View: 2587|Reply: 31
|
Tragedi Funfair: Penghadang Mainan Cuma Diikat Dengan Tali? Abang Mangsa Buat ‘Spot Check’, Besi Dah Berkarat Dan Lusuh
[Copy link]
|
|
Tragedi di tapak permainan pesta ria (fun fair) di Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor pada Isnin malam menggemparkan media sosial hingga ramai yang mula kecut perut untuk berhibur di lokasi seperti itu.
Akibatnya tiga pengunjung terdiri daripada dua wanita dan seorang kanak-kanak tercampak daripada salah satu permainan dikenali sebagai 'sotong rider'.
Susulan itu seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Saiful Azif, dipercayai ahli keluarga kepada dua mangsa berkongsi sebuah video dan beberapa foto menunjukkan keadaan adiknya yang tercedera.
Foto: via mStar
Dalam video tersebut, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki dengan kesan calar dan luka kecil di wajah serta anggota badan berada di dalam sebuah ambulans.
Menerusi perkongsian lain, Saiful berkongsi foto adiknya sedang terbaring di katil hospital.
"Keadaan adik saya... Kakak saya okey (selamat) tak ada apa," kata Saiful.
Selain berkongsi perkembangan terbaharu keadaan adiknya, Saiful turut memuat naik beberapa keping foto menunjukkan keadaan permainan 'sotong ride' yang dinaiki ketiga-tiga mangsa.
Jika diteliti pada gambar, permainan berkenaan tidak mempunyai ciri keselamatan lock ride yang baik selain besinya kelihatan berkarat dan lusuh seolah-olah sudah sekian lama tidak diselenggara.
Lebih mengejutkan apabila turut kelihatan tali berwarna merah diikat pada besi penghadang tempat duduk berhampiran kunci.
Hingga kini perkongsian Saiful meraih hampir 800,000 tontonan di TikTok.
Rata-rata netizen melahirkan rasa simpati dengan insiden yang menimpa mangsa.
Malah ramai dalam kalangan netizen menasihatkan Saiful mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali fun fair berkenaan kerana didakwa mengabaikan ciri keselamatan kepada pengunjung.
Terdahulu Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Ramli Kasa mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.
Jelasnya siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995, iaitu beroperasi tanpa lesen. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat final destination.. Apapon takziah utk mangsa2 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Carcosa at 14-12-2022 12:40 AM
Pop up funfair ni mmg organiser tah hapa2 je. Yg penting untung.
Dulu, masa aku sekolah, aku pegi funfair, dkt JB.
Tah kenapa lah, berani terlebih time tu. Aku ajak adik aku naik "Top Gun" tu. Pdhal aku ni penakut bende2 ride ni semua. Haritu kena rasuk agaknya.
Sekali, sbb tak ramai org, babi punya operator Top Gun tu, kasi bende tu pusing lama2. Bila turun, dia gelak2 kan aku. Aku dgn adik aku muntah ya, lepas turun tu. Azab dah lepas tu aku ban funfair2 hanjing ni semua
Alhamdulillah syukur, aku tak mampos kat Top Gun tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dgr berita smlm, penganjur xdpt lesen pon. lesen dh kena rejek dr PBT. Tp still pasang jugak. Mmg berkubur la lps ni |
|
|
|
|
|
|
|
nurul_akmar replied at 14-12-2022 02:27 AM
Dgr berita smlm, penganjur xdpt lesen pon. lesen dh kena rejek dr PBT. Tp still pasang jugak. Mmg be ...
Berkubur…pastu hidup balik guna lesen lain or baru
Kita sebagai pengguna better jgn pegi pop up funfair ni. X boleh brain org yg berani naik permainan depa yg tinggi2 laju2 terbang tu…tgk n dgr tepi permainan tu pon dah tau betapa depa ni x jaga safety…boleh nampak n dgr bunyi berkeriuk2 dan tgk pon tau
Kalau main game ka or apa2 yg xterbang n naik tinggi, ok lah kot
Cuma bila main yg tikam2 tu haram oulak sbb unsur judi
Senang cite x yah gi lah…dah la bersesak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu yg kena. Xdenya dia nk saman. Sudahnya senyap |
|
|
|
|
|
|
|
macam sama dengan fun fair yg jatuh ferris wheel pastu senyap je. kalau ya, owner samalah tu. cable kuat kaw2 tu kalau betul dia yg punya. memang teruk benda2 dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Seramm sbb iols penah naik yg berpusing mcm jarum jam tu.. Giloo bila kat atas seriau gila.. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa kecik2 dulu suka masuk rumah hantu kat funfair, pesta penang bagai..
Sekarang kalau nampak funfair still teringin nak masuk rumah hantu tapi malas nak berenti cari parking bersesak2 ramai orang |
|
|
|
|
|
|
|
Benda terbuka mcm ni pun PBT tak nampak beroperasi tanpa lesen. Apatah lagi benda tersorok. |
|
|
|
|
|
|
|
klu tgk mana2 funfair ni, takut tgk besi2 dia. mostly byk dah karat |
|
|
|
|
|
|
|
semua pun ikut nasib...saya setakat ini selalu ok bila naik funfair.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sila saman pihak penganjur dan PBT sekali ya. Dah kata x dapat lesen, apasal PBT tu tutup mata je? Apasal x angkut je kalau dh lesen x lulus tapi still operasi. Nampak sangat PBT x buat keje dan tutup mata dengan keselamatan orang ramai. |
|
|
|
|
|
|
|
harapnya haramkan je xleh ehhh..bahaya...klu nak juga kena la ada sijil selenggara yg betul ke ape ke kan |
|
|
|
|
|
|
|
aku mmg xminat benda² mcmni sbb aku ragui safetynya, dan badan sakit nnt sbb terhentak² |
|
|
|
|
|
|
|
nurul_akmar replied at 14-12-2022 02:27 AM
Dgr berita smlm, penganjur xdpt lesen pon. lesen dh kena rejek dr PBT. Tp still pasang jugak. Mmg be ...
Pbt sibuk sgt ke sampai tak nmpk funfair tak de lesen sebesar alam mcm tu?
Kot kalau acik² jual nasik lemak tepi jln tak de lesen tu boleh la aku terima lg kalau pbt tak perasan |
|
|
|
|
|
|
|
iman_kasih replied at 14-12-2022 08:03 AM
Sila saman pihak penganjur dan PBT sekali ya. Dah kata x dapat lesen, apasal PBT tu tutup mata je? A ...
Dengor citer pekerja gomen punya kesibukan tu mengatasi pekerja swasta yahhhh... |
|
|
|
|
|
|
|
dalam paper kata bertiga ni tercampak sbb penghadang keselamatan fail.
tp dalam video aku tngok kat tiktok sejurus lepas kejadian, nmpk mcm carriage tu yg terlanggar pagar kat bawah tu... nmpk mcm carriage tu yg tercabut.... aku main silap mata kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
Simunggu replied at 14-12-2022 07:41 AM
semua pun ikut nasib...saya setakat ini selalu ok bila naik funfair..
Maknanya Allah sayang kau la tu dekkk… Tahniah dek. |
|
|
|
|
|
|
|
at the first place awatnya korang main kat funfair? dah tak relevan la funfair |
|
|
|
|
|
|
| |
|