CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 350|Reply: 0

[Sabah] RM54.05 juta peruntukan sekolah, badan keagamaan bukan Islam tahun depan

[Copy link]
Post time 15-12-2022 07:48 AM | Show all posts |Read mode


MERIAH: Jeffrey hadir mewakili Hajiji bagi merasmikan dan memeriahkan majlis tersebut.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyediakan perutukan sebanyak RM54.05 juta dalam Belanjawan 2023 untuk sekolah dan perkembangan badan keagamaan bukan Islam di Sabah tahun depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata bantuan dan pemberian itu meningkat sebanyak RM7.05 juta berbanding tahun ini.

Katanya, sebagai kerajaan yang prihatin dan saksama, bantuan itu akan diteruskan kepada badan-badan bukan Islam yang juga akan memberi manfaat kepada gereja di negeri ini.

“Inilah bukti bahawa kerajaan negeri serius serta ikhlas dalam membantu semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya pada Majlis Perasmian Sambutan KK Christmas 2022 di Padang Merdeka Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri, Datuk Seri Panglima Jeffrey G.Kitingan.

Sementara itu, Hajiji menyeru kepada seluruh rakyat supaya terus bersama-sama dengan kerajaan bagi memastikan kemakmuran sosial dapat dipelihara demi kesejahteraan dan manfaat bersama.

“Lupakanlah perkara berkaitan politik kerana sekarang adalah masa untuk kita bekerja demi rakyat dan negeri.

“Apa yang penting, kerjasama dan sokongan daripada rakyat akan menyumbang kejayaan kepada segala dasar serta program yang sedang kita laksanakan di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya.

Menurutnya, perpaduan rakyat, keharmonian kaum serta toleransi beragama yang kukuh di negeri ini hendaklah dikekalkan untuk kebaikan generasi sekarang dan akan datang.

“Sebarang tindakan yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat dan kestabilan kerajaan hendaklah dihindari agar agenda pembangunan yang dirancang untuk meningkatkan ekonomi dapat direalisasikan,” katanya.

Hajiji berkata, semangat perpaduan, toleransi serta saling hormat menghormati dalam kalangan rakyat Sabah berbilang bangsa, kaum dan agama sudah lama dipraktikkan rakyat negeri ini.  

“Malah dalam setiap perayaan, kita meraikan tanpa mengira bangsa dan agama. Justeru, saya mahu rakyat di negeri ini bersama-sama mengenepikan perbezaan dan fokus kepada nilai yang menyatukan rakyat”, katanya.

Katanya, kerajaan negeri menghargai dan menyambut baik komitmen dan usaha Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Majlis Gereja-Gereja Sabah, kerana berjaya menganjurkan sambutan ini.

“Saya mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas dan Tahun Baharu 2023 kepada seluruh rakyat negeri Sabah,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.050664 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list