Seorang pengawal keselamatan Piala Dunia maut selepas terjatuh di Stadium Lusail dalam perlawanan suku akhir di antara Argentina dan Belanda, Ahad lalu.
John Njau Kibue diberikan rawatan kecemasan dan dibawa ke hospital berdekatan sebelum meninggal dunia dalam unit rawatan rapi (ICU), malam semalam.
Stadium Lusail akan menjadi tuan rumah perlawanan akhir di antara Argentina dan Perancis pada Ahad ini. - Foto Astro ARENA
Jawatankuasa Tertinggi Qatar mengesahkan kematian Kibue itu dalam satu kenyataan dan mengumumkan siasatan akan diadakan berhubung keadaan yang membawa kepada kematiannya.
"Kami menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga, rakan sekerja dan rakan-rakannya ketika tempoh sukar ini," menurut satu kenyataan.
“Penganjur menjadikan siasatan kejadian itu sebagai perkara paling mustahak dan sedia menawarkan maklumat lanjut sementara menunggu hasil siasatan.
"Kami juga akan memastikan keluarganya menerima segala pampasan."
Kibue merupakan pekerja asing kedua yang meninggal dunia sejak kejohanan bermula selepas kematian seorang lelaki Filipina di sebuah resort yang digunakan oleh Arab Saudi di peringkat kumpulan.
Stadium Lusail akan menjadi tuan rumah perlawanan akhir di antara Argentina dan Perancis pada Ahad ini.
Sumber: AWANI
|