View: 684|Reply: 2
|
Bercerai Lepas Sepuluh Tahun Kahwin, Suami Ketagih Memancing Sampai Langsung Tak Tolong Bela 2 Anak
[Copy link]
|
|
Seorang wanita di China baru-baru ini bercerai dengan suaminya yang dikahwini selama 10 tahun, hanya kerana lelaki itu ketagih dengan hobi memancing berbanding meluangkan masa dengan keluarga.
Menurut fakta kes, Zhang mendakwa, dia sudah tidak dapat bertahan dengan ketagihan suaminya itu kerana selama ini dia yang banyak menguruskan hal-hal rumah tangga, termasuk menjaga dua anak mereka. Sementara suaminya hanya duduk di sofa bermain telefon dan keluar memancing bersama rakan-rakannya selepas waktu makan malam.
Zhang pernah meminta suaminya untuk mengurangkan aktiviti memancing dengan meluangkan masa bersama dengan keluarga. Namun permintaan itu tidak diendahkan menyebabkan Zhang mengambil keputusan terakhir untuk bercerai.
Gambar Hiasan
"Saya bangun sebelum jam 6 pagi setiap hari untuk menyediakan sarapan. Saya hantar anak-anak ke sekolah sebelum keluar bekerja. Setiap hari saya basuh pinggan, kemas rumah, ambil anak pulang dari sekolah dan bantu mereka menyiapkan kerja sekolah. Saya penat!," kata Zhang ketika berada di mahkamah.
"Tetapi suami saya hanya bangun selepas saya menyiapkan sarapan. Selepas pulang dari bekerja, dia baring di sofa dan bermain telefon. Selepas makan malam, dia keluar untuk memancing dan kerap menghabiskan masa sepanjang malam untuk memancing bersama rakan-rakannya," tambahnya.
Suaminya, Sun, juga bersetuju untuk bercerai kerana tidak tahan dengan Zhang yang gemar membebel mengenai hobinya. Dan dengan itu, dia akan dapat meluangkan masa untuk memancing.
Selepas usaha untuk memulihkan hubungan pasangan itu gagal, akhirnya hakim meluluskan permohonan mereka untuk bercerai.
"Memancing bukanlah satu perkara yang tidak baik, tetapi ada batasannya. Apabila awak sudah berkahwin, awak perlu memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri dan ibu bapa. Jangan terlalu mengutamakan aktiviti memancing berbanding keluarga," kata Hakim Fu Honglian kepada Sun. -CARI
Sumber: Oddity Central/The Reporter
Sumber: Oddity Central |
|
|
|
|
|
|
|
terbaik hidup biawak! knp slepas 10 tahun baru cerai, klau aku awal dah angkat kaki |
|
|
|
|
|
|
|
Nish Nush is restaurants financial district nyc boasts an ideal location that perfectly complements its delicious cuisine. Nestled amidst the bustling streets of Lower Manhattan, this gem offers a convenient retreat for foodies and city dwellers alike. With Wall Street nearby and iconic landmarks within walking distance, it's an oasis for those seeking a delightful meal while exploring the city's historic heart. |
|
|
|
|
|
|
| |
|