CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22384|Reply: 265

Paru-Paru Tak Kuat Nak Bernafas Sendiri, Nad Zainal Ditidurkan Kembali

  [Copy link]
Post time 3-12-2022 10:47 AM | Show all posts |Read mode
Selepas dilaporkan sudah mula sedarkan diri dan tidak lagi menggunakan alat bantuan pernafasan sejak Khamis lalu, pelakon Nad Zainal kembali direhatkan akibat keadaan paru-parunya yang belum kuat.


Perkara itu dimaklumkan sendiri rakan artis yang juga pelakon Ungku Ismail yang menziarahinya di hospital pada petang Jumaat.


"Nad Zainal kena intubate semula... ini adalah kerana paru-parunya belum cukup kuat untuk dia bernafas sendiri walaupun dengan penggunaan high flow oxygen mask di ICU," katanya.




Foto: IG




Ketika ini Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri.


Dalam pada itu, Ungku berkata, meskipun Nad kembali direhatkan namun kesihatannya menunjukkan perkembangan positif selepas hampir dua minggu dimasukkan ke hospital.


Cumanya, tahap oksigen dalam darah pelakon itu merosot selepas pihak hospital menanggalkan intubate yang disambungkan kepada Nad.


"Disebabkan paras oksigen merosot, pihak hospital mengambil langkah meletakkan Nad dalam keadaan rehat supaya pernafasan lebih terjaga.


"Semalam (Jumaat) dia sudah sedar bagaimanapun oksigen mula merosot pada sebelah malam selepas dia tidak lagi direhatkan," jelasnya.


Untuk rekod, Nad dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.


Ungku Ismail adalah antara rakan artis yang sentiasa berada di sisinya sepanjang pelakon itu dimasukkan ke hospital selain menyalurkan maklumat terkini tentang keadaannya dan memohon orang ramai berdoa agar Nad kembali pulih. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2022 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Masuk hosp private selagi boleh buat duit diorang buat duit..klu masuk gomen hosp mst dh pindah wad biasa dah
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Allahu.. get well soon Nad. Nad strong!
Baru je smlm baca news dah extubated
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 11:12 AM | Show all posts
sah2 kena duk private uols kan derma beribu2 apa salahnya
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Lama lagi nampaknya nad dlm wad sampai betul2 kuat. If dah mula okay keluarkan stay dkt gov hospital pun boleh je nnt. Kesian dgn fam yg kena fikir psl kewangan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduhh kesiannya. Kesian jugak dekat family mesti pening mana nak cekau duit beribu2 lemon sehari.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
dejure replied at 3-12-2022 10:59 AM
Masuk hosp private selagi boleh buat duit diorang buat duit..klu masuk gomen hosp mst dh pindah wad  ...

Kalau budak demam confirm akan warded. Padahal demam2 ni makan ubat paracetamol lepastu kita pantau dari rumah pun boleh sembuh. Kawan2 yang ada insuran anak2 berapa kali dah warded anak dorang dalam setahun (mesti update location yacht). Sampai aku fikir ehh teruk benor imunisasi anak korang asik warded je. Selain penyakit kronik lah tu tidak pelik.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 12:54 PM | Show all posts
Alahai….semoga keadaan Nad bertambah baik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2022 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Astaghfirullahalazim.. moga baik2
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jambatannetizen at 3-12-2022 12:58 PM
naina replied at 3-12-2022 12:03 PM
Aduhh kesiannya. Kesian jugak dekat family mesti pening mana nak cekau duit beribu2 lemon sehari.


Kalau paru2 ok, agak dh boleh pindah gov hospital.

DIA kena ini sebab side effect mkn product kurus ke? Yg paid review?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 12:58 PM | Show all posts
naina replied at 3-12-2022 12:06 PM
Kalau budak demam confirm akan warded. Padahal demam2 ni makan ubat paracetamol lepastu kita panta ...

Yup betul tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 01:08 PM | Show all posts
naina replied at 3-12-2022 04:06 AM
Kalau budak demam confirm akan warded. Padahal demam2 ni makan ubat paracetamol lepastu kita panta ...

Betul! Dah nampak modus operandi hospital swasta. Pantang budak demam, terus warded masuk air. Kawan2 iolls ramai dah kena camtu. Jenis mak pak bingai tak alert dgn keadaan anak. Nak cepat jeee pegi swasta. Swasta mmg tekan la insuran korang.

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 01:13 PM | Show all posts
naina: Aduhh kesiannya. Kesian jugak dekat family mesti pening mana nak cekau duit beribu2 lemon sehari.


nyah derma artis kan beribu2 katanyaaahhh gunalah yg tu. lagipon xkan si nad ni xda saving kot.

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadi i baca kutipan so far 55k/200k...so diorang perlukan 145k lagi
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 3-12-2022 12:06 PM
Kalau budak demam confirm akan warded. Padahal demam2 ni makan ubat paracetamol lepastu kita panta ...

Spital besar gomen kalo anak dmam mmg x warded pun kalo xteruk. Dia bg ubat then boleh balik.
Tapi kalo spital luar bandar mcm spital Bentong, adik ipar iols anak dia demam suhu 39 kena warded.. Tgk kepadatan kawasan la kot atau kekosongan katil. Spital bandar kan sentiasa penuh.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga nad kuat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2022 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
ka sbb lps sedar masing2 kol nk bercakap dengan dia.. atau dh dibenarkan org melawat.. ptt nya jgn bg dia ckp banyak jgn org masuk lg tgk dia.. bg dia stabil dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
cicicumel replied at 3-12-2022 01:16 PM
Tadi i baca kutipan so far 55k/200k...so diorang perlukan 145k lagi

Tapi nanti mesti semakin bertambah jumlah dalam bill. Current bill 200++ then extend lagi tatau bape lama.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 3-12-2022 01:08 PM
Betul! Dah nampak modus operandi hospital swasta. Pantang budak demam, terus warded masuk air. Kaw ...

Hehe i selalu cakap private ni akan bg pakej 3 hari 2 malam heheehe paling basic la teww.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
macam mana terus teruk macam ni…doctor salah diagnose ke ….end up damaging her vital organs….
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-2-2023 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.116251 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list