CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1581|Reply: 21

TERKINI: Kenyataan semai kebencian, Hadi Awang dipanggil polis

[Copy link]
Post time 5-12-2022 12:31 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang dipanggil untuk memberi kenyataan berhubung laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Menurut pembantu Hadi, Ahli Parlimen Marang itu akan berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, 3 petang untuk merakam keterangannya.

Pembantu itu berkata, ia susulan laporan polis dibuat oleh beberapa pihak sebelum ini.

Hadi sebelum ini mendakwa DAP mempromosikan Islamofobia dan menghalang PAS daripada berkuasa.

Beliau turut menyifatkan parti komponen Pakatan Harapan itu “tidak bermoral”.

Hadi menggunakan analogi bola sepak untuk mengatakan walaupun satu pasukan itu menang, pengadil “tiba-tiba memberi masa tambahan” bagi memberi peluang kepada pasukan kalah “untuk menang dengan apa cara sekalipun”.

Komennya yang dipetik daripada kolum ditulisnya dalam lidah rasmi PAS, Harakah ditafsirkan sebagai merujuk gesaan Agong untuk membentuk kerajaan persekutuan perpaduan.

Sementara itu, Ketua Komunikasi PKR Ampang Syafiq Zulkifli semalam menggesa polis mengambil tindakan tegas terhadap Hadi yang menyifatkan kenyataan berbaur hasutan itu boleh mengancam perpaduan negara.

“Kebencian yang cuba disemai ahli politik seperti Hadi menyebabkan ketidakharmonian dan membantut pertumbuhan ekonomi kerana ia boleh menjejaskan keyakinan pelabur.

“Tindakan tegas mesti diambil polis terhadap mereka yang mencabar kedaulatan negara dan mereka yang terlibat dalam sebarang unsur pengkhianatan terhadap titah Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan perpaduan,” katanya dalam kenyataan.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/12/05/polis-panggil-hadi-beri-kenyataan/




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2022 01:11 PM | Show all posts
masa jadi menteri gaji buta dulu boleh la mulut celupar hang tu mengata mcm2..now dah jadi pembangkang baru tahu langit tinggi rendah.Rasakan!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketua pembangkang tu nak jd ketua pembangkang macam mana..tuang parlimen je keja ko
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 01:47 PM | Show all posts
Bagusla polis panggil. Mudah mudahan insaf org tua ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 02:31 PM | Show all posts
kan.. tak faham pentaksub hj hadi ni actually. harap2 heols berubah la jaga sikit mulut sementalah dh jd pembangkang
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 04:30 PM | Show all posts

Label PH Tak Bermoral, DAP Promosi Islamofobia- Hadi Awang Beri Keterangan Di IPD Sentul

Kuala Lumpur: Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul bagi memberi keterangan susulan beberapa laporan yang dibuat terhadapnya sebelum ini.


Abdul Hadi tiba pada 2.56 petang dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire ditemani beberapa individu lain.


Abdul Hadi sebelum ini mendakwa DAP mempromosikan Islamofobia dan menghalang Pas daripada berkuasa, selain turut menyifatkan parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu 'tidak bermoral'.


Beliau menggunakan analogi bola sepak untuk mengatakan walaupun satu pasukan itu menang, pengadil 'tiba-tiba memberi masa tambahan' bagi memberi peluang kepada pasukan kalah 'untuk menang dengan apa cara sekalipun'.




Foto: Harian Metro




Komen beliau yang dipetik daripada kolum ditulis dalam portal berita Pas, Harakahdaily, ditafsirkan sebagai merujuk gesaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.


Sebelum ini, beberapa pihak menggesa polis mengambil tindakan tegas terhadap Abdul Hadi yang menyifatkan kenyataan berbaur hasutan itu boleh mengancam perpaduan negara. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2022 04:35 PM | Show all posts
ayatollah nik hadi bewang
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenuh la tukang soal siasat..lain ditanya lain yg dijawab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2022 04:58 PM | Show all posts
zidane_ziege replied at 5-12-2022 04:38 PM
Jenuh la tukang soal siasat..lain ditanya lain yg dijawab

kena ceramah balik nnt  
kena hantar yg pangkat besaq2 mcm datuk ayob






Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Lobai dan pengikut2 je la maknosia paling bermoral dlm doniya ni....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 05:06 PM | Show all posts
masuk jela parlimen nnt
cukupkan kedatangan
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaf tok adi waktu jadi kerajaan tu pun sama je mudahan dalam mj pembangkang ni jadi yg lebih baik waktu dok dalam kerajaan
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 07:31 PM | Show all posts
zidane_ziege replied at 5-12-2022 04:38 PM
Jenuh la tukang soal siasat..lain ditanya lain yg dijawab

Yup bakal jadi  kembar nyer yg di bawah ini..?

Bakal kecoh balai nanti...



Kahkahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
zidane_ziege replied at 5-12-2022 04:38 PM
Jenuh la tukang soal siasat..lain ditanya lain yg dijawab

Yang tu Nuar Semburit bang... Pewawancara tanya soalan simple je... Are u homosexual?


Sampai ke sudah Nuar tak jawab soalan mudah tu... Menggagau beating around the bush

https://youtu.be/QLGqXbKWrSk
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti pening pegawai tu. Orang2 pas ni pandai je nak keluarkan dalil2 untuk halalkan apa yang dia buat. Dia buat takpe, orang lain harom.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 08:05 PM | Show all posts
jalfa replied at 5-12-2022 01:25 PM
Ketua pembangkang tu nak jd ketua pembangkang macam mana..tuang parlimen je keja ko

ketua ponteng parlimen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2022 08:06 PM | Show all posts
MissVixen replied at 5-12-2022 07:54 PM
Mesti pening pegawai tu. Orang2 pas ni pandai je nak keluarkan dalil2 untuk halalkan apa yang dia bu ...

setuju, pernah dengar dikafirkan, dimasukkan neraka, dan macam2 dalil.

bila kena batang hidung sendiri senyap keluar dalil. sebab tu kaka benci golongan guna agama kalau guna agama untuk dakwah ok je. ni untuk nafsu politik.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 08:23 PM | Show all posts
zidane_ziege replied at 5-12-2022 04:38 PM
Jenuh la tukang soal siasat..lain ditanya lain yg dijawab

Tang ni polis kena banyak bersabar

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Padang merbok bakalan beraksi kembalikah?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
yenil95 replied at 5-12-2022 12:47 PM
Bagusla polis panggil. Mudah mudahan insaf org tua ni.

mudah2an masuk dalam
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.055200 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list