CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 296|Reply: 0

[Terengganu] Bekalan telur kembali pulih di Terengganu

[Copy link]
Post time 28-11-2022 12:06 PM | Show all posts |Read mode

BEKALAN telur di Terengganu kembali pulih. -GAMBAR HIASAN

  

KUALA TERENGGANU: Bekalan telur ayam di pasaran di negeri ini kembali pulih kira-kira 60 peratus dan dijangka mencapai 100 peratus dalam masa terdekat.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, pemeriksaan dilakukan pegawai penguat kuasa di 13 syarikat pemborong telur di negeri ini semalam mendapati kesemua premis tersebut
menerima bekalan 100 peratus.

Menurut beliau, bekalan telur ayam yang diterima itu dalam proses pengagihan kepada peruncit-peruncit di sekitar Terengganu.

“Insya-Allah, masalah kekurangan bekalan telur di pasaran Terengganu hampir pulih sepenuhnya.

“Oleh itu, orang ramai tidak perlu lagi membuat pembelian panik kerana bekalan telur ayam akan kembali stabil seperti biasa tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Sementara itu, tinjauan di beberapa pasar raya sekitar bandar raya ini mendapati bekalan telur sudah seperti biasa dan hanya bermasalah di beberapa kedai runcit.

Seorang pekerja swasta, Nur Atiqah Ahmed Shah, 28, berkata, dia membeli dua papan telur di sebuah pasar raya di Bukit Bayas di sini pada sebelah pagi kerana khuatir bekalan akan habis.

“Seorang lagi rakan sepejabat saya pula memberitahu stok bekalan telur di kedai runcit biasa masih tiada, mungkin dalam proses pengagihan daripada pemborong,” katanya.

Seorang peniaga kecil, Noorainee Abdul Aziz, 43, pula berkata, dia terpaksa membeli telur gred AA pada harga RM19 untuk satu pada berbanding harga biasa RM16.

“Kerana terpaksa, saya beli juga namun hasil maklumat rakan peniaga yang lain mereka beritahu, stok di pusat pemborong sudah ada sejak lewat petang semalam dan saya berharap sangat masalah ini dapat diatasi secepat mungkin,” katanya. –UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... ulih-di-terengganu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.062773 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list