CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 775|Reply: 5

Norman Hakim Hampir 'Hilang' Ayah, Nafas Terhenti Selama 15 Minit

[Copy link]
Post time 15-12-2022 02:12 PM | Show all posts |Read mode
Norman Hakim berdepan detik cemas apabila mendapat panggilan bahawa ayahnya tidak bernafas buat seketika waktu.


Menerusi perkongsian di Instagram, Norman menceritakan saat dia menerima mesej dari kakanya yang memberitahu keadaan ayahnya dan merasakan dunia terhenti apabila dapat tahu berita tersebut.


Foto: IG




“Saya sekeluarga hampir kehilangan ayah semalam, infact dah ‘hilang’ pun selama 15 minit.


“Kakak saya @noorishah hubungi saya menangis-menangis panik bagitahu saya kena balik sekarang, ayah tak bergerak.


“Kakak terus cut off call. Habis kat situ. Saya buka WhatsApp family group. Terus rasa dunia berhenti. Isteri @memeysuhaiza depan mata pun baca juga. Tak keruan & terus nangis,” kongsi Norman.




  



Norman juga turut berkongsi keadaan ayahnya yang tidak memberi sebarang respon dan tidak bernafas. Terkejut dengan berita tersebut, Norman juga mengharapkan apa yang terjadi hanyalah mimpi semata.


“Gambar dalam WhatsApp group: ayah dalam posisi duduk dalam bilik air. Nampak kondisi ayah pucat satu badan. Caption; ayah tak respon. Nafas pun tak ada. Saya bagi masa untuk diri istighfar dan bertenang.


“Terus hubungi abang sulung kat Johor suruh baca WhatsApp group dan standby untuk balik. Ayah mungkin dah tak ada.


“Saya tahu inilah momen paling saya takut untuk berdepan. Saya istighfar lagi. Tarik nafas dalam-dalam. Cuba sedaya redakan diri untuk berdepan dengan kemungkinan yang ayah dah tak ada. Saya dongak kepala pejam mata mengharap pada Allah supaya benda paling saya takut ni semua mimpi.




  



“Dalam kepala dah fikir segala formasi untuk tindakan seterusnya di KL & Kuantan. Tapi hati masih mengharap supaya ini semua hanya mimpi.


“Call niece @shrmllhw kat Kuantan mintak update progress directly. Dunia still terasa berhenti. Baca Yaasin dalam hati untuk ayah in a meantime jasad tetap kena bergerak dan bertindak,” ujarnya.


Atas keajaiban yang maha esa, Norman meluahkan rasa syukur apabila ayahnya kembali bernafas dan berharap ayahnya dapat terus bertahan.


“Tiba-tiba dapat direct respon dari niece @shrmllhw bagitahu “Tok ayah bernafas balik, mama (my sis @noorishah) tengah ajar mengucap.


“Perasaan masa tu Allah sahaja yang tahu. Hanya mengharap padaNya supaya nafas tu terus bertahan. Dan long story short, alhamdulillah Allah beri peluang kedua utk bersama lagi dengan ayah.




  



  



“Belaian & kasih sayang paling Agung dengan izinNya saya curahkan pada ayah atas kesempatan dan peluang kedua ini. Sisa trauma masih ada dengan insiden semalam. Tak tau nak luah macam mana lagi kat Allah atas rasa syukur & terima kasih untuk peluang kedua bersama ayah ini,” luah Norman.


Dalam perkongsian sama, Norman turut memohon semua agar mendoakan kesihatan dan kesejahteraan ayahnya. -CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2022 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Terus update kat socmed ya Norman. Ye la. Norma orang sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 02:26 PM | Show all posts
geli bak angg rambut kauu
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 02:34 PM | Show all posts
Muka, body dah herlok. Tapi rambut tu bang man...potong la. Nampak macam sabut kelapa. Kalu rambut tebal, kepok2 takda hal. Ni selai-selai. Pontianak lalu pon sempat salam dan ejek rambut bang man...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
ReginaGeorge replied at 15-12-2022 02:34 PM
Muka, body dah herlok. Tapi rambut tu bang man...potong la. Nampak macam sabut kelapa. Kalu rambut t ...

Adoi gelak aku baca tang pontianak tu…
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 07:44 AM | Show all posts
tetappp utk content bapak nak mati pon dia angkot sekali
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.253593 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list