View: 2476|Reply: 13
|
Anak Tipu Sebab Tak Nak Risau, Sharifah Shahirah Terkejut Airell Kemalangan Bas Terbabas
[Copy link]
|
|
IG Shiera
Pelakon Sharifah Shahirah terkejut apabila anak lelakinya, Airell Zulkifli terbabit kemalangan jalan raya apabila bas dinaikinya dari Singapura menuju ke Kuala Lumpur terbabas di Jasin, Melaka semalam.
Airell yang berada di Singapura sejak Jumaat lalu untuk menghadiri festival animasi pada mulanya cuba berselindung daripada bercerita perkara sebenar kepada ibunya.
IG Shiera
Namun, kisah terbongkar apabila Shahirah atau lebih mesra disapa Kak Rara mendapati kesan luka di kepala Airell.
“Anak lelaki saya pergi Singapura sebab ada festival animasi, saya tak kisah pun. Biasa lah anak lelaki keluar berjalan. Dia pergi dengan kawan-kawannya.
“Cumanya di sebalik cerita sebenar, dia pergi ke sana tanpa bagi tahu saya sejak hari Jumaat lepas. Waktu dia keluar rumah, saya dan suami sedang bekerja sampailah saya telefon baru dia bagi tahu yang dia dan kawan-kawannya ke Singapura, jadi saya ok je bila dah tahu.
“Bas tersebut bergerak dari Singapura. Airell kata bas delayed beberapa jam, katanya rosak. Patutnya suami saya akan ambil dia jam 5 pagi hari Isnin, tapi bila saya bangun pagi tengok anak saya masih tak sampai rumah. Suami kata anaknya bagi tahu bas rosak sebab tu lambat sampai KL.
“Petang Isnin saya balik kerja, saya nampak ada luka di bahagian dahi dia, mulanya dia tutup pakai rambut dia. Sebab rambut dia agak panjang.
“Bila saya tanya kenapa, dia kata itu jerawat, tapi saya tengok macam luka. Saya kata dekat dia kau kena pukul dengan orang ke? Dah la pergi Singapura tak bagi tahu mak ayah dia.
“Bila kena paksa tanya, dia kata sikit je kemalangan, saya terus terkejut bila dia bagi tahu bas kemalangan. Terus dia buka cerita sebenar bas bukan rosak tapi accident, mengucap panjang saya waktu dengar tu,” kongsinya.
Terdahulu, Sheira memuat naik satu hantaran di Instagram beserta tangkap layar sebuah berita memaklumkan anaknya itu terlibat dalam kemalangan di Jasin Melaka.
Sumber: Gempak
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nizleen86 at 29-11-2022 01:04 PM
Herloksss juga anak kak rara yang ni. Cakap pun lembut sangat iols yg tengok ghisau. Baik je nampak budaknya. Haritu dia samakan anak dia ni dengan michael jackson. But he is a very talented artist la..kakak penyanyi, adik pelukis. Jiwa seni sungguh anak2 dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Nizleen86 replied at 29-11-2022 01:03 PM
Herloksss juga anak kak rara yang ni. Cakap pun lembut sangat iols yg tengok ghisau. Baik je nampak ...
Ariell tu anak sulung shiera dgn ijoy. Yg pompuan sorang lagi pendiam tu adik. Yg kecoh anak nama odah tu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by alieyrina at 29-11-2022 01:13 PM
Makeover sikit lagi bleh dpt rupa lee jong suk anak kak shirahhh ni |
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 remaja kan...nak explore mcm2..
Taknak mak risau la tu. Iols percaya anak dia..sebb nmpk baik budaknnyaa |
|
|
|
|
|
|
|
Acikgomen replied at 29-11-2022 01:10 PM
Ariell tu anak sulung shiera dgn ijoy. Yg pompuan sorang lagi pendiam tu adik. Yg kecoh anak nama ...
Nak tunggu si odah tu apa pulak talentnya. Nampak mcm ke arah mak dia juga tu meriahhh |
|
|
|
|
|
|
|
Seronok tengok anak2 dia… |
|
|
|
|
|
|
|
Nizleen86 replied at 29-11-2022 01:30 PM
Nak tunggu si odah tu apa pulak talentnya. Nampak mcm ke arah mak dia juga tu meriahhh
Dok ajaq deydey buat benda bukan2
Lawak tgk dia lawan kakak dia bilik sapa paling cool |
|
|
|
|
|
|
|
Bdk2 tgh nak membesar, mcm ni la......mcm2 benda2 terkejut depa buat...hahahaha.... |
|
|
|
|
|
|
|
moga cepat sembuh dik. syukur selamat. pandai simpan. takut mak ayah risau |
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 she semua ikut muka bapak
Nasib Ijoy herlokk
Anak2 pun herlokk laki puan |
|
|
|
|
|
|
|
Adoii dik awak tu dahla satu2nya anak lelaki yg mak awak ada.
Jgn gini bitau laa kalau nak g mana2 pun.
Rupa plak dahla helok, patut duk dendiam je kat umah sampai cukup masak.
Mujur tak luka teruk sampai hilang kehelokkan tu |
|
|
|
|
|
|
|
anggeriklatifah replied at 29-11-2022 01:16 PM
Anak2 remaja kan...nak explore mcm2..
Taknak mak risau la tu. Iols percaya anak dia..sebb nmpk baik ...
Usahler pcaya dgn muka innocent budak2 remaja ni..parent kena stiasa alert n ambik tau stiap pergaulan anak2...zaman skg ni mcm2 yg x terjangkau dek akal fikiran leh berlaku.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|