CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 289|Reply: 0

[Borneo] [LUAR NEGARA] Isteri larikan diri bersama wang loteri suami RM750,000

[Copy link]
Post time 29-11-2022 08:14 PM | Show all posts |Read mode
BANGKOK: Seorang lelaki di Thailand terkedu selepas mendapat tahu isterinya melarikan diri bersama-sama teman lelakinya, lapor The Thaiger.

Lebih menyedihkan lagi, wanita itu turut membawa kesemua wang loteri yang dimenangi suaminya.

Lelaki tersebut memenangi RM750,000 (6,000,000 Baht) dan dengan rasa gembira membawa isteri serta anak-anaknya untuk mengambil wang hadiah tersebut.

Dia membayar RM3,765 (30,000 Baht) untuk cukai dan menderma RM125,525 (1,000,000 Baht ) ke sebuah kuil tempatan di Thailand.

Mangsa kemudian memindahkan semua wang tersebut yang berjumlah RM627,626 (5,000,000 Baht) ke dalam akaun isterinya.

Semasa menderma di kuil tersebut, dia turut menjemput beberapa rakan rapat dan keluarganya sebagai saksi.

Menurutnya dia perasan seorang lelaki pada majlis itu yang tidak pernah ditemui dan apabila mangsa bertanya kepada isterinya tentang dia, isterinya mendakwa dia saudara jauh, katanya semasa disoal pihak polis.

Selepas majlis berakhir, dia mendapat tahu lelaki yang dilihatnya bukan saudara jauh, tetapi kekasih isterinya.

Wanita itu dikatakan melarikan diri bersama-sama kekasihnya sejurus selepas majlis tamat.

“Anak saya kemudian memberitahu, ibu mereka menghubunginya dan memberitahunya tentang hubungan sulitnya. Dia kini berpindah ke Nong Khai.”

Namun, selepas perbualan itu anaknya tidak dapat menghubungi ibunya kerana dia mematikan telefon bimbitnya.

Menurut polis mereka tidak dapat melakukan apa-apa atau mendapatkan semula wang terbabit kerana wang itu telah dipindahkan ke akaun bank isterinya.

Walaupun mereka mempunyai lima anak bersama, polis juga mendapati mereka tidak pernah berkahwin secara sah, oleh itu tiada apa-apa yang dapat dilakukan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.203661 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list