View: 2049|Reply: 24
|
[Tempatan]
RM50,000 minyak diagih secara percuma di Lembah Klang, Jumaat ini
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM – Minyak bernilai RM50,000 akan diagihkan secara percuma kepada mereka yang memerlukan di sekitar Lembah Klang pada Jumaat ini.
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, jenis minyak dan lokasi terlibat hanya akan diumumkan kepada orang ramai pada esok, pukul. 2.30 petang.
Katanya, inisiatif itu diadakan dengan mesej untuk membawa perubahan positif bermula dengan diri sendiri dan seterusnya bawa Malaysia menjadi lebih baik.
“Mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sendiri akan membuat pengumuman istimewa ini dari Atlanta, Amerika Syarikat selepas solat Jumaat.
“Bagi memastikan orang ramai terutama mereka memerlukan tidak terlepas peluang ini, nantikan pengumuman dan maklumat lanjut menerusi laman Facebook Azizan Osman Official esok,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Ketika ini, Azizan bersama 41 usahawan jutawan RichWorks mengikuti Inner Circle Meeting (ICM) Titanium Premier di Atlanta, Amerika Syarikat yang berlangsung dari 7 hingga 10 Disember ini.
Sejak 2008, RichWorks dengan bimbingan Azizan melalui program keusahawanan telah melatih lebih satu juta bangsa usahawan dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Tambah Radz, pihaknya terpanggil untuk mengagihkan minyak itu meskipun tidaklah dengan jumlah begitu besar, namun diharap sedikit sebanyak meringankan bebanan orang ramai saat ini.
“Ia selari dengan matlamat RichWorks melahirkan ramai usahawan dan jutawan berjaya yang menyumbang semula kepada masyarakat dan negara.
“Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyumbang 30 peratus kepada ekonomi negara, jadi kita perlukan kerjasama dan sokongan daripada kerajaan dan semua pihak untuk bantu lebih ramai peniaga dan usahawan untuk berjaya,” jelasnya.
Jelas Radz, bila lebih ramai berjaya maka bangsa usahawan ini dapat kembali menyumbang melalui pembayaran cukai, menunaikan zakat malah mencipta peluang pekerjaan baharu.
“Kami faham dengan cabaran dihadapi ramai orang bila peningkatan kos sara hidup malah dijangka 2023 lebih mencabar buat semua namun tidak mustahil untuk harungi dengan gemilang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Azizan bersama 41 usahawan jutawan RichWorks mengikuti Inner Circle Meeting (ICM) Titanium Premier di Atlanta, Amerika Syarikat yang berlangsung dari 7 hingga 10 Disember ini.
https://www.kosmo.com.my/2022/12/08/rm50000-minyak-diagih-secara-percuma-di-lembah-klang-jumaat-ini/ |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-12-2022 03:17 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Semoga murah rezeki dato… |
|
|
|
|
|
|
|
Minyak masak paket ke minyak keta ron 97 tuan dr phd nak bagi? |
|
|
|
|
|
|
|
minyak wangi ke?
kalau petrol.. for sure yg beratur tu bukan b40, m40 perhaps
sbb b40 tak ada masa belek fb setiap masa tggu pengumuman |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-12-2022 03:34 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-12-2022 03:34 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Minyak sawit untuk diminum agar kelihatan awet muda - theresa kok |
|
|
|
|
|
|
|
Minyak masak agaknya. Sorang dapat berapa peket dato? Kalau sorang sepeket, dapat coverlah 12k penerima. Ada syarat ke? Manalah tahu ambil sepeket wajib hadir kelas motivasi perniagaan berbayar |
|
|
|
|
|
|
|
ReginaGeorge replied at 8-12-2022 04:00 PM
Minyak masak agaknya. Sorang dapat berapa peket dato? Kalau sorang sepeket, dapat coverlah 12k pener ...
Syarat ambik slot platinum..msakkkkkk makcik kiah.. |
|
|
|
|
|
|
|
RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks)
tahi (dilemparrrrrrrrrrrrrrrrr) |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 8-12-2022 09:14 AM
Syarat ambik slot platinum..msakkkkkk makcik kiah..
Lagi mahal dr harga sepeket minyak cap ayaq lioq |
|
|
|
|
|
|
|
Ahh buat jam merata..puak2 ni propa lebih |
|
|
|
|
|
|
|
buat satu spot je dan pastikan tak jem. |
|
|
|
|
|
|
|
kt sudan tiada lintah lah. sana ada dracula
|
|
|
|
|
|
|
|
tri-max replied at 8-12-2022 03:23 PM
minyak wangi ke?
kalau petrol.. for sure yg beratur tu bukan b40, m40 perhaps
sbb b40 tak ada masa b ...
Aiyooo sis, b40 byk je bertunggu tangga kat medsos setiap hari, mintak bantuan sana sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dia nak bagi minyak masak paket, dia dapat dari mana ye? |
|
|
|
|
|
|
| |
|