CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 451|Reply: 0

[Sarawak] GPS berhak tarik balik sokongan jika hak, status negeri dicabar: Fazzrudin

[Copy link]
Post time 18-12-2022 04:47 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) berhak menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan sekiranya hak dan status negeri ini dipersoal dan dicabar.

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman (gambar) berkata, tindakan itu boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja apabila usaha GPS dalam menuntut haknya tidak diendahkan.

Menurutnya, jika situasi itu berlaku, GPS tidak akan kehilangan Ahli Parlimen berikutan anggota yang menyertai GPS sebelum ini bertanding di bawah simbol GPS.

"Sekiranya GPS meninggalkan Kerajaan Perpaduan, keputusan itu dibuat berdasarkan satu blok dan bukan secara individu, sekali gus keputusan terbabit tidak melanggar Undang-Undang Anti-Lompat Parti.

"GPS tetap GPS dan ia bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH).

"Kerajaan ini bukan Kerajaan Persekutuan PH, tetapi ia adalah kerajaan yang dibentuk oleh himpunan parti yang mempunyai objektif membawa kestabilan negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, mengenai perjanjian persefahaman (MoU) yang termeterai pada Jumaat yang turut melibatkan GPS, Fazzrudin menjelaskan, MoU itu berfungsi memeterai pembentukan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini kerana Kerajaan Perpaduan itu dicadangkan oleh Yang di-Pertuan Agong dibentuk selepas tiada parti yang bertanding dapat mencapai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umun Ke-15 (PRU15).

"Oleh sebab itu, GPS mengambil langkah atas nasihat Yang di-Pertuan Agong bagi memastikan kerajaan dapat dibentuk sekali gus menamatkan kemelut politik selepas PRU15," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong itu.

Pada masa yang sama katanya, perjanjian itu memastikan Kerajaan Perpaduan yang dibentuk akan stabil kerana parti dalam kerajaan terikat untuk menyokong Perdana Menteri dalam meluluskan Rang Undang-Undang di Parlimen.

Mengenai perkara yang dapat diselesaikan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) katanya, rakyat perlu mengiktiraf sokongan yang diberikan oleh Perdana Menteri mengenai perkara tersebut.

"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan mandat penuh kepada Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof untuk menuntut perkara dalam MA63 yang tertunggak dapat diselesaikan secepat mungkin.

"Kami menjangkakan pemilihan hak-hak yang terhakis dalan perjanjian itu dapat dilakukan dengan segera," tegasnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.097312 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list