CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7126|Reply: 48

Bekas Tunang, Janda Anak Dua Dah Kahwin Dengan Orang Lain- Ewal Malas Nak Komen Apa-Apa

[Copy link]
Post time 15-12-2022 01:11 PM | Show all posts |Read mode
"Saya tidak mahu komen apa-apa kerana dia sudah tidak ada kena-mengena dengan saya lagi. Malah, dia pun sudah mendirikan rumah tangga," kata penyanyi kumpulan Kristal, Ewal Ismail apabila diajukan mengenai ikatan pertunangannya dengan Nur Syuhada Baharuddin atau Adda sudah menemui titik noktah.


Ewal atau nama penuhnya Ikhwal Hafiz Ismail, 30, berkata dia dan bekas tunangnya juga sudah membawa haluan masing-masing demi kebaikan bersama.




Foto: IG




"Alhamdulillah, apa yang berlaku adalah yang terbaik buat kami berdua. Malah, saya pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.


"Benda ini kita tidak boleh nak cakap lebih kerana kita hanya merancang dan selebihnya adalah aturan Allah SWT.


"Apa yang boleh saya kata, masing-masing sudah ada fokus dan haluan masing-masing. Saya lebih fokus terhadap kerjaya seni bersama kumpulan Kristal," katanya.




  



Perkongsian yang dimuat naik di TikTok oleh Adda memaklumkan dia baru melangsungkan perkahwinan menarik perhatian ramai.


Malah, kapsyen yang disertakan dengan video berkenaan turut mengundang pelbagai reaksi.


"Bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang lain, nikah dengan orang lain. Itu yang dinamakan jodoh.


"Kalau kita tahu siapa jodoh kita tidak 'best', kerana itu Allah SWT berikan kejutan untuk kita. Mesti ramai yang tak menyangka jodoh masing-masing," tulis Adda.


  



Terdahulu, Ewal dan Adda yang juga adik Rody Kristal bertunang pada 10 September tahun lalu.


Adda yang juga penyanyi adalah ibu tunggal kepada dua anak. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2022 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis, rambut kau lagi "Farrah Fawcett" drpd rambut tunang ko. Mana tunang ko tak rasa terancam
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 01:21 PM | Show all posts
Carcosa replied at 15-12-2022 01:15 PM
Habis, rambut kau lagi "Farrah Fawcett" drpd rambut tunang ko. Mana tunang ko tak rasa terancam

ya robbi berguling aku gelak baca komen ko kaka
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
rambut kepok kepok
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
baru tau rupa nya si ewal bekas tunang adda
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus la jawab macam tu, tak nak komen apa apa. nanti ada rezeki jodoh lain
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2022 01:27 PM | Show all posts
masa selalu tgk kat IG si iwal ni dulu mati2 aku ingat depa dua ni dah kawin..kemain mcm laki bini rupanya baru tunang daaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
OK, Larut X Reason dia sedap...dan rambut pun lawooo

Lain-lain hal - no comment.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2022 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 15-12-2022 01:15 PM
Habis, rambut kau lagi "Farrah Fawcett" drpd rambut tunang ko. Mana tunang ko tak rasa terancam

Tergelak meols baca komen nie????
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Syed wukong tu nak tiru rambut dia ni la ek
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Meouls selalu keliru dia dengan si erul kpop wannabe yg asyik komen sana-sini tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 01:38 PM | Show all posts
Carcosa replied at 15-12-2022 01:15 PM
Habis, rambut kau lagi "Farrah Fawcett" drpd rambut tunang ko. Mana tunang ko tak rasa terancam



lawak siot


aku pun jeles tgk rambut dak ewal ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 01:50 PM | Show all posts
azimodin replied at 15-12-2022 01:35 PM
Meouls selalu keliru dia dengan si erul kpop wannabe yg asyik komen sana-sini tu

hahahahhaha betul
sebab muk alebih kurang kan
cuma erul tu rajin sungguh sebarkan komen2
dia popular ngn komen2 laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 02:12 PM | Show all posts
Carcosa replied at 15-12-2022 05:15 AM
Habis, rambut kau lagi "Farrah Fawcett" drpd rambut tunang ko. Mana tunang ko tak rasa terancam

win
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 02:20 PM | Show all posts
Carcosa replied at 15-12-2022 01:15 PM
Habis, rambut kau lagi "Farrah Fawcett" drpd rambut tunang ko. Mana tunang ko tak rasa terancam

HAHAHAHAHAH...KANNN... kau lebih woman daripada pompuan tu... adda tu dah lah siap main futsal main drum apa semua.. kau raseeee dia tak menyampah ke dengan bercelak, berbedak...rambut kepok2 anuar zain kau tu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 02:46 PM | Show all posts
aik,, salah org kah mek selama ni.. yg satu lg muka lebih kurang camni jgk adda jgk nama tu yg mana satu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2022 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa kali si Adda ni kawin cerai. Lost track da aiols.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 03:00 PM | Show all posts
At least he made a short statement. Tp post ex tunang tu memang gaslighting, saja cari pasal. nak kawen, kawen je lah... Lelaki tua, berada, muda dan tak berduit semua dia dah rasa.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 03:01 PM | Show all posts
aku suka jawapan si lelaki ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 03:11 PM | Show all posts
kali ni brp lama plk si Adda ni...something la pompuan ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.179267 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list