View: 278|Reply: 0
|
Maghribi kian hampir ke pusingan kalah mati
[Copy link]
|
|
PEMAIN Maghribi meraikan kejayaan menewaskan Belgium 2-0, Ahad lalu. FOTO AFP
Al Rayyan, Qatar: Maghribi memburu slot ke pusingan kalah mati Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh empat dekad jika menang atau seri ke atas Kanada pada aksi terakhir Kumpulan F, Khamis ini.
Maghribi mencatatkan kemenangan pertama di Piala Dunia sejak 1998 dengan menewaskan pasukan di ranking kedua dunia, Belgium, 2-0 pada Ahad lalu, sekali gus melonjakkan moral pemain dan sambutan umpama pesta dalam kalangan penyokong serta rusuhan di Brussels.
Pada aksi terakhir kumpulan, Maghribi akan berdepan Kanada yang memburu kemenangan sulung dalam sejarah kejohanan walaupun sudah tersingkir selepas membuat penampilan pertama Piala Dunia dalam tempoh 36 tahun.
Menang atau seri akan memastikan Maghribi layak kali pertama ke pusingan 16 terakhir sejak 1986.
Tetapi, jika Kanada menang, Maghribi mengharapkan Belgium menewaskan Croatia dalam satu lagi aksi Kumpulan F sebelum perbezaan jaringan akan menjadi ukuran pasukan mana bakal mara.
"Jika kami mara ke pusingan kalah mati, saya fikir kami akan semakin merbahaya selepas itu," kata pengurus Maghribi, Walid Regragui selepas kemenangan ke atas Belgium.
Mereka menukar penjaga gol pada saat akhir sebelum sepak mula perlawanan dengan Belgium apabila Munir El Kajoui masuk menggantikan Yassine Bounou.
Doktor pasukan mengatakan Bounou terasa pening sebelum perlawanan, tetapi cergas untuk diturunkan menentang Kanada.
Kanada sudah tersingkir selepas tewas kepada Belgium dan Croatia, tetapi mampu menjaringkan gol sulung di Piala Dunia hanya 68 saat selepas sepak mula perlawanan dengan Croatia.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... pusingan-kalah-mati |
|
|
|
|
|
|
| |
|