Gambar hiasan. SUMBER Google
Seorang lelaki yang sedang mencari rumah sewa meluahkan rasa kecewa apabila ejen hartanah yang berurusan dengannya bertanyakan status bangsanya atas permintaan tuan rumah.
Menerusi ciapan di Twitter, lelaki tersebut memuat naik perbualannya dengan ejen hartanah menerusi aplikasi Whatsapp.
Lebih mengecewakan apabila ejen hartanah kedua juga turut bertanyakan bangsanya membuatkan lelaki tersebut mempertikaikan perkara tersebut kerana baginya kaum seseorang itu tidak mempengaruhi urusan sewa rumah.
"We are so divided, that nak sewa rumah pun tanya race.
"I don't condone racism!" ciapnya.
Dalam satu balasan komen, kata lelaki tersebut, dia juga mempunyai hak untuk memilih tuan rumah.
"It's tenant's market nowadays," katanya.
Pun begitu, rata-rata ramai netizen yang pertanyaa tersebut adalah perkara biasa dalam urusan tuan rumah dan bakal penyewa atas beberapa faktor terutamanya membabitkan agama.
Bagaimanapun, ada juga antara netizen yang beranggapan perkara itu tidak sepatutnya ditanyakan kepada bakal penyewa kerana ia adalah perkara sensitif yang mungkin menyinggung perasaan individu lain.
Beberapa komen turut menyatakan pengalaman serupa dan kesukaran untuk mencari kediaman untuk disewa. -CARI
|