ada la, mereka bagi satu cadangan yang bernas, tak terfikir dek akal dari parti partu lain...
Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Kelantan antara negeri yang boleh memanfaatkan air hujan untuk kegunaan harian terutama ketika berdepan masalah bekalan air tidak mencukupi. Kata Tuan Ibrahim tidak seperti negeri lain Kelantan tidak terlampau terdedah dengan sektor industri justeru kualiti air hujannya lebih baik.
“Kelantan antaranya boleh manfaat air hujan sebab di negeri ini tidak banyak industri dan kurang pencemaran udara,” katanya seperti dipetik harakahdaily hari ini.
Timbalan presiden PAS itu berkata demikian semasa ditemui media selepas merasmikan projek rawatan air komuniti Parlimen Kubang Kerian di Masjid Mukim Seterpa Banggu, semalam.
|