|
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dan rakan sejawatnya dari Finland, Sanna Marin membuat seorang wartawan ‘terdiam’ selepas memberikan jawapan ‘padu’ kepada soalan mengenai stereotaip gender, lapor stesen penyiaran CNN semalam.
Kedua-dua pemimpin wanita tersebut ketika itu bertemu di New Zealand ketika Marin membuat lawatan kerja ke negara berkenaan.
IG Sanna
Seorang wartawan bertanyakan soalan mengenai tujuan Ardern dan Marin bertemu.
“Ramai orang bertanya, adakah anda berdua bertemu hanya kerana mempunyai umur yang sebaya serta terdapat pelbagai persamaan lain (gender),” kata wartawan tersebut ketika sidang akhbar di Auckland.
Ardern, 42, kemudian dengan pantas menjawab soalan tersebut.
IG Sanna
“Saya terfikir adakah sesiapa pernah bertanya sama ada Barack Obama dan John Key bertemu kerana mereka mempunyai usia yang sama?” soalnya kembali sambil merujuk kepada bekas presiden Amerika Syarikat dan New Zealand.
“Kita sudah semestinya mempunyai ramai golongan lelaki berkecimpung dalam politik, ia adalah realiti. Namun, dua (pemimpin) wanita bertemu bukan sekadar kerana persamaan jantina,” tegas Ardern.
Marin, 37, yang berada di New Zealand bersama delegasi perdagangan kemudian menekankan mengenai hubungan dagangan yang semakin berkembang antara Helsinki dengan Wellington.
“Kami bertemu kerana kami Perdana Menteri,” kata Marin.
Sumber: Kosmo
|
|