View: 367|Reply: 0
|
[Dunia]
COVID-19: Tempoh menunggu lama, caj pembakaran mayat naik di Beijing
[Copy link]
|
|
COVID-19: Tempoh menunggu lama, caj pembakaran mayat naik di Beijing
https://www.bharian.com.my/dunia ... yat-naik-di-beijing
Disember 21, 2022 @ 3:24pm
Kakitangan rumah pembakaran mayat berpakain perlindungan diri (PPE) mengalihkan keranda di perkarangan rumah mayat, ketika beijing menyaksikan peningkatan ketara kematian akibat COVID-19. - Foto REUTERS
BEIJING: Penduduk Beijing terpaksa menunggu beberapa hari atau membayar caj yang mahal bagi pembakaran mayat waris mereka yang maut akibat COVID-19, ketika Beijing menyaksikan peningkatan ketara jangkitan coronavirus.
Pekerja di dua rumah pembakaran mayat di Beijing memberitahu Reuters bahawa sejak hujung minggu lalu, terdapat peningkatan mendadak sanak saudara yang mahu membakar mayat anggota keluarga, menyebabkan waktu menunggu lebih lama dan kelewatan.
Pengawal keselamatan terpaksa dikerah ke rumah pembakaran mayat di Beijing minggu ini, di mana wartawan Reuters melaporkan melihat barisan panjang keranda dan pekerja berpakaian hazmat membawa mayat, namun tidak dapat dipastikan sama ada mangsa COVID-19.
Kelewatan itu mendorong sesetengah penduduk mencari jalan lain seperti meninggalkan keranda dan menggunakan kenderaan sendiri untuk membawa mayat ke rumah pembakaran mayat, menurut salah seorang pekerja rumah mayat di Babaoshan, Beijing.
Seorang lagi pekerja dilihat mengiklankan kepada orang ramai menerusi aplikasi video, Douyin, bahawa mereka boleh memotong barisan dan proses pendaftaran dengan bayaran tambahan 26,000 yuan (RM16,562).
Kadar itu adalah jauh lebih tinggi berbanding kos keseluruhan bagi upacara pengebumian atau pembakaran mayat yang biasa dikenakan secara pakej di bandar besar.
Sementara itu, ramai polis dikerahkan ke rumah pembakaran mayat di Tongzhau, Beijing pagi tadi, yang menyaksikan lebih 40 keranda berbaris menunggu giliran manakala tempat letak kereta sudah penuh.
Tahap sebenar sejauh mana peningkatan ketara jangkitan COVID-19 sekarang dipengaruhi gelombang coronavirus sedia ada belum lagi jelas.
Jumlah keseluruhan kematian di China setakat ini akibat COVID-19 sejak pandemik bermula di Wuhan pada penghujung 2019 ialah 5,241 kes.
Namun, ramai pengguna media sosial mirip Twitter di China, Weibo dan pakar di luar negara sudah lama menyuarakan kesangsian berhubung kiraan rasmi kadar kematian itu. - REUTERS
|
|
|
|
|
|
|
| |
|