CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5486|Reply: 152

[Tempatan] MOU ditandatangani PM10 berklausa jenayah ? UPDATE post #47 m/s 3 : Menteri sundrik kata satu jenayah halang MP berperanan diparlimen

[Copy link]
Post time 17-12-2022 08:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by blastoff at 19-12-2022 07:25 AM

Tubuh MoU umpama PM tak percaya ahli Parlimen – Muhyiddin

MUHYIDDIN Yassin menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil parti politik Parlimen Pagoh pada Majlis Kesyukuran Perikatan Nasional Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh, Muar, Johor, hari ini. - FOTO/NUR ALINA HASSAN


  • Oleh NUR ALINA HASSAN
  • 17 Disember 2022, 2:13 pm















MUAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat seperti tidak yakin dengan sokongan barisan ahli Parlimen di bawah Kerajaan Perpaduan apabila memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk parti gabungan itu, kelmarin.
Presiden Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, isi kandungan MoU yang turut menyentuh mengenai gugurnya jawatan sebagai ahli Parlimen sekiranya tidak menyokong Perdana Menteri sempena usul undi percaya Isnin ini adalah suatu yang bertentangan.
“Saya tak pernah lihat dalam mana-mana undang-undang sekalipun bahawa perkara seperti ini boleh dilaksanakan, kecuali yang berkaitan Akta Lompat Parti. Tetapi ini tak termasuk dalam akta berkenaan kalau tak sokong gugur kedudukan dia sebagai ahli Parlimen.
“Mereka (ahli Parlimen) ini ada hak dan kebebasan, itu termaktub dalam undang-undang yang mana kalau dia nak sokong, dia sokong, kalau dia tak sokong tak mengapa.
“Tak tergugur jawatan dan kalau parti nak ambil tindakan disipilin itu soal lain, tak adalah sampai dia harus berhenti dan kosongkan kerusi. Saya lihat macam Perdana Menteri tak berapa yakin untuk teruskan usul undi percaya ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena Majlis Kesyukuran Perikatan Nasional Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh, di sini hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Pagoh itu, pelaksanaan usul undi percaya seharusnya dilakukan atas dasar kebebasan dan bukannya memaksa wakil rakyat untuk memberikan sokongan dalam usaha mengekalkan beliau sebagai Perdana Menteri.
Kelmarin, isi kandungan MoU Kerajaan Perpaduan dilihat mengikat ahli Parlimen di bawah gabungan itu apabila menyatakan mereka perlu mengundi dan menyokong setiap usul percaya dan rang undang-undang perbekalan atau apa-apa usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan kepada keabsahan Kerajaan Persekutuan.
Sekiranya gagal, enggan atau cuai ketika menjalankan tanggungjawab mereka termasuk pada Sidang Khas Parlimen, Isnin depan, ia sekali gus membawa kepada pengosongan kerusi Parlimen.
Justeru, ia dianggap sebagai peletakan jawatan atau pemberhentian daripada menjadi ahli Parlimen manakala kerusi ahli Parlimen terbabit perlu dikosongkan seperti dalam kerangka maksud Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan. – UTUSAN




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2022 08:19 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 17-12-2022 08:23 PM

popcorn kena tambah lagik sebab drama baru nak tengah rancak nih bersiri2 sampai berpinau2 mata dibuatnya


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2022 08:27 PM | Show all posts
plot twist dah pungg bermula....



[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[

https://www.bharian.com.my/berit ... -kerajaan-perpaduan

Pembabitan GRS dalam perjanjian persefahaman Kerajaan Perpaduan tidak sah - Ronald

Oleh Izwan Abdullah - Disember 17, 2022 @ 6:57pm[email protected]





Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee




KOTA KINABALU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa pembabitan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam menandatangani perjanjian persefahaman bersama parti gabungan lain Kerajaan Perpaduan, semalam, sebagai tidak sah.
Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata ia kerana BERSATU sebagai parti pengasas dan ahli GRS tidak pernah terbabit dalam sebarang perbincangan berhubung perjanjian persefahaman itu.
Beliau yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah mendakwa, BERSATU masih ahli sah dalam GRS seperti tercatat dalam perlembagaan gabungan itu, manakala Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor bukan lagi Pengerusi GRS yang sah kerana sudah keluar BERSATU.
"BERSATU adalah parti pengasas GRS. Menurut Fasal 6.1 (ii) Perlembagaan GRS, BERSATU adalah ahli yang sah Badan Gabungan itu.

"Selaku Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah, saya memaklumkan bahawa BERSATU sebagai ahli Badan Gabungan GRS tidak pernah terbabit dalam sebarang perbincangan yang memutuskan supaya GRS memasuki perjanjian persefahaman dengan gabungan parti lain untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh Pakatan Harapan (PH).
"Saya menegaskan bahawa Datuk Hajiji Noor yang dilantik sebagai Pengerusi GRS atas kapasiti beliau sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah sebelum ini, tidak lagi mempunyai keabsahan untuk kekal sebagai Pengerusi GRS kerana tindakan beliau keluar dari BERSATU," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Berikutan itu, Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata, keahlian Hajiji dalam GRS ketika ini hanyalah sebagai ahli individu, manakala kedudukan beliau sebagai Pengerusi GRS perlu diputuskan semula oleh Majlis Tertinggi GRS.
"Berikutan ini, perjanjian persefahaman gabungan parti politik menyokong Kerajaan Persekutuan pimpinan PH yang ditandatangani Datuk Hajiji Noor sebagai Pengerusi GRS semalam tidak sah dan tidak mewakili aspirasi BERSATU melalui GRS," katanya.
Semalam, Hajiji mewakili GRS menandatangani perjanjian persefahaman parti gabungan yang membentuk Kerajaan Perpaduan bersama PH, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Warisan (WARISAN).
Pada 10 Disember lalu, Hajiji mengumumkan keputusan sebulat suara pemimpin dan wakil rakyat BERSATU Sabah yang dketuainya keluar daripada parti itu dan menjadi ahli individu dalam GRS sebelum menubuhkan sebuah parti baharu sebagai landasan politik mereka.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2022 08:28 PM | Show all posts
anwar bukan stakat tebuk perlembagaan negara tapi jugak tebuk perlembagaan parti2 yg nak ditarik sokongan oleh nya itteww ? Aiyaya, punyaa laaa desperado nak dapat jugak2 super majority ekkkk...tak cukup jadi PM tapi nak jadi PM super majority walhal dia cuma PM kerajaan minoriti je maaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2022 08:32 PM | Show all posts
so soalan cepumasss, kenapa anwar begitu terdesak nak secure jugak2 super majority di parlimen ? Untuk ubah apa ? Perlembagaan mana yg tak sesuweyy tu pada mata anwar yg dia perlu ubah by hook or by crook ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2022 09:20 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 17-12-2022 09:22 PM





Kat artikel bawah ni lebih clear apa sebenarnya yg di kata oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin mengenai lagu mana cara PM 10 nak dilantik oleh agung ler , yg tunjukkan bukannya agong yg nakk BN dan PH bergabung sebaliknya memasing yg decide sundrik2 nak bergabung lalu depa cuma perlu inform pada agong lah gabungan yg dah dipersetujui kekdahnyaaa utk agong bertindak menurut lunas perlembagaan

Tengok betul2 perkataan dalam perenggan yg aku boh font biru dan merah ittew,

mana ada istana negara kata agung titahkan parti itu ini secara spesifik mermbentuk gabungan menurut kehendak agung plakkk  ,

sebaliknya yg di titahkan adalah utk bagi tau kat agung gabungan yg telah dibentuk ikut kemahuan memasing dgn parti yg dapat yg banyak lahhh , bukannya gabungan tu dibentuk ikut kemahuan agung maaa....

so ayat istana negara dah di twist agar nampak mcm agung yg nak BN bentuk dgn PH,

padahal yg istana negara nak tau adalah apabila memasing stuju utk membentuknya maka inform pada agong lah mengenai persetujuan yg memasing sundrik decide ittew dan bukannya agung plak decide gabungan tu perlu parti itu ini secara spesifik

so tajuk utusan tuuu tak menceritakan apa yg sebenarnya yg di kata oleh pihak istana negara laa


[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[


https://www.utusan.com.my/nasional/2022/11/agong-titah-gabung-parti-bentuk-kerajaan/
Agong titah gabung parti bentuk kerajaan

AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH


  • Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
  • 20 November 2022, 2:38 pm















PETALING JAYA: Semua ketua parti dan gabungan politik yang mempunyai jumlah kerusi banyak diminta untuk memaklumkan persetujuan penggabungan sesama mereka bagi pembentukan kerajaan yang baharu pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat selewatnya pukul 2.00 petang, esok.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Istana Negara menerima dokumen keputusan rasmi PRU15 daripada Pengerusi Suruhaniaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan jelas menyatakan bahawa tiada parti politik berjaya memperoleh majoriti mudah kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.
Justeru, katanya, bagi menjunjung titah Seri Paduka, Istana Negara meminta kerjasama Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun untuk memohon kepada ketua parti dan gabungan politik yang mempunyai jumlah kerusi banyak untuk memaklumkan kepada pihaknya mengenai gabungan parti politik telah dipersetujui antara parti atau gabungan politik bagi pembentukan kerajaan baharu pasca PRU15.
Ketua parti-parti politik dan ketua gabungan parti-parti politik tersebut akan diminta oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk memaklumkan mengenai gabungan parti-parti politik yang dipersetujui masing-masing serta mengemukakan nama seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat berikutan gabungan parti-parti politik tersebut untuk menjadi calon Perdana Menteri Malaysia kepada Istana Negara sebelum pukul 2.00 petang, esok.
“Selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, adalah dimaklumkan juga bahawa titah perkenan dan keputusan Seri Paduka Baginda berkenaan pembentukan kerajaan baharu dan pelantikan Perdana Menteri menerusi proses yang telah dijelaskan adalah muktamad,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Berdasarkan keputusan rasmi SPR, Pakatan Harapan (PH) hanya menang 82 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) pula 73, Barisan Nasional (BN) 30 kerusi, Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Parti Warisan Sabah (tiga), Parti Bangsa Malaysia (satu) dan Bebas (dua).

Perkembangan itu jelas menunjukkan tiada parti memperolehi majoriti untuk membentuk kerajaan sekali gus memerlukan kerjasama gabungan atau parti lain
Dalam pada itu, Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka menitahkan agar rakyat dan ketua parti-parti politik agar akur dan menghormati proses demokrasi serta menerima keputusan PRU15 dengan tenang serta berlapang dada demi menjaga keutuhan negara kerana negara ini umpama harta pusaka di mana para pemimpin adalah pemegang amanahnya.
“Seri Paduka Baginda turut mengingatkan bahawa negara memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, berwibawa dan berintegriti untuk menjaga kemaslahatan rakyat dan memacu agenda kesejahteraan negara.
“Seri Paduka Baginda mengajak rakyat untuk bersama mendoakan semoga proses pembentukan kerajaan baharu ini dipermudahkan dan berjalan lancar demi kepentingan dan kemakmuran negara.
Katanya, Baginda seterusnya turut mengajak rakyat untuk bersama mendoakan semoga Malaysia dirahmati dan diberkati serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah. -UTUSANhttp://utusan.com.my

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-12-2022 09:24 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 17-12-2022 09:26 PM

soooo, para penyokong anwar dan zahid dah mainkan penipuan atas nama agong lah ya dgn dok kata kerajaan depa kerajaan YDPA laa agong titah depa secara spesifik bergabung laaa padahal agong serahkan pada keputusan memasing cuma depa perlu maklumkan once keputusan di capai ler aje... nampak camna nama agong telah disalahguna dah tuuuu utk diamkan pengkritik anwar malah secara tak langsung depa tuduh agong langgar perlembagaan negara laaa kannn ? Hmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2022 09:46 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 17-12-2022 09:52 PM

The reason agong minta anwar perjelaskan kekeliruan proses perlantikan PM seperti tertera di artikel bawah ni kerana agong sedar lah tuuu yg dia di tuduh berkomplot membentuk gabungan itteww

Sebab tu kata2 anwar pada agong seperti dalam perenggan font merah tuuu tunjukkan anwar mengaku yg dia akan tunduk pada suara rakyat kalau tak dapat majoriti diparlimen kang, makna dia berjanji secara tak langsung kat agong yg dia tak akan paksa memana MP utk sokong dia lah kannnnn
  
tuptup lepas tu dia buat MOU agar MP yg tak sokong dia lah plak lepas jawatan , padahal yg dia mengaku kat agong dia yg akan back down kalau gagal dpt majoriti,
Nampak camna dia kelentong agong dgn pi buat MOU ittew ler?

]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]



https://www.bharian.com.my/berit ... nteri-angkat-sumpah


Agong titah perjelas keadaan sebelum Perdana Menteri angkat sumpah[size=0.8]Oleh Irwan Shafrizan Ismail - Disember 11, 2022 @ 8:28pm[email protected]


PUTRAJAYA: Selepas dua minggu dilantik sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kronologi dan titah di dalam Istana Negara sebelum beliau mengangkat sumpah.
Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan demikian supaya tidak timbul kekeliruan berhubung isu terbabit sehingga menyinggung kedudukan Raja-Raja Melayu.
"Semalam ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, baginda nyatakan ada baiknya jika Perdana Menteri jelaskan supaya jangan timbul kekeliruan, terutamanya yang menyinggung kedudukan Raja-Raja Melayu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri bersama Ulama dan Asatizah di Seri Perdana di sini hari ini.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.
Anwar menjelaskan, dalam isu pembentukan kerajaan sebaik Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berakhir, Yang di-Pertuan Agong mengambil tindakan selangkah di depan untuk mengadakan Sidang Khas Majlis Raja-Raja Melayu.
"Yang di-Pertuan Agong mengambil pendekatan mengikut Perlembagaan walaupun ini dipertikai oleh sesetengah tokoh Melayu dan Islam.
"Penjelasan Yang di-Pertuan Agong kepada saya dan Raja-Raja Melayu yang sempat saya menghadap, adalah menyatakan daripada awal tidak dipertikaikan bahawa parti yang memperolehi kedudukan terbesar akan mendapat keutamaan.
"Pada ketika itu, parti menang dengan kerusi terbesar adalah Pakatan Harapan (PH) sebanyak 83 kerusi Parlimen dan diikuti oleh Perikatan Nasional (PN) sebanyak 73 kerusi Parlimen.
"Seterusnya ada usaha sambilan untuk mendapatkan akuan bersumpah (SD) dan ia terus berlaku dalam tempoh ditetapkan Yang di-Pertuan Agong, iaitu sehingga jam 2 petang pada 21 November lalu.
Beliau berkata, berapa pun jumlah SD yang diperoleh itu hanya akan ditetapkan setelah waktu diberikan berkenaan dimuktamad.
"Seperti mana dalam perlumbaan dia boleh potong kita di 'round' (pusingan) pertama. Kita potong dia 'round' (pusingan) ketiga tapi yang pentingnya ialah garisan penamat.
"Apabila di garis penamat, saya perolehi jumlah terbesar … kerana orang beri pengakuan sebelumnya, telah menarik balik (sokongan), sebelum tempoh 2 petang," katanya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan usul Undi Percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 19 Disember diadakan kerana beliau mahukan mandat yang lebih jelas untuk memimpin negara.
"Rasa perlu untuk adakan undi percaya kerana jumlah jelas dari Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti kecil lain.
"Saya jawab ampun tuanku, ini bukan soal peraturan dan undang-undang dibangkitkan, tapi kerana saya mahu memimpin dengan mandat yang jelas. Patik yakin perolehi majoriti.
"Andai kata tidak perolehi, patik akan tunduk suara rakyat," katanya.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengaminkan bacaan doa pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri ke-10 kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara. - Foto BERNAMA


Yang di-Pertuan Agong (dua, kiri) berkenan bergambar dengan Anwar (dua, kanan) pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpa









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2022 09:51 PM | Show all posts
kalau agong punggg kena kelentong olehnyaa, rakyat lagi2 laaa akan dikelentongnya kiri kanan belakang depan, period ! Depan berjanji lain belakang buat lain kekdahnyaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2022 09:56 PM | Show all posts
anwar is in deeeeeep shitttt now ..... haaa bergabung lagik dgn penyakau , para pencacai punya laaa dok ratib jgn main politik tak henti2 tuptup anwar yg terlebih bermain politik .....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2022 11:14 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 17-12-2022 11:16 PM

aku park kat sini penjelasan aku mengenai penipuan zahid



kita kena belek bebetul apa sebenarnya TITAH agong dan apa sebenarnya yg telah dimanipulasi oleh zahid sebagai titah agong, kena tau beza naaa antara keduanyaaa agar boleh faham duduk perkara sebenar ler.

Tengok ayat yg aku boh font biru bawah ni tunjukkan yg zahid dah spin titah agong ler agar menampakkan seolah2 agong yg minta MP BN seramai 30 olang itteww utk sokong anwar PADAHAL yg sebenarnya yg di titah agong adalah agar semua MP BN seramai 30 org tu pi jumpa agong utk diinterview oleh agong agar agong boleh faham pendirian depa yg sebenar laaa yg aku boh font warna merahh maaa , bermakna bukannya agong nak suruh depa sokong sebaliknya agong nak ambik tahu apa sebenarnya pandangan depa sundrik mengenai sokongan pada sapa yg depa nak bagi ler

Tuptup zahid dah bertindak menghalang pertemuan agong dgn 30 MP BN tu apabila dia lah plak yg pi jumpa agong tanpa bawak depa bersamanyaaa waktu pertemuan ittew ler, ekceli zahid dah durhaka pada titah agong lah tuuu ok .

Tujuan zahid buat camtu agar kesemua MP tu tak boleh membantah sokongan terhadap anwar ler tuuu ketika depa diinterview oleh agong kang , so zahid siap2 sabotaj pertemuan ittew agar tidak berlaku langsung,

lepas tu zahid spin plak bila di tanya oleh media dgn kata agong lah plak yg nak semua MP BN tu sokong anwar. Kuang3 ...dah jelas lah sekarang yg anwar dan zahid lakukan pembohongan mengenai titah agong , serta menghalang prosedur perlembagaan dalam proses perlantikan PM yg nak di buat agong lahhh .



[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[

https://www.bharian.com.my/berit ... aan-perpaduan-zahid

Agong titah BN ambil bahagian dalam kerajaan perpaduan - Zahid[size=0.8]November 23, 2022 @ 2:03pm




Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, pagi tadi. - NSTP/AIZUDDIN SAAD



KUALA LUMPUR:Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Pengerusi BN itu memaklumkan, beliau bersama dua pemimpin tertinggi gabungan berkenaan menerima titah demikian semasa menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara, pagi tadi.
Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk juga menegaskan, Seri Paduka tidak menitahkan apa-apa mengenai pendirian berkecuali.
"Tak ada, tak ada. Bukan itu titah tuanku. Titah Tuanku ialah bentuk kerajaan perpaduan," kaat Presiden UMNO itu seperti dilaporkan portal berita, malaysiakini hari ini.
Turut bersama menghadap Yang di-Pertuan Agong pada sesi bermula kira-kira jam 10.30 pagi pagi adalah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Semalam, Seri Paduka menitahkan agar semua 30 Ahli Parlimen BN hadir di Istana Negara untuk ditemu bual baginda dalam mencari penyelesaian kemelut pembentukan kerajaan serta pelantik Perdana Menteri Ke-10.
Bagaimanapun, menurut Ahmad Zahid, sesi itu digantikan dengan beliau bersama Mohamad dan Zambry menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Susulan titah Seri Paduka pada pertemuan itu, Pengerusi BN berkenaan berkata, ia akan dibincangkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan kemudian Dewan Tertinggi BN.
Mesyuarat MKT UMNO dijadual berlangsung pada jam 8 malam ini, diikuti pertemuan Dewan Tertinggi BN.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) adalah dua blok parti politik yang mendapat jumlah kerusi Dewan Rakyat tertinggi, masing-masing 82 dan 73 kerusi, namun tidak cukup majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.
Kedua-dua blok parti itu memerlukan sokongan Ahli Parlimen mewakili gabungan parti lain, termasuk BN yang menang 30 kerusi bagi mendapat sokongan sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.
Isnin lalu, media melaporkan, Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk melanjutkan tempoh masa selama 24 jam kepada parti politik untuk membentuk kerajaan yang sepatutnya sehingga jam 2 petang berkenaan,
Selaras lanjutan itu, parti politik memiliki lebih masa sehingga petang kelmarin untuk merundingi pembentukan kerajaan pasca PRU15, sekali gus menamakan seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri ke-10.
Lebih awal sebelum itu, pertemuan Ahli Parlimen BN dan PH menemui jalan buntu selepas tiada sebarang akuan bersumpah (SD) ditandatangani bagi menyokong pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.
Ketika usaha digiatkan pemimpin tertentu dalam BN supaya gabungan PH dan BN direalisasikan, wujud protes dari kalangan Ahli Parlimen gabungan itu sendiri yang menentang usaha itu.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2022 11:28 PM | Show all posts
sooo, utk mengelak the scheme of thing dari pihak lawan maka anwar dan zahid yg formulate kan the scheme of thing terhadap agong terhadap media terhadap rakyat siap2 awai2 gittewww agar kuasa depa boleh dikekalkan sampai masuk kubur sampai abg jamil mampusss baru layak digelar "kerajaan stabil" ?

Oooo naratif kerajaan stabil sebenarnyaaa dimainkan oleh para pencacai anwar dan zahid hanyalah utk menghalang kuasa depa dari tergugat dari di pertikaikan in any way shape or form laaa aka draconian to the maxxx kekdahnyaa


[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[


https://www.bharian.com.my/berit ... anjian-asyraf-wajdi

Cukup-cukuplah berpolitik isu perjanjian - Asyraf Wajdi



Oleh Rohaniza Idris - Disember 17, 2022 @ 4:10pm[email protected]





Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.




KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa perjanjian permuafakatan antara parti tidak dipolitikkan.
Katanya, ini kerana perjanjian itu bagi memastikan negara stabil bagi tempoh lima tahun akan datang.
"Justeru, cukup-cukuplah berpolitik dan berpolemik.
"Fokus ke hadapan untuk sama-sama majukan negara dan menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda rakyat. Lima tahun lagi kembali bertarung di medan Pilihan Raya Umum," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.
Kenyataan dipercayai bagi menjawab beberapa dakwaan perjanjian yang ditandatangani antara parti semalam bertentangan dengan perlembagaan negara.
Asyraf Wajdi berkata, pada masa sama, perjanjian itu dapat memastikan tiada lagi 'Scheme of Thing' untuk jual beli Ahli Parlimen hingga kerajaan bertukar ganti berkali-kali.
Katanya, perjanjian permuafakatan antara parti adalah untuk memastikan setiap pihak dalam kerajaan sentiasa menghormati dasar dan orientasi setiap parti yang bergabung.
"Dan perjanjian itu tidak sesekali menyentuh hal-hal sensitif yang merosakkan keharmonian persepakatan," katanya.
Asyraf Wajdi menjelaskan perjanjian permuafakatan antara parti itu juga untuk memastikan tumpuan diberikan sepenuhnya bagi memacu kembali ekonomi dan mensejahterakan rakyat.






Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2022 11:33 PM | Show all posts
blastop nak bapak vaksin dan bapak lockdown kembali jd pm kewww?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2022 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
bam blast terlepas temujanji beksin ni. masa ydpa titah suruh maklumkan siapa yg cukup majoriti tu, outcomenya takde sape yg dapat bentuk kerajaan. masa tu kan BN amik pendirian nak jd pembangkang. tanpa BN mmg abahcow tak boleh bentuk kerajaan, tak silap masa tu max abahcow boleh dapat 106 je ( - 82 PH, 30 BN dan 3 warisan). jd petang tu jugak bangnon sama abahcow dititah ke istana utk bentuk kerajaan perpaduan tapi abahcow reject mentah2, tentunya sbb bangnon yg dapat jawatan PM sbb ada lebih banyak kerusi. lepas abahcow reject PH+PN barulah parti2 lain yg dapat jemputan bentuk kerajaan dgn PH.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2022 11:51 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 17-12-2022 11:33 PM
blastop nak bapak vaksin dan bapak lockdown kembali jd pm kewww?

camna kau begitu yakin yg anwar takkan berkelakuan yg sama ? Dah banyak perkara , lain yg di ucap TAPI lain yg di buat , oleh anwar and the geng,  so apa saja janji manis yg dia ucapkan hanya sekadar permainan politik maaa, hakikatnya dia buat sebaliknya ler, dia dah tunjuk perangai munafik nya ok , hypokrit to the max .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2022 11:53 PM | Show all posts
bakingsoda replied at 17-12-2022 11:50 PM
bam blast terlepas temujanji beksin ni. masa ydpa titah suruh maklumkan siapa yg cukup majoriti tu,  ...

Kau nak putar belit camna pungg utk explain hakikatnyaaa kau tak leh padam kenyataan jelas lagi terang yg di buat pihak istana dan agong yg bercanggah dgn naratif yg dimainkan oleh korang ler , terbentang kat artikel2 ittew yg korang tak mampu padamnya ok . Orgramai tak bodoh laaa utk faham titah agong apa dia dan spin korang mengenai titah agong tu apa dia .... kedua2 nya tak sama langsung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2022 11:56 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2022 11:58 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 18-12-2022 12:03 AM

nampakkkk camna anwar senang dipedaya oleh the global elit utk bergantung pada vaksin ? Di masa depan senang je depa nak perdaya dia ler , apabila di riuhkan new varian pasti menggedik dia akan nak rakyat di cucuk kekdahnyaaa walau mulut dia mcm nak rak kata tak paksa tapi kalau dah diparlimen dia boleh paksa MP kenapa plak dia tak leh paksa rakyat ?

Dia tu kerajaan minoriti ok..... ada tujuan kenapa Tuhan takdirkan parti dia tak dapat undi majoriti dari rakyat ok sebab dia munafik to the maxxx yg kuat mungkir janji yg kuat berbohong yg kuat manipulasi manusia sekeliling utk kepentingan peribadi gitteww

NABI SUNDRIK BAGI PERINGATAN AGAR JGN BERI JAWATAN PEMIMPIN PADA YG MENGGEDIK NAKKKANNYAAA LERRR, ANWAR NIH DAH SAMPAI TAHAP GILA JAWATAN PEMIMPIN
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2022 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Org politik sama je x tepati janji..berbohong utk kepentingan termasuklah pas...pas mumgkin kurang ckit dr segi rasuah sbb bkn mrk yg pegang kementerian yg power2. Ntah2 sama je naik bila pgg porrfolio penting..pd i..yg penting skrg adalah gerakan utk pulihkan ekonomi..siapa pun yg naik serupa je naratif dan kelicikan pemimpin ni...now masa utk gembling tenaga dan majukan ekonomi. X nak tgk ringgit jatuh teruk sbb politik x stabil dik pemimpim2 rakus kuasa..xde parti pun yg berjuang demi rakyat..semua demi kuasa dan tembolok masing2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2022 08:23 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 18-12-2022 08:25 AM
jas7512 replied at 18-12-2022 07:44 AM
Org politik sama je x tepati janji..berbohong utk kepentingan termasuklah pas...pas mumgkin kurang c ...

sebab tuu kita once menyedari je wujud bukti kukuh mengenai pembohongan yg depa buat maka kita perlu dedahkannya ke mata umumlah dgn cara yg kita mampu lakukan . Sebab tuu laaa tak boleh jadi penyokong fanatik memana pemimpin pungg dek kerana depa tak ada rasa amanah dlm menjalankan tugas kepimpinan depa, mana yg memperlihatkan penyelewengan tu kita kena point out nya laaa agar lebih ramai rakyat sedar mengenainya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.092614 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list