CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1009|Reply: 10

[Tempatan] Kos projek kerajaan jadi tinggi kerana campur tangan menteri, ahli politik

[Copy link]
Post time 2-12-2022 12:25 PM | Show all posts |Read mode
Kos projek kerajaan jadi tinggi kerana campur tangan menteri, ahli politik


Campur tangan ahli politik termasuk menteri dan timbalan menteri dalam urusan perolehan dan tender kerajaan diakui berlaku sehingga mengakibatkan banyak kontrak kerajaan berdepan pelbagai kesulitan untuk diselesaikan, Tan Sri Abdul Halim Ali. - Foto NSTP


KUALA LUMPUR: Campur tangan ahli politik termasuk menteri dan timbalan menteri dalam urusan perolehan dan tender kerajaan diakui berlaku sehingga mengakibatkan banyak kontrak kerajaan berdepan pelbagai kesulitan untuk diselesaikan.

Mendedahkan perkara itu, Presiden Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD), Tan Sri Abdul Halim Ali, berkata akibatnya dalam situasi tertentu, kerajaan terpaksa membayar jumlah lebih tinggi daripada kos sepatutnya.

Malah, katanya ada yang menekan dan mengugut Ketua Setiausaha (KSU), ketua jabatan dan Ketua Pengarah atau pihak yang menguruskan tender.

Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) itu mendedahkan campur tangan orang politik terhadap perolehan kerajaan biasanya tertumpu kepada kontrak rundingan terus.

"Ini dari hal yang sensitif. Kita boleh lihat dalam banyak tulisan, laporan yang disiarkan media. Semua menyatakan tidak bersetuju dengan campur tangan politik.

"Tak bersetuju dengan direct nego (rundingan terus), kerana direct nego ini, biasanya dipengaruhi politik dan kerana itu kerajaan tidak dapat sebut harga yang terbaik dan menjimatkan wang kerajaan," katanya dalam pertemuan dengan BH baru-baru ini.

https://assets.bharian.com.my/im ... ojek_1669953885.jpg
Presiden Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD), Tan Sri Abdul Halim Ali dalam temubual dengan wartawan BH di kediamannya di Bukit Damansara. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin
Abdul Halim pernah bertugas sebagai Timbalan KSU I di Kementerian Luar Negeri pada 1991 dan dinaikkan pangkat kepada KSU pada 1996. Pada Julai 1998, beliau dilantik sebagai KSN dan bersara pada Mac 2001.

Mesti patuhi peraturan

Beliau juga berkata, dalam peraturan pengurusan kewangan, sepatutnya semua mesti patuhi termasuk oleh orang politik.

"Contohnya, pemberian kontrak ada beberapa cara. Kontrak yang besar dan penting semuanya mengikut tender terbuka. Kita ada juga kontrak kecil yang diberi terus kepada kontraktor dan syarikat.

"Tapi ada beberapa syarat termasuk tak boleh ada campur tangan politik. Orang politik pun tak boleh terbabit dalam pemilihan kontraktor. Yang terbabit menentukan siapa menang tender adalah pegawai kerajaan, sama ada daripada kementerian atau jabatan teknikal contohnya seperti dari JKR (Jabatan Kerja Raya) yang mempunyai kepakaran dalam soal bangunan," katanya.

Abdul Halim berkata, dalam urusan pengendalian tender dan perolehan kerajaan, orang politik tidak dibenarkan campur tangan, termasuk mempengerusikan atau mengambil bahagian dalam jawatankuasa perolehan yang dibentuk.

"Orang politik termasuk menteri dan timbalan menteri tak boleh duduk (dalam jawatankuasa). Mempengerusikan mesyuarat pun tak boleh. Itu sudah jelas dalam peraturan. Tapi biasanya persaingan mendapatkan tender ini banyak tindakan lobi melobi.

"Orang melobi menteri, timbalan menteri. Jadi kita tak mahu oleh kerana hasil daripada lobi ini, pegawai tidak dapat menjalankan tugasnya dengan telus dan jujur," katanya.

Melobi untuk dapat tender

Beliau juga menjelaskan, kontraktor atau syarikat yang mahu mendapatkan tender akan menggunakan apa sahaja cara, termasuk melalui menteri untuk dapat sokongan dan melobi.

"Itu biasa. pejabat menteri beri sokongan. Sokongan itu kemudian dia beri kepada KSU minta pertimbangkan... tapi ikut dengan proses yang ada. Itu tidak apa. Bagi saya itu tidak salah.

"Yang salahnya adalah menggunakan tekanan kepada ketua jabatan, KSU, ketua pengarah atau sesiapa sahaja yang menguruskan tender itu. Kadang-kadang ada juga ugutan. Ini kita rasa tidak patut dan bertentangan dengan konsep atau prinsip ketelusan dan integriti," katanya.

Beliau berkata, pegawai dan penjawat awam mesti dibenarkan menjalankan tugas dengan mengikut peraturan dan prosedur ditentukan serta mengelak untuk mereka berdepan sebarang tekanan.

"Tekanan atau ugutan yang digunakan kepada ketua jabatan supaya dia memihak kepada sesuatu pihak. Itu merugikan kerajaan sendiri.

"Kalau biarkan itu berterusan kemungkinan harga tender itu lebih besar daripada yang sepatutnya. Itu merugikan, jadi kerajaan tidak dapat value for money," katanya.


Presiden Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD), Tan Sri Abdul Halim Ali. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin

Pembabitan politik gugat kelancaran pentadbiran awam

Campur tangan berterusan menteri dalam pelantikan perkhidmatan awam mengundang pelbagai kerumitan dalam urusan pentadbiran kerajaan, mengakibatkan ketirisan wang negara terus berlaku hingga kini.

Abdul Halim berkata, campur tangan berlaku dalam beberapa senario, termasuk berkaitan urusan penempatan dan kenaikan pangkat pegawai serta kakitangan dalam kementerian atau jabatan tertentu.

"Katalah dalam hal ini, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), bertanggungjawab dalam soal penempatan pegawai termasuk untuk tujuan latihan. Dia sudah ada perancangan untuk menempatkan pegawai berkenaan di kementerian atau jabatan tertentu.

"Tiba-tiba tidak dipersetujui oleh orang politik, atas satu sebab itu ia akan menggugat pengurusan perkhidmatan awam yang baik. Kita mahu satu perkhidmatan awam yang cekap, amanah," katanya.

Beliau berkata, jika wujud campur tangan begini, besar kemungkinan pegawai yang ditempatkan di mana-mana jabatan atas 'restu' orang politik ini, mereka akan dipengaruhinya untuk menyempurnakan tugas tertentu.

"Kita tidak mahu ini berlaku kerana kita beranggapan perkhidmatan awam yang baik adalah yang berkecuali dalam soal politik. Yang profesional, yang pakar dalam bidang tertentu dan dia dikehendaki memberi khidmat kepada kerajaan tanpa dipengaruhi oleh politik.

"Kerajaan menentukan dasar dan pegawai kerajaan akan melaksanakan. Tapi kalau ada campur tangan atas satu dua sebab, jadi pegawai itu tidak dapat berfungsi dengan efisien, cekap, bersih dan amanah," katanya.

Elak konflik dalaman

Beliau juga berkata menteri dan timbalan menteri serta pentadbiran awam perlu mempunyai sikap saling hormat menghormati dan sentiasa bekerjasama dalam menyempurnakan segala urusan kerajaan dan rakyat.

Katanya, kedua-dua pihak mesti memahami bidang tugas masing-masing bagi mengelak wujud konflik dalaman yang hanya akan menjejaskan kelancaran pentadbiran kerajaan.

"Orang politik ada tanggungjawab dia masing-masing, kita perkhidmatan awam pun ada tanggungjawab kita iaitu untuk melaksana dasar yang sudah ditentukan oleh Parlimen atau Kabinet.

"Jadi orang politik dan pentadbiran awam mesti bekerjasama dalam suasana pengurusan tadbir yang baik. Dalam suasana di mana korupsi, rasuah tidak akan mempengaruhi pelaksanaan dasar yang sudah ditentukan," katanya.

SumbeR:https://www.bharian.com.my/berit ... tangan-menteri-ahli

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2022 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tender pun kalau xde cable Jgn hrp la nak dpt..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 08:54 AM | Show all posts
"Itu biasa. pejabat menteri beri sokongan. Sokongan itu kemudian dia beri kepada KSU minta pertimbangkan... tapi ikut dengan proses yang ada. Itu tidak apa. Bagi saya itu tidak salah.


tak salah hotak kau.... patut ni pun tak boleh... ni yg jadi kt kwap kan, PM masa tu hantar surat utk pertimbangan 1mdb pinjam duit...nanti kena dgn sprm, pegawai tu padahal orang politik ni nanti cakap saya hantar untuk pertimbangan jer, bukan suruh dia pilih tu


kalau kt kerajaan kau nak ngelak, buat bodo bila perdana menteri, menteri kewangan hantar surat...memang idak la, mesti kau akan berat ke arah syarikat yg dorang mention dalam surat tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 11:09 AM | Show all posts
Projek LCS sebagai contohhh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 11:31 AM | Show all posts
lama dah benda ni..kenapa baru nak bersuara sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
epullipan replied at 5-12-2022 11:31 AM
lama dah benda ni..kenapa baru nak bersuara sekarang


Gomen baru la ngok.. harap kat PN berdalil la x sudah2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2022 11:35 AM | Show all posts
juboqhang replied at 5-12-2022 11:33 AM
Gomen baru la ngok.. harap kat PN berdalil la x sudah2

benda da berlaku berzaman sejak zaman BN lagi
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
n3ar replied at 5-12-2022 08:54 AM
tak salah hotak kau.... patut ni pun tak boleh... ni yg jadi kt kwap kan, PM masa tu hantar surat  ...

Kalau salah kenapa Wan Fahsyal x ditangkap?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2022 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
epullipan replied at 5-12-2022 11:35 AM
benda da berlaku berzaman sejak zaman BN lagi

Bang Non suruh forensic audit korang gelak2 time debat dulu. Sooo… siapa yg merelakan sakau ni? 60 tahun lebih buat apa? Goyang teloq?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang menang tender gomen tu pun kengkadang disakau pegawai (client) pulak mintak itu ini sempena dapat projek, tak gitu? *Kisah ni terjadi kat negara lain
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 12:33 PM | Show all posts

KTMB Double Track Projek lagi contohnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.153620 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list