CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3030|Reply: 13

Ajaran Sesat Millah Abraham Kembali Hangat- Caprice Dah Terima Laporan Netizen, Bakal Siasat

[Copy link]
Post time 19-12-2022 05:43 PM | Show all posts |Read mode
Kumpulan ajaran sesat Millah Abraham yang dikesan kewujudannya beberapa tahun lalu, kini kembali hangat diperkatakan.


Beberapa pengikut mendedahkan bagaimana mereka boleh terjebak dengan kumpulan berkenaan.


Foto: IG




Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 34, turut memuat naik tangkap layar individu yang pernah menyertai kumpulan berkenaan.


Caprice melalui Instagram juga berkongsi video mengenai seorang lelaki yang dikecewakan wanita dipercayai pengikut Millah Abraham.


Lelaki itu menerusi video tersebut turut dilihat memegang dan menunjukkan buku yang digunakan dalam ajaran sesat tersebut.












Menerusi perkongsian Caprice itu, salah seorang pengikutnya mendakwa pernah mengikuti satu kelas di atas talian, menzahirkan kebimbangan jika kumpulan tersebut kembali dihidupkan.


Ia berikutan menurutnya, pengisian kelas tersebut sememangnya berlandaskan ayat al-Quran, namun rasa sangsi timbul apabila ia dikaitkan dengan Millah Abraham.




  



“Kaitkan ada kebangkitan Nabi seterusnya dakwa apa yang kita baca al-Quran selama ni ada maksud, dan maksud tu berkaitan Millah Abraham.


“Nak terangkan pun susah. Tapi isinya ialah kandungan tu, nak kita percaya ada kebangkitan Millah Abraham in 2024, ada Rasul seterusnya. Mereka kata kerajaan sekarang ni kerajaan setan,” kongsinya.


Tambahnya, para pengikut ajaran ini juga terdiri dalam kalangan mereka golongan berpendidikan dan profesional.


Sementara itu, @dyaismyname turut berkongsi pengalaman apabila salah seorang pelajarnya pernah diselamatkan daripada ajaran ini.


“Millah Abraham ni agak aktif kembali sekitar 2014 ke 2015. Tak tau sejak bila wujud. Saya ada seorang pelajar Alhamdullilah kami berjaya selamatkan dia. Rupanya seluruh ahli keluarga ikut ajaran ni.


“Allahuakbar. Kesihan anak-anak. Ajaran yang ikut sebiji macam zaman Nabi berhijrah untuk sebarkan Islam dan sebagainya. Timeline seakan sama dengan penyebaran Islam tapi sebenarnya inti pati ajaran tu menyimpang. Minta dijauhkan,” katanya.


Sementara itu seorang lagi netizen meminta lebih banyak perkongsian tentang ajaran ini dibuat berikutan dia juga turut ‘didekati’.


“Beritahu saya lebih lanjut tentang Millah Abraham, ada orang yang ‘approach’ pasal ni,” katanya yang mengundang lebih banyak pendedahan dan perkongsian daripada netizen yang lain.


Kosmo! sebelum ini pernah melaporkan seramai 58 individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur, terhadap pertuduhan cuba menjelaskan kepercayaan agama yang berlawanan dengan hukum syarak iaitu ajaran Millah Ibrahim @Abraham dan mengajar ajaran itu tanpa tauliah.


Mereka terdiri daripada 12 wanita dan 46 lelaki termasuk pelajar dan penganggur membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ketika itu di bacakan di hadapan Hakim Syarie Abdul Karim Wahab.


Mahkamah membenarkan kesemua tertuduh, masing-masing diikat jamin antara RM4,000 dengan seorang penjamin dan RM5,000 dengan dua penjamin selain perlu melapor diri di Jabatan Agama Wilayah Persekutuan dua minggu sekali serta perlu mendapat kebenaran jika mahu ke luar negara. – CARI


Sumber:Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2022 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketua dia siapa? Millah ni lelaki ke perempuan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 07:35 PM | Show all posts
Jadah kene adu kat die lak?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kekadang kan i mcm terpikir..yg terpengaruh dgn ajaran sesat ni..nk fast track masuk syurga ke...tak boleh ke fikir dengan waras benda hak dan batil...

Dan lagi satu..kau yg masuk ajaran sesat..kau nak salahkan orang lain pulak..dah kenapa..pokok pangkal hati,iman dan kewarasan diri sendiri..kau bukan budak bawah umur yg tak akil baligh lagi tak boleh fikir secara waras..alahai dah pompuan tu reject kau..kau nak salahkan dia pulak..bukan dia letak pisau ke pistol ke kepala kau..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 08:47 AM | Show all posts
bongok nye lah yang pi report kat dia. Dia tu siapa? setakat buat content what in the news today. lepas tu kau comment kat posting dia. Baik tak payah lah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 08:48 AM | Show all posts
Bodohlah yg ikut ajaran sesat ni pun..last rasul tu dah jelas. Sesapa ngaku rasul lepas Nabi Muhammad SAW, tu soheh sesat dan terpesong.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2022 08:50 AM | Show all posts
seripahzeripah replied at 19-12-2022 10:55 PM
Kekadang kan i mcm terpikir..yg terpengaruh dgn ajaran sesat ni..nk fast track masuk syurga ke...tak ...

I pernah terbaca satu family ni terjebak masuk ajaran sesat ni sebab mula mula mmg niat nak belajar agama Islam. Mendalami islam. Tapi lama lama ajaran yang dia bagi tu menyimpang. setiap kuliah yang diaorang pergi, benda tu dia kait sikit sikit dengan ajaran sesat tu. Sampai pengikut tak sedar diaorang join ajaran sesat sebenarnya,
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 09:48 AM | Show all posts
jaga2 yaaa kepris dah dtg tu. milah berahim shaking
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2022 12:42 PM | Show all posts
eeee dia ni kan... kiasu betul. Bukan skop kerja ko lah.. Ni urusan pengurus selia undang2.Biarla deme siasat. Sibuk je.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Akhir zaman..seriaunya. Moga iman kt semua kuat & xtwrpesong ikut agama sesat mcmni. Tp giler scary mamat ni maki2 mcmtu
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 02:34 PM | Show all posts
tak payah la kepris, org tgk kau pun tak berkenan
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 11:01 PM | Show all posts
yang masuk ajaran sesat tu acik2 yang senang kena scam dek macau scammer ke? nama pun tak glemer dan urban....

iols paling takleh brain orang masuk ajaran sesat, atau nak tukar ke agama lain... tapi agama tu pulak lebih kurang je dengan agama yang dia anuti... baik ko kekal je agama asal ko dikkk dah alang2 prinsip agama sama je pun

btw baru tahu bukan deorang perasan deorang ikut ajaran sesat millah tu kan... tapi di pengaruhi perlahan2 dan sedikit demi sedikit jarum halus tu masuk... licik jugak la...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah la sapa yang lagi bodoh.

Yang sembah Mila Abraham,

atau yang pi mengadu kat si Kepris ni.

Baik kau layan Milla Jovovich.

Hasil google:
Millah Abraham ni derived dari Millat Ibrahim ya? Katanya campur2 ajaran Islam, Kristian, Yahudi? So Millah Abraham pengikut agama langit? Uols?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 12:16 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 5-1-2023 11:11 PM
Ntah la sapa yang lagi bodoh.

Yang sembah Mila Abraham,

bekas student ayahpeng kah?  hahaha...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.192364 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list