CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 368|Reply: 0

[Sarawak] Perjanjian persefahaman demi kestabilan politik negara, kata Fadillah

[Copy link]
Post time 18-12-2022 04:44 PM | Show all posts |Read mode


Fadillah bercakap kepada pemberita di Kuching, hari ini. - Gambar Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Perjanjian persefahaman yang ditandatangani antara parti-parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan pada Jumaat dibuat demi kestabilan politik negara.

Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato Sri Fadillah Yusof berkata, perjanjian itu telah dipersetujui semua parti terlibat dengan terma-terma tertentu.

"Salah satu sebabnya perjanjian ini ditandatangani adalah supaya apa yang berlaku sebelum ini (pertukaran Perdana Menteri berpunca daripada undi tidak percaya) tidak berlaku lagi.

"Sebab itu, kita mahu pastikan tidak akan wujud undi tidak percaya dan pada Isnin ini, kita akan bentangkan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri.

"Insya-Allah saya sendiri akan bentangkan usul tersebut supaya dari segi politik, nampaknya sudah ada persefahaman dan wujudkan kestabilan," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perjumpaan bersama tujuh mangsa sindiket penipuan pekerjaan dari Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Fadillah yang juga Timbalan Perdana Menteri menambah, dalam perjanjian tersebut apa jua perkara yang menimbulkan ketidakpuasan hati mana-mana pihak hendaklah dirundingkan antara parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

"Kalau tidak dapat berunding, tidak ada penyelesaian, berlaku penceraian.

"Tetapi hasratnya sudah tentu mahukan kerajaan yang sedia ada ini akan bertahan sehingga lima tahun.

"Saya mengharapkan dapat bertahan, sebab kita sepatutnya fokus bukan lagi kepada politik, tetapi urus tadbir yang baik agar negara kita dapat kembali menjadi sebuah negara yang makmur dari segi ekonomi dan lain-lain," katanya.

Ujar Fadillah lagi, jika negara masih berdebat hal politik ditambah dengan ekonomi dunia yang tidak menentu ketika ini, negara akan terus tidak stabil dan mangsanya adalah rakyat.

"Ini yang kita hendak fokuskan dulu, wujudkan kestabilan dan diharapkan kestabilan ini, ekonomi akan lebih baik, pelabur ramai datang dan memberi peluang pekerjaan kepada semua rakyat," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.053966 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list