CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 385|Reply: 1

[Borneo] Cukupkah Bekalan Ketika Monsun?

[Copy link]
Post time 1-12-2022 03:26 AM | Show all posts |Read mode



Tuan Azman Adam, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP telah diwawancara di Malaysia Hari Ini, TV3 mengupas topik Cukupkah Bekalan Ketika Monsun?

Seperti kita semua sedia maklum, Negara sedang mengalami Monsun Timur Laut bermula November 2022 dan dijangka berlarutan sehingga Mac 2023 berdasarkan maklumat diperolehi daripada Jabatan Meteorologi Malaysia.

Hal ini secara tidak langsung memberikan kesan ke atas bekalan barangan tertentu khususnya hasil laut dan beberapa jenis sayur-sayuran disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu itu.

Bagi memastikan barangan keperluan sentiasa mencukupi terutamanya ketika musim Monsun Timur Laut ini, Kerajaan melalui KPDNHEP telah melaksanakan pemantauan ke atas kedudukan bekalan bagi 26 jenis barangan keperluan iaitu gula, minyak masak, tepung gandum, telur ayam, beras, petrol, face mask, hand sanitizer, ayam, roti, bawang, susu tepung, biskut, lampin dewasa, sardin, mi segera, air mineral, lampin bayi, tuala wanita, LPG, diesel, cili kering, ikan masin, ubat-ubatan, tisu basah dan tisu tandas.  


Selain itu, bagi memastikan bekalan keperluan di bawah kategori hasil laut dan sayur-sayuran pula ketika musim monsoon ini, KPDNHEP telah mengadakan sesi libat urus dengan agensi-agensi Kerajaan lain yang berkaitan seperti Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan sebagainya serta bersama pihak industri.
Hasil maklumat yang diperolehi, bekalan adalah mencukupi untuk menampung keperluan pengguna dalam Negara walaupun terdapat sedikit penurunan jumlah tangkapan hasil laut akibat daripada cuaca yang tidak menentu ketika ini. Perkara ini adalah fenomena biasa yang berlaku apabila setiap kali musim tengkujuh melanda Negara kita.

Walau bagaimanapun, stok bekalan hasil laut segar beku (Q-Fish) terutamanya bagi jenis ikan yang dikategorikan sebagai Ikan Rakyat seperti ikan kembung, sardin, selar, pelaling, selayang, cencaru dan sebagainya adalah mencukupi untuk menampung kekurangan hasil laut ketika ini dalam tempoh beberapa bulan lagi.
Bagi sayur-sayuran pula berkemungkinan ada mengalami sedikit perubahan harga berpunca daripada kekurangan hasil/ bekalan akibat daripada keadaan cuaca yang tidak menentu yang menjejaskan penghasilan tanaman sayur-sayuran.

Bekalan barangan lain seperti daging dijangka kekal mencukupi dan stabil untuk menampung keperluan rakyat di Negara kita.

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2022 11:47 AM | Show all posts
benda2 cani selalu lebih terkesan kat peniaga2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.523558 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list