View: 1917|Reply: 30
|
Kalau Muhyiddin Yasin Jadi PM Pun Zahid Jadi TPM, Begitulah Kuasa Kleptokrat
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengambil keputusan berasas dengan menamakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebagai Timbalan Perdana Menteri I.
Bekas Ketua Penerangan PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, keputusan itu diambil sungguhpun wujud nada kemarahan dalam kalangan rakyat.
Foto: Harian Metro
"Semasa sarapan di Parit 19 tadi (semalam), pelbagai reaksi diterima mengenai kabinet YAB Perdana Menteri @anwaribrahim khususnya perlantikan Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri yang rata-rata mengundang kemarahan.
"Namun, keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri tentunya berasas - ibarat kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan," katanya menerusi ciapan di Twitter beliau hari ini.
Ahmad Zahid dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri I dalam kerajaan perpaduan dan beliau juga akan memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Beliau yang juga Presiden Umno pernah menjawat jawatan itu sebelum ini di bawah kerajaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sementara itu, Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula berkata, jika BN menyertai kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN), Ahmad Zahid akan diberi peranan yang sama.
"Walaupun saya tidak bersetuju dengan pelantikan Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya pasti (Pengerusi PN, Tan Sri) Muhyiddin (Yasin) akan melakukan perkara yang sama jika BN berpihak kepadanya dan PN. Begitulah kuasa kleptokrat," katanya dalam ciapan di Twitternya.-CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Apo nak dikatoooo.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dia yang lantik penyamun, yang salah wak yiddin...
Kahkihkoh
Janji suci kekdahnyaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Sama je.. bila tak cukup kerusi dek. Terpaksa la kawin ramai2 dek |
|
|
|
|
|
|
|
Wow sumpah jawatan diistana skg uols...
Wak jahit looks so charismatic...
Tengku zafrul, ng kor ming so posh....
Agong dan permaisuri jalan pimpin tangan wooo so lovey dovey...
Anthony loke muka serious siot..
Bam Sabu ketua lafaz muka garang siot dgn tok hasan...
Woooo azalina so feminine...awwwwwwwww
|
|
|
|
|
|
|
|
Azalina pakai outfit apo ni?
Haissshhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by stingergrumpy at 3-12-2022 03:49 PM
Tengah tunggu bos chzy dan zehra...menteri pendidilheun...belum keluar lagi...kiut kata anak jiran aku yg 3 tahun hari iteww...tengah tunggu ni...
Ok ok dah keluar...mau zoom cikit...dia sebelah si fahmi..
Wow fahmi encem ..very the boyish look..i is berair...
Oh ini fazlina sidek....ok ler....raut kakak kawasan imej...
Abdul zambri menteri luar sore deep siot....boleh cair....
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by stingergrumpy at 3-12-2022 03:56 PM
Menteri agama awat takda aura ulamak macam hadi bawang?
Grrrrrr
Hamah yeoh so cewiitt macam barbie doll.
Me is in love
|
|
|
|
|
|
|
|
My top 5 in order of charismatic and posh...
1) zahid komedi
2)nga kor ming
3)fahmi
3)tengku zafrul.
4) zambri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pembentukan kabinet Kerajaan Malaysia pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendapat respon yang pelbagai. Ketidaksetujuan, keterujaan, kekecewaan telah diluahkan. Paling mencuri perhatian masyarakat adalah tindakan melantikan Dato’ Seri Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Ramai penyokong yang tidak senang, tidak kurang yang kecewa. Pihak pembangkang pula melihat ini modal terbaik untuk dimanfaatkan bagi menyerang kerajaan, terutama dalam mood kesedihan dan kesipuan yang belum reda. Penyokong atas pagar pula persoal kenapa Anwar sanggup dan berminat untuk memilih Zahid untuk berada dalam kerajaan.
Saya ambil positif setiap kritikan dan serangan mereka terhadap keputusan ini, namun saya sangat sedar dengan situasi Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kepada kerajaan perpaduan yang dibentuk daripada parti yang pelbagai.
Anwar terpaksa menghadapi dua dilema besar, sama ada mempertahankan pendirian atau membuat keputusan berisiko demi kestabilan politik dan pentadbiran.
Titah paling penting yang YDPA harapkan adalah kestabilan politik, itu sebab YDPA menitahkan dengan mencadangkan Kerajaan Perpaduan itu dibentuk. Namun cadangan itu ditolak mentah-mentah oleh Perikatan Nasional, namun didokong dan disokong oleh parti lain. Hasrat YDPA itu sangatlah besar dan murni, beliau mengharapkan agar sebuah kerajaan yang disertai oleh semua parti politik dapat dibentuk.
Anwar Ibrahim komited dengan aspirasi YDPA, beliau tetap mempelawa agar Perikatan Nasional berada di dalam kerajaan yang dipimpinnya. Pelawaaan tersebut disambut oleh PAS yang bersedia untuk berada dalam kerajaan, namun mereka terpaksa akur kepada keputusan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin yang tetap berkeras menolak apa yang diharapkan oleh YDPA.
Apabila membina sebuah kerajaan yang disertai oleh parti yang pelbagai, maka Anwar perlu menghadapi dilema ini. Walaupun sebagai PM, beliau tidak punya kuasa mutlak untuk memilih anggota kabinet, beliau perlu menghormati cadangan setiap parti di dalam kerajaan perpaduan.
Dilema ini sebenarnya akan dihadapi oleh Muhyiddin jika beliau membentuk kerajaan bersama BN. Muhyiddin akan melalui situasi seperti Anwar Ibrahim hadapi sekarang ini. Muhyiddin tidak akan dapat menghadapi situasi lain, pasca PRU15 ini PH dan PN punyai dilema dan situasi yang sama. Kecualilah kerajaan itu dibentuk oleh dua gabungan tebesar iaitu PH dan PN.
Kita kenal Anwar Ibrahim, beliau punya gagasan yang besar. Sudah pasti dia mahu pasukannya itu mencapai hasrat dan aspirasi perjuangan yang didokong. Saya kira ramai lagi tokoh yang lebih sesuai dan hebat mahu ditonjolkan olehnya, namun beliau perlu menerima hakikat dan akur kerajaan yang dibentuk bukanlah kerajaan yang beliau dambakan, tetapi kerajaan yang dipertanggungjawabkan.
Walaubagaimanapun, kita tidak boleh nafikan, Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Pakatan Harapan telah berjaya menawarkan muka-muka baharu daripada Pakatan Harapan dengan ‘merehatkan’ tokoh yang sedang diadili di mahkamah iaitu Syed Saddiq dan Lim Guan Eng.
Sebenarnya ramai lagi tokoh yang hebat, berkualiti dan berwibawa, namun keterbatasan yang ada kerana kerajaan yang beliau pimpin itu adalah kerajaan perpaduan, maka itulah sekadar itulah yang beliau mampu tonjolkan.
Bagi saya, Anwar Ibrahim berani membuat keputusan, berpaksikan kepada faktor kestabilan politik yang didambakan oleh semua pihak termasuklah YDPA dan Majlis Raja-Raja.
Kini segalanya bergantung kepada beliau sebagai Perdana Menteri untuk mengemudi bahtera yang dinaiki oleh pelbagai ras perjuangan. Kejayaan sesebuah kerajaan itu akhirnya ditentukan oleh kejayaan perdana menteri.
Apa yang diharapkan oleh saya dan rakyat Malaysia? Beliau perlu buktikan bahawa, keberadaan Zahid Hamidi tidak memberi kesan apa-apa kepada perbicaraan mahkamah yang sedang beliau hadapi. Menang atau kalah biarlah mahkamah yang menentukan. Kerajaan pimpinan Anwar ini perlu memastikan kesucian istitusi kehakiman itu dapat dipertahankan.
Dan keutamaan paling besar sekarang ialah, menangani permasalahan utama rakyat iaitu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi.
Selamat maju jaya Anwar Ibrahim dan anggota kabinetnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Wow nik nazmi the youngest....40tahun..
Followed by rapizi dan fahmi...41 yrs old...
Gosh they are so young.....
Which means i have another 10 yrs to go...to be a minister...
|
|
|
|
|
|
|
|
Membaca nukilan sdr serta mengikuti pendapat ramai spt yg tertuang di M'siakini atas tajuk "A cabinet of 'beggars who can't be choosers'", serta juga wawancara2 di tv ttng barisan menteri yg baru, saya memujuk hati untuk melihat the brighter side of PM's choice the list of the ministers. Segala pendapat positif yg disampaikan oleh mereka pengamat politik, ada kewajaran tindakan yg PM lakukan. Tak dpt dinafikan bahawa betapa berat mata memandang, berat lagi bahu PM yg memikul. Riuh sekali suara bergendang-perang di sana-sini menuntut janji yg sudah diberi, belum lagi kata nista, kerajaan zina dn luar tabii. Apakah jika PN yg berkuasa, PN tak akan lalui situasi yg sama, terpaksa nerima orang yg ramai tak suka. Dn terpaksa juga terima demi mencukupkan angka. Sedemikian, apakah pilihan rakyat yg ada.
|
|
|
|
|
|
|
|
stingergrumpy: Edited by stingergrumpy at 3-12-2022 03:56 PM Menteri agama awat takda aura ulamak macam hadi bawang?GrrrrrrHamah yeoh so cewiitt macam barbie doll ...
suruh si bapak kau la jadi mnteri..mintak dia ajar kau tu yg sekular ni jadi manusia sikit
|
|
|
|
|
|
|
|
ecececehhh... betul2 jawapan seorang politikus
justifikasi tu yg penting
|
|
|
|
|
|
|
|
Ummah Malaysia kan benak menilai… cashh la yg undi bn ph pn… lepastu boleh kata tak paham kenapa atok buat Pejuang… skrg kalo x paham lg xtahu la.. bru brp mggu dh huru hara… |
|
|
|
|
|
|
|
Ini naratif orang salah yang mempertahankan diri dengan alasan orang lain pun akan buat kesalahan yg sama.
Setahu aku PN nak bergabung dengan BN secara individual, bukan en bloc tanpa MP bermasalah spt Zahid Hamidi. Runding dengan H2O.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ? Tak payah la kalau2. Masalahnya sampai 2 jawatan ekau kasi org tu. Kekkekee terpaksa sangattt |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka, atas pagar pun ramai bunyi tak puashati. Hadap le kan. At least cita2 jadi piem tercapai. |
|
|
|
|
|
|
| |
|