CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2590|Reply: 24

[Politik] Ada gerakan singkirkan Muhyiddin, BERSATU semakin goyah?

[Copy link]
Post time 16-12-2022 08:26 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Kesetiaan barisan kepemimpinan BERSATU terhadap presiden mereka, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa semakin goyah.

Mengukuhkan dakwaan itu, beberapa sumber dalaman parti berkata, ketika ini seakan wujud gerakan untuk menyingkirkan Muhyiddin sebagai Presiden BERSATU dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ramai dalam kalangan pemimpin BERSATU mula hilang keyakinan terhadap kepimpinan Muhyiddin yang didakwa lebih mengutamakan dendam peribadi berbanding kepentingan parti.

Menurut beliau, terdapat segelintir pemimpin BERSATU yang menyimpan rasa marah terhadap mantan Perdana Menteri itu, susulan kegagalan PN meraih majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan.

“Mereka marah sebab Muhyiddin bersikap acuh tak acuh dalam berunding dengan BN (Barisan Nasional)  sehingga UMNO mengambil keputusan bekerjasama dengan PH (Pakatan Harapan) untuk bentuk kerajaan perpaduan. Jadi mereka terpaksa berputih mata dan kempunan untuk menjadi menteri sekali lagi.

“Sebab itulah ada kumpulan dalam BERSATU yang mula atur gerakan untuk singkirkan Muhyiddin daripada terus memimpin parti itu dan PN. Lagipun mereka merasakan masa Muhyiddin sudah berlalu dan dia tak ada lagi X-Factor untuk membawa BERSATU serta PN untuk masa depan,” katanya.

Nur Jazlan berkata, pelantikan Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang seakan mengesahkan semua dakwaan tersebut.

“Mengapa Hamzan dan bukannya Muhyiddin? Mungkin Ahli Parlimen BERSATU merasakan Ahli Parlimen Pagoh itu sudah hilang aura dan sudah expired.

“Lagipun, Muhyiddin juga sudah kehilangan sengat bila orang-orang kanan mereka seperti Timbalan Presiden, Peja (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) dan Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) kecundang di kerusi masing-masing pada PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15),” katanya.

Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Pulai menegaskan, cengkaman Muhyiddin semakin tumpul dalam BERSATU sehinggakan sudah ada yang berani mengkhianati beliau.

“Begitulah adat permainan dan pusingan roda dalam politik serta hidup. Jangan sesekali buat jahat pada orang lain kerana sampai masanya, Allah SWT akan balas segala kezaliman itu dengan kezaliman.

“Jangan rasa diri terlalu megah dan angkuh kerana bila tiba masanya kita akan tersungkur juga. Jadi sekarang ini adalah fasa untuk Muhyiddin rasa sakit, pedih dan sedih bila dikhianati orang sendiri,” katanya, sinis.

Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri itu menarik perhatian, Muhyiddin perlu bersedia menerima hakikat bahawa setiap perbuatan khianat dan zalim yang dilakukan terhadap pemimpin dan ahli UMNO sudah mula menerima pembalasan.

“Begitu juga dengan orang-orang UMNO yang selama ini berkomplot dan bersekongkol dengan Muhyiddin untuk menjahanamkan parti, mereka juga kena bersedia untuk menerima hukuman atas perbuatan jijik mereka itu.

“Kalau orang dalam BERSATU sendiri sudah tak yakin dengan Muhyiddin dan parti itu, apatah lagi orang luar. Cuba kita lihat Annuar (Tan Sri Annuar Musa) yang kena pecat oleh UMNO minggu lepas, dia bukannya pilih untuk masuk BERSATU padahal selama ini dia banyak mengampu Muhyiddin,” ujarnya.

Nur Jazlan mengulas lanjut, Annuar sebaliknya memilih untuk menghidupkan persatuan Muafakat Nasional yang ditubuhkannya sejak dari awal lagi.

“Nampak sangat bekas MP (Ahli Parlimen) Ketereh itu yang dulu-dulu menjilat, mengampu dan membodek Muhyiddin bukannya sebab dia sukakan Muhyiddin, tapi dia buat semua itu demi keuntungan peribadi semata-mata.

“Bila PN gagal jadi kerajaan dan Muhyiddin pula tak ada kuasa sebagai PM seperti sebelum ini, Annuar pun dah tak nak dekat dengan dia. Nampaknya Annuar pun macam mula nak berpaling tadah dari Muhyiddin, BERSATU dan PN. Mungkin Annuar nak mula mengampu pemimpin PAS sebab dia nampak peluang untuk bertanding lagi dalam PRN (Pilihan Raya Negeri) Kelantan,” katanya.

https://www.getaran.my/artikel/politik/37126/ada-gerakan-singkirkan-muhyiddin-bersatu-semakin-goyah



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2022 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Lelama Bersatu akan berkubur bersama Pejuang
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
lor, igt org dlm PN yg bercerita, rupenye UMNGOK
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 08:55 AM | Show all posts
Ohhh.. orang UMNO (yang nk melingkup tu) yg bawa mulut. Ingat orang dalaman PN sendiri bg info
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 08:58 AM | Show all posts
mikasa replied at 16-12-2022 08:43 AM
Lelama Bersatu akan berkubur bersama Pejuang

bercirit

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 09:59 AM | Show all posts
Abah lembab..Tun tak suka....adalah muka baru yg Tun suka & boleh lawan DSAI & UMNO
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2022 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Silap pn xnak bergabung dgn ph bentuk kerajaan.. Bn amik kesempatan laa jadi kingmaker.. Umno pon toksah sibuk sgt pasal bersatu laa bagus kamu pikir mcm mana nak tarik sokongan melayu semula setelah kamu sekarang ni bekerjasama dgn PH.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 10:16 AM | Show all posts
elok Mahiaddin di singkirkan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2022 10:18 AM | Show all posts
“Begitulah adat permainan dan pusingan roda dalam politik serta hidup. Jangan sesekali buat jahat pada orang lain kerana sampai masanya, Allah SWT akan balas segala kezaliman itu dengan kezaliman.

“Jangan rasa diri terlalu megah dan angkuh kerana bila tiba masanya kita akan tersungkur juga. Jadi sekarang ini adalah fasa untuk Muhyiddin rasa sakit, pedih dan sedih bila dikhianati orang sendiri,” katanya, sinis.


yg bagi pandangan pun mcm babi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 10:30 AM | Show all posts
mikasa replied at 16-12-2022 08:43 AM
Lelama Bersatu akan berkubur bersama Pejuang

ameno yg bakal berkubur dlu iols rs...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 10:47 AM | Show all posts
dah kenapa org umno pulak menyibuk
ikut suka la rumahtangga org nak melingkup sekali pun
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebih sudu dari kuah
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 10:55 AM | Show all posts
Umno tak yah menyibuk sgt.
Tengok je parti pengkhianat mengkhianat sesama sendirik
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 10:58 AM | Show all posts
Not to be surprised dari team yang memang suka lompat lompat
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 11:05 AM | Show all posts
x kisah la ko nk duduk parti mana pun, tp jgn sesekali jd pengkhianat
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 12:37 PM | Show all posts
Bersatu bakal jadi Berdua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2022 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
what u give..u get back lah kan...kohkohkoh
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 02:33 PM | Show all posts
adoi berita lawak

padan muka mudin

kohkohkohkohkohkoh
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Abah rehat la bersama Atok. Kan bukan main rancak dulu kamceng bagai
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 03:47 AM | Show all posts
Ada org sini kata buat apa org umno nak sibuk pasal bersatu.......sebabnya wahai nonok2 sekelian, geng2 bersatu tu semuaaanyaaa pengkhianat umno, memanglah org umno patut pun kondem/hentam/kritik diorang sekeras2nya, karma is frackin bitchhhh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.522904 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list