CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 412|Reply: 2

Tak Tahu Siapa Yang Bayar Wang Deposit, Rani Kulup Tak Serik Bertanding Lagi Dalam PRU

[Copy link]
Post time 6-12-2022 01:34 PM | Show all posts |Read mode
Port Dickson: Bekas calon bebas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Port Dickson Abdul Rani Kulup Abdullah tidak serik bertanding dalam pilihan raya akan datang walaupun hilang deposit sebelum ini.


Menurutnya, dia akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang namun belum pasti kerusi mana yang akan ditandinginya.


"Ayah (nama gelaran) tidak serik bertanding dan akan menawarkan diri dalam PRN tidak lama lagi tetapi biarlah rahsia lokasinya, biar masa menentukan.


"Apabila berjaya masuk PRU-15, saya sudah cukup gembira dan akan cuba lagi malah masuk bertanding pun sudah seronok dah," katanya ketika ditemui di Teluk Kemang.




Foto: Harian Metro




Katanya, ketika bertanding baru-baru ini, ada pihak yang membayar deposit bagi menyertai PRU-15 itu.


"Deposit ada yang bayar tetapi ayah tak tahu siapa yang bayar, ayah hanya masuk bertanding saja, mungkin kawan-kawan yang bayarkan.


"Untuk PRN akan datang harap ayah diberi lagi peluang untuk bertanding lagi dan berharap ada peluang untuk menang," katanya.


"Ayah sudah bertanding dan akan terus bertanding selagi ada tenaga bagi menawarkan diri berkhidmat kepada rakyat.


"Sudah ada cadangan bertanding di mana tetapi biarlah ia menjadi rahsia dulu tetapi ayah selesa di Port Dickson kerana di sini ramai warga tentera," ujarnya.


Beliau menjadi calon Bebas, mendapat undi sebanyak 441 undi keseluruhan dan hilang wang deposit. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm² hal dlm politik supaya pemerintahan melayu berpecah jadi lemah. kerja mereka belum selesai selain ekonomi, kuasa memerintah pula next target
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 10:24 AM | Show all posts
lantak ko la xda function
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.052808 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list