View: 1370|Reply: 2
|
Melly Goeslaw ziarah pusara P. Ramlee, Saloma
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Selepas lebih 10 tahun tidak berkunjung ke Malaysia, pusara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarhamah Saloma menjadi lokasi pertama yang dijejaki komposer dan penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslaw sebaik tiba di Kuala Lumpur petang tadi.
Melly, 48, bersama suaminya, Anto Hoed menerusi Instagram menjelaskan, sudah lama dia menyimpan hasrat untuk menziarahi pusara seniman agung itu, namun baru kini mempunyai kesempatan.
“Hari ini saya tiba di Kuala Lumpur untuk persiapan berjumpa media esok. Saat tiba tadi kami terus menziarahi ke pusara P. Ramlee dan Saloma.
“Saya turut berkesempatan berjumpa dengan cucu Saloma dan baru tahu juga ternyata P. Ramlee memiliki darah keturunan Aceh,” ujar Melly.
Menurut Melly atau nama sebenarnya Melliana Cessy Goeslaw, dia melihat P. Ramlee sebagai seorang tokoh seni yang genius.
“Terlalu kagum saya dengan tahap genius karya-karyanya dan kisah semasa hidupnya memberi inspirasi saya dalam berkarya.
Meskipun tidak pernah kenal secara langsung, tetapi punya energi yang sama dalam mencipta sebuah karya.
“Saya menginginkan karya-karya ini kelak boleh dikenang sebagai sesuatu yang indah dalam kehidupan, selamanya. Al-Fatihah,” tulis Melly dalam Instagramnya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Jika itu tiba di Kuala Lumpur bagi menghadiri sebuah sidang akhbar Ada Apa Dengan Melly? yang dijadual berlangsung di sebuah hotel di ibu kota esok.
Difahamkan ratu runut bunyi Indonesia itu bakal mengadakan konsert di Malaysia sempena 30 tahun karier muziknya. – KOSMO! ONLINE |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Melly Goeslaw Tiba Di Kuala Lumpur, Ziarah Pusara P. Ramlee & Saloma.
Melly Goeslaw Tiba Di Kuala Lumpur, Ziarah Pusara P. Ramlee & Saloma.
Penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslaw tiba di Kuala Lumpur hari ini bagi membuat persediaan sebelum sesi bersama pihak media tempatan esok.
Sejurus tiba di ibu negara, Melly dan suaminya Anto Hoed menziarahi pusara pasangan penyanyi legenda, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma di Jalan Ampang.
Peminat Karya P. Ramlee
Menurut Melly yang berkongsi hal itu di Instagram, dia amat mengagumi keindahan karya P. Ramlee dan terinspirasi daripada kisah hidup seniman itu.
“Sudah lebih 10 tahun kami tidak ke Kuala Lumpur. Banyak yang meminang saya untuk mengadakan konsert di KL. Tetapi rasa kagum saya terhadap Almarhum P Ramlee membuat saya berfikir sangat panjang.
“Saya ingin mendapat rekan yang sejiwa dengan keinginan saya dalam konsep dan segalanya. Terlalu kagum saya dengan kejeniusan karya-karya beliau , dan kisah semasa hidupnya yang amat menginspirasi saya dalam bermuzik.
“Hari ini saya tiba di KL untuk persiapan berjumpa dengan media esok .Saat tiba tadi kami langsung berziarah ke makam P Ramlee dan Saloma , dan berkesempatan pula berjumpa dengan cucu daripada Saloma . Dan baru tau juga kalau ternyata P Ramlee masih ada keturanan Aceh,” kongsinya.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata wargamaya meninggalkan respon positif dan ramai juga peminat Melly di Indonesia yang mengagumi bakat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Pertemuan Melly bersama pihak media yang dijadualkan esok adalah untuk konsertnya yang bakal diadakan pada sekitar awal tahun hadapan.
Sumber: https://murai.my/2022/160890/mel ... ra-p-ramlee-saloma/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
al fatihah kepada arwah Tan Sri PRamlee... |
|
|
|
|
|
|
| |
|