|
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Kota Bharu: Bilangan tangkapan mat rempit dari Januari hingga Oktober lalu menunjukkan peningkatan 65 tangkapan atau 114 peratus berbanding tempoh sama, tahun lalu .
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pada tahun ini 122 tangkapan dilakukan berbanding 57 tangkapan tahun lalu dengan 61 tangkapan mat rempit berusia 17 tahun ke bawah direkodkan berbanding 18 tangkapan tahun lalu .
"Manakala mereka yang berusia di antara 18 hingga 39 tahun mencatatkan sebanyak 57 tangkapan pada tahun ini berbanding 39 tangkapan pada tahun lalu dan hanya empat tangkapan yang direkodkan pada tahun ini membabitkan individu berusia 40 tahun ke atas," katanya selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.
Beliau berkata, mana-mana tangkapan yang dibuat membabitkan pelajar, Ketua Polis Daerah perlu memanjangkan perkara berkenaan kepada Pengarah serta Pegawai Pendidikan Negeri supaya ia dapat ditangani sekaligus mengelakkan mereka terbabit dalam aktiviti tidak bermoral.
"Pada masa sama, kita juga mahu mengelakkan pelajar di bawah umur menunggang motosikal tanpa lesen dan pasukan trafik bergerak dari kampung ke kampung untuk melakukan pemantauan," katanya.
MUHAMAD Zaki (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah anggotanya. FOTO Hazira Ahmad Zaidi
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki berkata, 126,529 keping saman dikeluarkan antara Januari sehingga Oktober tahun ini berbanding 108,745 saman, tahun lalu.
"Kesalahan yang paling banyak direkodkan ialah tidak memakai topi keledar dengan jumlah 6,145 saman pada tahun ini berbanding 6,114 saman pada tahun lalu dan diikuti kesalahan menggunakan alat komunikasi sebanyak 623 sama pada tahun ini berbanding 529 saman pada tahun lalu.
"Selain itu, kesalahan pendaftaran nombor kenderaan pula mencatatkan sebanyak 2,263 saman pada tahun ini berbanding 2,707 saman pada tahun lalu dan kesalahan melanggar lampu isyarat pula adalah sebanyak 2,014 saman pada tahun ini berbanding 2,274 pada tahun lalu.
"Manakala kesalahan ubah suai ekzos pula merekodkan 1,493 saman pada tahun ini berbanding 2,181 saman pada tahun lalu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... empit-meningkat-114 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|