CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 678|Reply: 4

Bukan Dating Je Memanjang, Zul Ariffin Mengaku Bukan Lelaki Romantik

[Copy link]
Post time 1-12-2022 05:10 PM | Show all posts |Read mode
Zul Ariffin berharap orang ramai tidak terlalu cepat menghukum atau mengkritik penyertaannya dalam program realiti selebriti bujang, Pencuri Hati yang bakal ditayangkan di platform penstriman Sooka.


Zul berkata, program yang menampilkan 13 wanita jelita yang berpotensi mengenalinya secara dekat adalah berbeza dengan program seumpama itu di negara luar.




Foto: IG




"Kandungan ini hanya sekadar program televisyen. Tiada yang personal (peribadi). Penyertaan  saya dalam program ini adalah kerja yang sudah saya persetujui dan perlu berikan komitmen.


"Saya boleh menebak program ini akan menjadi 'panas' pada peringkat awalnya, tapi program ini (Pencuri Hati) juga bukan hanya sekadar 'dating' memanjang.


"Banyak pengisian menarik yang bakal disajikan. Ia bukan program 'dating' dan luangkan masa bersama semata-mata.


"Lagipun, bukan hanya saya dan 13 wanita yang terbabit sebaliknya seluruh pasukan produksi berada di set penggambaran," katanya.


Menurut Zul, sepanjang 14 tahun dalam industri dia mengaku kekok apabila tidak pernah berdepan dengan situasi berkenalan dengan 13 wanita.


"Sudah tentu saya agak canggung kerana ini adalah program realiti pertama saya. Berkenalan pula dengan 13 orang wanita, ia bukan perkara yang biasa saya lakukan.


"Selalu kalau kita berkawan, tiada siapa rakam. Tapi, kali ini kamera ada di sekeliling saya. Ini adalah pengalaman baru buat saya.


"Dalam program ini pun saya ada cakap, kalau mereka mengharapkan saya menjadi lelaki romantik seperti yang mereka lihat di TV, itu bukan saya. Saya gagal. Program ini dah buktikan.


"Bagaimanapun saya seronok terbabit dalam proses penggambaran kerana kesemua 13 wanita ini mempunyai cita-cita tinggi dan mahu mengenali mereka dengan lebih mendalam," katanya.


Dalam masa sama, Zul berasa gembira dapat mengusik dan melawak dengan 13 wanita yang terbabit dalam program Pencuri Hati.


"Seronok bila dapat tengok macam-macam gelagat. Sejujurnya, mereka semua wanita yang baik," katanya.


Pencuri Hati menonjolkan 13 wanita berpesonaliti menarik yang bakal mempertaruhkan hati untuk memenangi peluang mengenali selebriti tampan Zul Ariffin selama 24 jam (during daylight).


Kesemua 10 episod program realiti ini akan ditayangkan secara eksklusif di Sooka bermula 9 Disember ini sehingga 10 Februari tahun depan.-CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2022 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk perempuan2 tu mcm.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
So heols jenis alpha male la ni?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 10:47 AM | Show all posts
yela jol adela harapan ko nk pegang2 nnt kan
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kan ke beriya2 hri tu kata nak pindah mesir. Propa ekkk mu ni jate
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.062144 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list