CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 247|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tarif air kategori bukan domestik, khas di Pulau Pinang naik mulai 1 Januari

[Copy link]
Post time 29-11-2022 09:32 PM | Show all posts |Read mode
Tarif air kategori bukan domestik, khas di Pulau Pinang naik mulai 1 Januari


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



GAMBAR hiasan




Georgetown: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan melaksanakan pelarasan tarif air baharu bagi kategori bukan domestik dan khas membabitkan rumah ibadat serta kebajikan, premis kerajaan, institusi pengajian tinggi (IPT) dan perkapalan mulai awal tahun hadapan.

Bagaimanapun, bagi pengguna air domestik masih menikmati kadar tarif yang sama seperti biasa kecuali pengguna meter pukal domestik.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Ir K Pathmanathan berkata, pelarasan tarif air baharu bagi kedua-dua kategori itu telah diwartakan Kementerian Alam Sekitar dan ia bakal dikuatkuasakan di Pulau Pinang mulai 1 Januari tahun depan.

"Pelarasan ini dilakukan berdasarkan Mekanisme Penetapan Tarif yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara , iaitu mekanisme penetapan tarif yang sistematik, adil dan telus bagi memastikan industri perkhidmatan air negara mencapai kemapanan jangka masa panjang.

"Dengan pelarasan tarif baharu ini, pengguna kategori berkenaan dijangka mengalami perubahan dalam bil air bulanan mereka bergantung kepada cara penggunaan air masing-masing.

"Sebagai satu-satunya operator bekalan air di negeri ini, pelarasan tarif air amat penting bagi PBAPP supaya penaiktarafan infrastruktur bekalan air dapat dilaksanakan sekali gus dapat memenuhi permintaan bekalan air pengguna secara mapan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pelarasan tarif air juga dilaksanakan bagi menampung Projek Pelan Kontingensi Air Mentah 2020 yang sedang berjalan sehingga tahun 2025.

"Pengguna turut dinasihatkan memasang peranti penjimatan air (WSD) di premis mereka bagi mengurangkan penggunaan air.

"Selain itu, pemilik perniagaan dan organisasi digalakkan untuk mengambil bahagian secara aktif dalam program Pensijilan Aqua Save melalui laman web Penang Green Council," katanya.


Disiarkan pada: November 29, 2022 @ 9:01pm








sumber


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.240398 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list