Seorang warga maya menceritakan bagaimana keluarga rakannya retak kerana seorang bapa yang bengis.
Akibatnya ketika si bapa mula mencecah usia senja, anak-anaknya liat untuk mendekati ekoran masih menyimpan 'dendam' dengan layanan yang diterima mereka pada waktu kecil.
"Bapa kawan saya seorang yang sangat garang. Tak boleh salah sikit memang habis kena jerkah.
"Semua orang dalam rumah tu dia marah termasuk isteri dia sekali. Setiap hari pergi solat Maghrib dan Isyak dekat surau tapi perangai tak seperti orang dekat dengan agama.
"Kena rotan hanger tu benda rutin, tak kira lelaki ke perempuan semua kena," katanya.
Gambar Hiasan
Menerusi perkongsian itu lagi, si bapa juga dikatakan tidak memilih bulu dalam menghukum sesiapa yang dilihat salah pada matanya.
"Bapa dia tak kira siapa buat salah, semua kena walaupun tak ada kena mengena.
"Benda tu buatkan semua adik-beradik takut buat hal dan selalu rahsiakan bersama kalau berlaku sesuatu. Baran bapa dia," ujarnya.
Akhirnya tatakala anak-anak meningkat dewasa, mereka memutuskan untuk membawa diri masing-masing keluar dari rumah.
"Baran bapa dia berterusan sampailah semua habis sekolah dan lepas tu anak-anak bawa diri masing-masing kerja dekat luar kampung.
"Semua adik-beradik tak call langsung bapa mereka sepanjang merantau. Semua call mak je menyembang tanya khabar.
"Apabila mak nak bagi telefon dekat bapa terus diputuskan line ataupun merayu dekat mak tak nak bercakap dengan bapa," ceritanya.
Apabila tibanya hari lebaran untuk berkumpul sekeluarga, anak-anak cuba untuk mengelak berjumpa si bapa walaupun tinggal sebumbung.
"Berkumpul waktu hari raya meriah apabila bapa pergi surau atau keluar rumah.
"Apabila bapa balik semua diam masuk bilik. Kalau tengah bersembang ramai-ramai dekat dapur dengan mak tiba-tiba bapanya masuk dapur terus diam membisu.
"Setiap seorang adik-beradik akan masuk bilik tak nak bercakap dengan bapa mereka," cerita penulis mengenai hubungan dalam keluarga rakannya itu.
Difahamkan juga si isteri ada menegur suaminya kerana terlalu bersikap kasar dengan anak-anak hingga jurang antara mereka terlalu jauh.
"Bapanya diam je. Sekarang nak marah pun tak ada apa nak dimarahkan. Anak-anak dah besar belaka tahu jaga diri.
"Mungkin bapanya ada rasa menyesal dalam diri sebab terlalu garang sampaikan tak ada sorang anak pun nak bercakap dengan dia," kata penulis menutup luahan.
Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya rata-rata bertikam lidah dalam membincangkan luahan penulis.
Ada yang bersimpati dengan nasib si ayah dan ada yang menyokong perbuatan si anak.
"Ayah dah tua kau tak nak ambil peluang luangkan masa dengan bapa kau. Nanti apabila bapa kau meninggal baru nak menangis rasa bersalah la apa la.
"Mungkin sebab garang tu la semua berjaya dalam hidup. Satu lagi, bab dia garang tu dia kena jawab nanti, tapi bab kita layan bapa kita, kita yang kena jawab.
"Agama kata mak ayah pintu syurga, ayah garang itu belakang cerita," ujar sebilangan warga maya yang memihak kepada si bapa.
Terdapat juga warga maya yang menyelar si bapa kerana merasakan perkara dilakukannya itu meninggalkan trauma kepada anak-anak.
"Mental abuse teruk lepas tu expect yang lepas tu boleh berbaik. Memang tak la. Lantak pi. Sendiri aniaya anak, sendiri tanggung.
"Kalau dah sejak kecil tak pernah cipta memori indah dan connection dengan anak-anak, percayalah anak-anak tak akan menangis pun apabila ayah tu meninggal.
"Nak anak-anak tegur, si bapa kena start minta maaf dulu. Jangan nak ego dengan anak-anak," ujar netizen. -CARI
Teringat lagi satu cerita hari tu, yang bapak dah mati baru anak2 balik, dan maknya boleh hepi semula. Anak sulung dah berpuluh tahun tak nampak muka pun balik semula.
Mak bapak masa anak2 kecik tak payah la kerek sangat dengan anak2 sampai dera emosi anak2. Nak bertegas tu memang boleh, tapi jangan sampai anak2 rasa dia lahir ke dunia buat menyusahkan mak bapak aje. Sikit2 kena herdik, sikit2 kena pukul. Jangan sampai anak2 rasa tak sabar nak blah dari rumah & hidup sendiri.
Post time 14-12-2022 04:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Xdeenya berubah .. kalo ko dah baran kuat mengamuk semua...sampai mati ko bwk perangai tu...kecuali lah ko mmg dah berubah kerana Allah....sbb bila dah tua dah nk sakit.. perangai baran kuat ngamuk akan muncul blk....seksa ahli keluarga yg kena jaga
Post time 14-12-2022 04:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
belacan_gurl replied at 14-12-2022 04:04 PM
Xdeenya berubah .. kalo ko dah baran kuat mengamuk semua...sampai mati ko bwk perangai tu...kecuali ...
tu la kan mmg tak kan berubah
mcm pakcik aku la
tp dia kelakar pastu baik la jugak
cuma klu tak kena angin dia siap la blh mkn penampo dibuatnya
kita yg tak baran ni mmg kena byk tolak ansur je la walaupun dia yg salah
Post time 14-12-2022 08:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
entahla bapak aiol pon garang gak, tp mcm tak gamak ja pikir dh tua heols kena tggal. huhu sbb heol garang tp semua bab makan mnum pndidikan keprluan alhamdulillah heol jaga ja. sbb heol pun dibesarkan oleh apak yg brutal so bawak2 agaknya, pastu mmg circle pun sejenis suka batu api lagi mjadi lah heol. org baran ni kalau takde batu api, insyaAllah ok lama2 mau berubah
baca thread ni teringat movie ni beberapa tahun lepas.. sebab terjadi sebijik-sejibik macam member aku kena.
JUDUL : SAMAD TEDUNG
PENULIS SKRIP : Adza Emie
PENGARAH : Shuhaimi Lua Abdullah
PRODUKSI : Tanah Beris Productions Sdn Bhd
PELAKON : Faizal Hussein, Watie Sadali, Amar Asyraf, Sweet Farhana, Marissa Yasmin, Syed Muhammad Irfan, Azam Pitt, Ali Reza, Fatin Nabila Mesya, Amirul Syafiq Yusof, Faha Azhar
SINOPSIS SAMAD TEDUNG
Samad, digeruni oleh orang kampung kerana sikapnya yang bengis. Oleh itu, dia digelar 'Samad Tedung'. Malah anak-anaknya juga pasti dipukul walaupun hanya melakukan kesilapan yang kecil. Isterinya Rusmila sentiasa bersabar dengan sikapnya walaupun ahli keluarganya sering mendesak supaya dia meninggalkan Samad. Kehidupan Samad berubah apabila isterinya meninggal dunia. Anak-anak mula mengabaikan Samad kerana terkesan dengan sikap Samad ke atas mereka. Namun Samad merasai kasih sayang seorang kanak-kanak yang merupakan cucu kepada jirannya.
Post time 14-12-2022 11:12 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kesian sebenarnya. Sebab sah2 bapak dia tu pun mangsa domestic abuse dibesarkan dengan cara gitu oleh mak bapak dia dan mak bapak dia puj dibesarkan dengan cara sama so dia ingat kaedah tu yang terbaik untuk didik anak2 dia. Ok la dia garang. Takda anak2 dia yang hisap dadah ka dada ka gam ka kan? Hargai part tu je la...
Post time 14-12-2022 11:14 PMFrom the mobile phone|Show all posts
namr replied at 14-12-2022 12:46 PM
tak paham kenapa nak kena garang cam rimau kat anak2..syukur ayahku bukan kata pukul,suara pun tak p ...
Mungkin kerana ayah chuols dibesarkan dalam keluarga yang penuh kasih sayang. Cuba kalau dibesarkan dalam keluarga yang kuat mendera, pendengus, pemaki, etc...
Post time 14-12-2022 11:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
arwah ayah iols pun garang tp x pernah naik tgn just membebel+muka masam
tp sebab arwah kerja kat laut 4/5 bulan baru balik so weols enjoyyy je la. cumanya bila balik first thing dia tnya adalah bab pembelajaran. kalau result melingkup siap la ye...dia atur weols dari yg sulung smpai bongsu kene dgr ceramah
adik ools genius tp pemalas nakharom sokmo la pasal dia weols kene dgr ceramah lama plak tu. habis ceramah msg2 menjeling ala2 "siap ko nati ayah pergi kerja nahas kami kerjakan"
tp mak iols superb baik, membebel tak pernah, nak jentik lagi la. weols jadi segan plak kalau buat salah sampai ke tua laa ni la disayangi anak2 cucu2 semua.
...dan bapaknya pun ego juga...sepatutnya kalau dah tua2, dah insaf, si bapa sepatutnya memohon kemaafan tidak terhingga dgn anak2. malangnya, ramai di kalangan kita yang beranggapan ibubapa tak perlu meminta maaf dari anak2. saya percaya, seandainya si bapa betul2 meminta maaf dgn anak2 dan menyesali perbuatan barannya dahulu, nescaya anak2 boleh memaafkan dan memperbaiki hubungan anak dan bapa.
Post time 15-12-2022 12:14 AMFrom the mobile phone|Show all posts
I yakin bapak gini baran tak bertempat. Kalau bertempat sure adae at least sorang anak akan ingat jasa bapak..ni semua pakat boikot, nampak sgt jenis abusive.
Post time 15-12-2022 12:18 AMFrom the mobile phone|Show all posts
lightheaded67 replied at 14-12-2022 08:40 PM
entahla bapak aiol pon garang gak, tp mcm tak gamak ja pikir dh tua heols kena tggal. huhu sbb heol ...
Garang biasa2 je kot.. ke mcm pkcik i.. sntiasa nk mrh2.. klu ungkit skit yg guna kudrat,nk naik tgn walaupun ank bongsu dia dh kerja dh pun.. ckp pon mmg nk menengking saja.. xtaw la cm mana ank2 nya tahan.. yg bini dulu lembut,lama2 sama terpekik dgn suaminya..sruh pisah xnk
Post time 15-12-2022 12:34 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dlm doa utk ibu bapa pun ayatnya ya allah kasihilah ibu bapa ku sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kecil. So, selayaknya layanan yg mereka bg dkt anak2, mereka dpt balik