
|
|
JAKARTA – Polis Probolinggo dalam wilayah Jawa Timur memberkas seorang lelaki dikenali sebagai Bebun kerana disyaki membunuh saudaranya sendiri disebabkan terlalu cemburu, lapor laman berita Kompas semalam.
Lelaki berusia 35 tahun itu membunuh saudaranya dikenali sebagai Fa kerana mengajak isterinya berjalan-jalan ke pasar malam.
Menurut seorang pegawai polis, Jamal, kejadian itu berlaku Jumaat lalu yang mana suspek membunuh mangsa dengan menggunakan sabit disebabkan perasaan cemburu.
Foto: Kompas
Jamal berkata, kejadian tersebut bermula apabila Bebun melihat Fa menunggang motosikal. Dia kemudian mengejar mangsa sebelum membunuhnya.
Penduduk yang menyaksikan kejadian itu bertindak melaporkannya kepada polis.
Bebun sempat melarikan diri dan bersembunyi di kediaman saudaranya yang berada tidak jauh dari tempat kejadian, namun dia dapat ditangkap polis kira-kira tiga jam selepas kejadian.
Mangsa pula dihantar ke sebuah hospital selepas kejadian tersebut.
“Kami merampas barang bukti berupa sarung sabit yang digunakan untuk membunuh mangsa di tempat kejadian,” kata Jamal.
Bebun berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika didapati bersalah membunuh mangsa mengikut undang-undang Indonesia. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar Bebun ka tu? Boleh tahan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bebun ni dh membebankan diri sndri. |
|
|
|
|
|
|
|
hadapla ko sape suruh cemburu2 bodo btol |
|
|
|
|
|
|
|
dh kau xnak bawak...bongok jantan bodow cmnih.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kira bininya naik motor dengan sedara belah laki dia pi pasar malam? Pelik2 nau yindon ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|