View: 2265|Reply: 8
|
Ditemukan Tak Bernafas Di Ruang Tamu, Ibu Aida Aris Meninggal Dunia
[Copy link]
|
|
Ibu kepada pelakon Aida Aris iaitu Siti Khadijah Abu Sujak menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.40 pagi Selasa di sebuah klinik di Rawang, Selangor.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 84 tahun.
Berkongsi berita sedih itu, Aida, 50, berkata, dia melihat ibunya dalam keadaan tidak bernafas di ruang tamu rumah mereka sebelum dibawa ke klinik berhampiran sebelum diberikan bantuan pernafasan (CPR) selama 45 minit.
Bagaimanapun, doktor kemudiannya mengesahkan ibunya meninggal dunia.
Foto: IG
"Sekitar pukul 9.45 pagi saya lihat ibu saya sudah tidak bernafas. Saya bawa ke klinik berhampiran dan mereka berikan bantuan pernafasan (CPR) selama 45 minit.
"Bagaimanapun ibu saya tak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi mStar.
Dalam pada itu, Aida memberitahu Allahyarham sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital akibat paru-paru berair dan menerima rawatan selama dua bulan.
"Dua bulan lepas ibu saya mengalami masalah paru-paru berair dan dimasukkan ke hospital. Pada 13 Disember lalu baru dia dibenarkan pulang selepas keadaan kesihatannya pulih," ujarnya.
Rakan artis iaitu Sharifah Shahira yang turut berkongsi berita tersebut memberitahu jenazah kini masih berada di klinik berkenaan bagi tujuan pengesahan kematian oleh pihak polis.
Shahira atau Sheira turut meluahkan rasa sedih dan ralat kerana tidak dapat menziarahi arwah ketika sedang sakit sebelum ini.
"Jenazah masih berada di klinik berkenaan untuk pengesahan kematian oleh pihak polis sebelum urusan pengebumian dilakukan.
"Kesian Aida menguruskan ibunya sendiri kerana tidak ramai adik-beradik yang duduk dekat. Saya juga sedih tak dapat nak ziarah sebelum ini," jelasnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam.takziah
Muka aida sebijik.mak dia ek...
Taman rashidah utama...eh tak..
Rawang now.. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah. Takziah. Mesti hot arwah ni muda2 dulu. Same cheekbone yachhh |
|
|
|
|
|
|
|
salam takziah ye acik aida. dah 50 rupenya. bawak2la pakai tudung |
|
|
|
|
|
|
|
salam takziah.
off topik, aku ada tgk video tiktok shasha (pondan) masak kat ofis.
ada iras2 muka aida aris ni |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni pernah kawin ke? acik nasha tu iolss tau tak pernah kawin, tapi pernah tunang n pernah ada BF.
|
|
|
|
|
|
|
|
watak dia dlm hatiku bukan pualam still the best
takziah utk aida & family
al-fatihah
|
|
|
|
|
|
|
|
mak dia muda2 mesti cntik |
|
|
|
|
|
|
| |
|