CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1170|Reply: 3

"Dia Pun Banyak Kes Sebelum Ini,"- Difitnah Ada Penyelewengan, FDAM Nak 'Telanjangkan' Ahmad Idham

[Copy link]
Post time 5-12-2022 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr Ahmad Ibrahim menyangkal wujud sebarang penyelewengan berhubung sebuah projek bersempena Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) seperti didakwa Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri.


Ahmad atau lebih mesra dengan panggilan Mat London, 73, berkata, dia juga bersedia memberi kerjasama jika kes tersebut dilaporkan kepada pihak berkuasa memandangkan FDAM tahu kebenaran di sebalik fitnah yang dilemparkan terhadap persatuan tersebut.


"Kalau dia (Idham) nak buat laporan polis, baguslah! Dia pun banyak kes sebelum ini, biar kita 'telanjangkan' dia," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.


Foto: IG




Isu penyelewengan tersebut timbul apabila Idham yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan filem Nasional (Finas) dan bekas ahli perbadanan agensi itu Datuk Seri Eizlan Yusof mendakwa FDAM menyalahguna kuasa bagi menjalankan projek Pameran Hantu Filem bersempena FFM32 yang diadakan di Melaka pada 29 November hingga 1 Disember lalu.


Idham mendakwa terdapat ahli lembaga Finas menggunakan kedudukan untuk kepentingan persatuan selain wujud conflict of interest.


Untuk rekod, Mat London ialah antara artis yang dilantik sebagai ahli lembaga agensi perfilemen berkenaan.




  





Berikutan itu, Idham menuntut Pengerusi Finas, Senator Datuk Seri Zurainah Musa memberi penjelasan bagaimana ahli lembaga pengarah Finas boleh mendapat kontrak menganjurkan pameran tersebut yang didakwa menelan belanja RM40,000.


Dalam pada itu, Mat London berkata, dana yang diberikan digunakan sebaik mungkin tanpa wujud sebarang keraguan memandangkan ini bukan kali pertama acara sedemikian diadakan.




Mat London, Foto: Google




"Tak wujud sebarang isu penyelewengan kuasa atau duit. Pameran tersebut dibuat dengan menggunakan dana dengan betul malah persatuan lain turut diberi tanggungjawab menjalankan program bersempena FFM32.


"Malah ini bukan kali pertama kita buat acara sebegini," jelasnya.




  



Tambah Mat London, projek tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Timbalan Presiden FDAM iaitu Datuk Zulkeflie M. Osman.


Mat London turut menyangkal dakwaan Idham yang mengatakan projek tersebut gagal dan tapak pameran yang dibuka di Encore Theatre, Melaka dirobohkan.


"ameran itu diuruskan sepenuhnya oleh Zulkeflie, tidak ada kena mengena dengan saya.




  



"Apa yang boleh saya katakan, ia berjalan dengan baik dan ramai pengunjung yang hadir. Pameran ini secara tak langsung memberi ilmu kepada orang ramai tentang pembikinan filem seram di Malaysia," katanya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2022 04:20 PM | Show all posts
Moga mereka2 yg kaki sakau duit ni tak lena tidur dan mengidap sembelit hingga ke akhir hayat
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 04:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana2 pon mesti ada mcmni.. sebabtu masing2 berebut2 nak pegang jawatan
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:22 AM | Show all posts
sukati kola mr bean
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.091877 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list