CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1725|Reply: 20

Kanak-kanak Tak Takut Ditegur Hisap Ganja Tepi Pantai

[Copy link]
Post time 2-12-2022 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Orang ramai menzahirkan kebimbangan mengenai golongan kanak-kanak di Thailand selepas beberapa imej menunjukkan sekumpulan kanak-kanak berusia antara sembilan dan 10 tahun menghisap ganja di Pantai Pattaya, timur Thailand tular dalam media sosial.


Kerajaan Thailand sebelum ini membenarkan penggunaan ganja sebagai rekreasi, menyaksikan penduduk negara ini boleh menjual dan menanam ganja.


Hanya satu peraturan yang ditetapkan itu ganja tidak boleh dijual atau digunakan oleh mana-mana penduduk berusia bawah 20 tahun.








Namun, peraturan itu dilihat tidak menyeluruh apabila dadah tersebut boleh didapati di merata tempat, terutamanya di kawasan tumpuan pelancong sehingga memudahkannya digunakan oleh semua lapisan masyarakat.


Imej tersebut dipercayai dikongsi seorang lelaki berusia 35 tahun yang dikenali sebagai Krittiwat Matrong.


Katanya, dia terserempak dengan kumpulan kanak-kanak itu ketika mahu menyaksikan pertunjukan bunga api di kawasan pantai berkenaan.


Pada mulanya, dia menyangka mereka hanya bermain dan bergurau.


Namun, sangkaannya meleset apabila dia menghampiri kumpulan kanak-kanak itu dan mendapati mereka benar-benar menghisap ganja menggunakan ‘bong’ yang diperbuat daripada buluh.


Krittiwat cuba menasihati mereka jangan menghisap ganja kerana usia mereka yang masih muda, namun seorang daripada kanak-kanak tersebut menjawab ‘kami tidak takut dengan anda, kami boleh buat apa sahaja’.


“Amat menyedihkan bila melihat kanak-kanak seawal usia sembilan tahun sudah pandai menghisap ganja.


“Adakah ini generasi yang kita mahu untuk majukan negara? Selain itu, perbuatan mereka hanya burukkan imej Pattaya sebagai lokasi pelancongan dunia,” ujarnya.




Sumber: Utusan








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2022 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Daripada hisap ganja, lebih baik hisap syabu
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 04:49 PM | Show all posts
Semoga Bani Tenang mesia boleh pikir banyak kali.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 07:21 PM | Show all posts
Sila jauhi penyalahgunaan dadah
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu: Daripada hisap ganja, lebih ba ...


Syabu bahaya sekali isap boleh jumpa kerajaan langit ayah pink

Ganja sebenarnya untuk ubat tu pati minyak. Yang orang marah bising sebab buat dadah rarecreational.

Dadah untuk ubat tu pati je bukan dalam bentuk rokok gulung or paip

Masa kt eropah kaka pernah consume ubat tu. My blood vessel rasa cm letup2 segar

Tidur lebih nyenyak. High atau stone xde pun. Itu jelah. Sebab tu kaka fikir kalau nk legalize , legalize as alternative medicine bukan as drug rarecreational.

Dua benda berbeza tu. Kt thailand dia org isap sebagai dadah reakrasi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
besar nnt jadi tokeh ganja pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2022 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 3-12-2022 11:22 AM
Syabu bahaya sekali isap boleh jumpa kerajaan langit ayah pink

Ganja sebenarnya untuk ubat tu pat ...

CBD vs THC kot.
Bani Tenang sini suka THC...boleh melantun² igauan dan fantasi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kini, ibu kota Belanda itu mahu mengubah reputasinya dan mahu menjadi terkenal kerana aspek budaya dan pemandangan cantik berbanding khidmat seks, dadah dan me­nunggang basikal.

Elok kalau Thailand pun ikut jejak langkah yg sama spt bule Belanda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2022 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 3-12-2022 10:28 PM
CBD vs THC kot.
Bani Tenang sini suka THC...boleh melantun² igauan dan fantasi.

Haah cara mudah jumpa kerajaan langit ayah pink.

Cm ubat batuk kalau overdose pun boleh jumpa kerajaan ayah pink

Kalau ikut dosage sakit batuk akan sembuh

Cm ganja yang untuk ubat manfaat ada. Yang tiada manfaat dadah isap lepas tu khayal.

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 3-12-2022 10:37 PM
Kini, ibu kota Belanda itu mahu mengubah reputasinya dan mahu menjadi terkenal kerana aspek budaya d ...

Kaka dulu patient gerd kronik. Lepas balik eropah jarang kena serangan gerd sampai muntah2..

Gerd kronik kaka level muntah2. Ada masa keluar darah

Sekarang xde lah .alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 09:13 AM | Show all posts
Kemain ko bong eh..aku dulu gigih la dok cai je. 2008 cuci bersih sbb 2009 nak kawin. Hidup kena ada perancangan gituew.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 09:17 AM | Show all posts
ok lah kat sini budak2 hisap gam masih takut2 lagi nak tayang pada umum. hisap rokok pun masih curi2 lagi. cuma zina tu nampak trend menaik. wpun di buat dlm keadaan sorok2. harap2 pegawai penguatkuasa ambillah tindakan ya. selain tindakan hukuman, ambillah juga tindakkan sebagai pengajaran. mereka perlu dididik. bukan dimalukan ya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 10:27 AM | Show all posts
Sazreena replied at 5-12-2022 09:13 AM
Kemain ko bong eh..aku dulu gigih la dok cai je. 2008 cuci bersih sbb 2009 nak kawin. Hidup kena ada ...

u, nak tanya..lepas clean tu memang takde perasaan lagi ek nak cai ke bong ke apa? even jumpa kawan2 seperjuangan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 10:33 AM | Show all posts
di Sabah anak kecil pendatang pilak selamba hisap gum ke hulu ke hilir....tak ada org larang, larang pun mereka tak kesah....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 01:06 PM | Show all posts
ainonymous replied at 5-12-2022 10:27 AM
u, nak tanya..lepas clean tu memang takde perasaan lagi ek nak cai ke bong ke apa? even jumpa kawa ...

Sejujurnya memang lah ada tapi sebab mengenangkan nak fully bf enn maka dimatikanlah hasrat ku itu. Substance akan stay dlm badan for about 3 months so kena bebetul clean sebelum conceive. Takut boleh efek kat janin. Besides, I cai bila ada barang je..recreational bukannya addict..or bila kena stayback sampai subuh tunggu feedback client. Sangap oo. Sapbal ni abis dengung dia, sambung je la keje cam biasa. Takde la sampai melastik ke bulan bintang dan seantero planet di angkasa.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 01:08 PM | Show all posts
tak lama nanti mesti ada agama rastafarian dekat thailand
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2022 01:10 PM | Show all posts
Simunggu replied at 5-12-2022 10:33 AM
di Sabah anak kecil pendatang pilak selamba hisap gum ke hulu ke hilir....tak ada org larang, larang ...

Nak larang pun buat penat mulut je..tengah stim gam kaan..memacam leh jadi. Dah la stateless, mak bapak pun tak pedulik. Never ending story.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 02:13 PM | Show all posts
umpama cam rokok gak...ramai je bawah umur yang hisap
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 5-12-2022 10:33 AM
di Sabah anak kecil pendatang pilak selamba hisap gum ke hulu ke hilir....tak ada org larang, larang ...

Nak kisah apa pun...kalo dah high sampai ke bintang....kalo dia tgh pegang mende bahaya jgn plak ditegur kang tsk memasal plak...
Anyway...saper ke yg nak sgt legslize ganja kt malaysia ritu ye?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 07:36 AM | Show all posts
honeybee1802 replied at 5-12-2022 02:22 PM
Nak kisah apa pun...kalo dah high sampai ke bintang....kalo dia tgh pegang mende bahaya jgn plak d ...

siapa? Bersih?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.070258 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list