CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 281|Reply: 0

[Terengganu] Pengguna, peniaga 'beratur panjang' dapatkan bekalan telur ayam

[Copy link]
Post time 27-11-2022 03:32 PM | Show all posts |Read mode

Ahmad (kiri) hampa melihat bekalan telor ayam di syarikat pemborong kehabisan hari ini. FOTO BAHAROM BAKAR

Kuala Terengganu: Kekurangan bekalan telur ayam serta minyak masak peket di bandar raya ini menyebabkan ada pengguna terpaksa 'menjelajah' ke setiap pasar raya dan kedai borong untuk mendapatkan bekalan bahan mentah itu.

Tinjauan Harian Metro di beberapa lokasi di bandar raya ini mendapati bekalan bahan mentah itu kehabisan stok sejak Khamis lalu, bagaimanapun beberapa pasar raya masih ada menjual bekalan telur ayam yang dihadkan dengan pembelian dua papan mengandungi 60 biji telur kepada pelanggan.

Peniaga, Azlina Dillah, 43, dari Kampung Duyong, di sini, berkata, dia terpaksa pergi ke beberapa kedai borong dan pasar raya setiap hari untuk mendapatkan bekalan telur ayam.


"Saya menggunakan antara lima hingga 10 papan telur ayam sehari untuk menjual burger di kampung. Walaupun terpaksa beratur panjang (di pasar raya atau kedai borong), saya tidak kisah asalkan dapat bekalan.

"Setakat ini, saya tidak berdepan masalah mendapatkan bekalan minyak masak peket kerana beberapa pasar raya masih menjualnya walaupun dihadkan hanya dua kilogram (kg) seorang," katanya ketika ditemui, hari ini.

Suri rumah, Ain Azmi, 27, mencadangkan kerajaan dan syarikat pemborong menyusun jadual penjualan telur ayam.

"Kesesakan dan isu beratur panjang untuk mendapatkan bekalan telur ayam disebabkan tiada pengasingan antara pengguna harian dan peniaga.

"Pengguna harian terpaksa beratur panjang bersama dengan peniaga dan pengusaha kedai makan bagi mendapatkan satu atau dua papan telur ayam untuk kegunaan harian," katanya.

Sementara itu, tinjauan ke beberapa syarikat pembungkusan minyak masak mendapati kuota dikhaskan kehabisan menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bekalan-telur-ayam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.284272 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list