CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 470|Reply: 2

Gangguan Bekalan Elektrik Besar-Besaran Lepas Pesawat 'Melekat' Pada Menara Pencawang Elektrik

[Copy link]
Post time 29-11-2022 07:49 PM | Show all posts |Read mode
Sebuah pesawat ringan terhempas dan merempuh menara pencawang elektrik voltan tinggi dalam kejadian di negeri Maryland, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.


Insiden itu menyebabkan gangguan bekalan elektrik besar-besaran di Montgomery County.








Ketua Bomba Montgomery County, Scott Goldstein berkata, dua mangsa yang berada dalam pesawat malang itu mengalami kecederaan parah, namun berjaya diselamatkan.


Pesawat itu dilaporkan terhempas dan melekat pada struktur pencawang elektrik itu sekitar jam 5.40 petang (waktu tempatan) dalam keadaan berkabus dan basah.


Sebelum diselamatkan, kedua-dua mangsa tergantung kira-kira 100 kaki di atas pencawang dan situasi itu menyebabkan gangguan elektrik yang menjejaskan lebih 85,000 kediaman dan premis perniagaan.


Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), pesawat enjin tunggal Mooney M20J itu berlepas dari Westchester, New York dan sepatutnya mendarat di Montgomery Airpark berhampiran dengan lokasi nahas.


"Nahas berlaku berhampiran kawasan komersial ketika hujan tetapi punca sebenar masih belum dapat dipastikan," menurut kenyataan FAA.




Sumber: Sinar






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2022 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Pilot selamat takk?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 11:20 AM | Show all posts
Kaw-kaw kena karan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.092805 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list