CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2601|Reply: 48

[Tempatan] Tujuh beranak semua jadi doktor

  [Copy link]
Post time 27-11-2022 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: Bukan sahaja mewarisi kebijaksanaan bapa, malah kesemua enam anak Dr Wan Ahmad Kamal Wan Annuar, 72, meneruskan legasi dengan mengikut jejak langkahnya memilih bidang perubatan sebagai kerjaya.

Lima daripada enam anak Dr Wan Ahmad Kamal yang juga pakar perunding perubatan dan kulit, kini bergelar pakar perunding dalam bidang kepakaran masing-masing.

Mereka ialah Dr Wan Syazli Rodzaian, 44, iaitu pakar perunding pembedahan plastik dan rekonstruktif, Dr Wan Syameen Afira, 42, (pakar perunding kulit dan estetik), Dr Wan Syahira Ellani, 39, (pakar perunding histopatologi), Dr Wan Syamir Zharif, 37, (pakar perunding buah pinggang), Dr Wan Syazween Lyana, 36, (pakar perunding kulit dan estetik) manakala Dr Wan Suzanna Maria, 29, ialah doktor perubatan dan peguam.

Dr Wan Ahmad Kamal berkata, beliau dan isteri, Julie Yacob, 68, tidak merancang untuk memastikan kesemua anak mereka menjadi doktor.


Malah, mereka hanya menyangka hanya seorang atau dua daripada mereka yang menceburi bidang itu.

Menurutnya, berkemungkinan, pendedahan beliau merawat pesakit di klinik kepada anak-anak sejak kecil, menimbulkan minat mereka dalam bidang berkenaan.

"Di klinik kulit saya, ada ruang khas untuk keluarga dan anak-anak sering datang ke klinik selepas pulang dari sekolah atau pada masa lapang. Malah, mereka suka melihat saya merawat pesakit dan turut membantu memberikan ubat kepada pesakit," katanya.

Ditanya berkaitan rahsia kejayaan mendidik anak-anak, Dr Wan Ahmad Kamal berkata, sebagai ibu bapa, mereka sangat mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak dan sentiasa mendorong menanam keyakinan diri.

"Kami juga sentiasa menggalakkan anak-anak untuk mencapai yang terbaik dalam pelajaran dan kehidupan. Di samping itu, kami memberikan pujian walaupun kebaikan yang mereka dilakukan adalah kecil. Ditambah pula, hubungan kekeluargaan di antara kami sangat rapat dan ini menjadikan anak-anak terbuka untuk berkongsi masalah, sama ada berkaitan pelajaran atau lain-lain," katanya.

Selain itu, kata Dr Wan Ahmad, keluarga mereka juga mempunyai tabiat suka membaca dan ini membantu membentuk kecemerlangan pendidikan anak-anak.

Dr Wan Ahmad Kamal berkata, beliau sering ditanya mengenai makanan yang diberikan kepada anak-anak ketika kecil berikutan kejayaan mereka di dalam pelajaran.

Katanya, beliau tidak mempunyai sebarang makanan khusus yang diberikan kepada anak-anak tetapi menekankan kepada pengambilan makanan segar, seimbang, rendah lemak dan kurang minyak.

"Anak-anak juga lebih menggemari makanan yang dimasak oleh ibu mereka.

"Ibu mereka pula suka bertanya kepada anak-anak makanan yang mereka mahu makan sebelum memasaknya," katanya.

Dr Wan Ahmad Kamal berharap serta bedoa yang kesemua anak-anaknya terus berjaya dalam kerjaya masing-masing malah dapat memberikan rawatan terbaik kepada pesakit dengan sepenuh hati.


https://www.hmetro.com.my/utama/2022/11/908745/tujuh-beranak-semua-jadi-doktor

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2022 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Syabas...Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah

Pekat DNA doktornya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2022 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau salah sorang jadi misi atau bidan sure kena pulau...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat sangat ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah..tapi tak da pelik sangat..Dr Rosman kat Kg Baru pun anak dia semua Doktor jugak.Dr Hatta Ramli pun sama kalau tak silap.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Doktor Ismail kat kpj johor pun anak2 semua doktor jugak.. wife dia pun doktor.. xde pelik sgt pun. Rasa ada lg family yg mcm ni..

Cuma Dr Rosli aje anak dia retis.. gambit
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 12:35 PM | Show all posts
hebat semuanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2022 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini iols suka baca..
Tahniah keluarga ni.
Hebat mak ayahnya mendidik anak dengan sebaiknya
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 01:18 PM | Show all posts
macam famili kat kampung nenek aku lah, bapak kaki penyamun dan penagih, anak dia semua pun berjaya jadi kaki penyamun dan penagih. cuma mak dia je jadi kaki bekap, silap cakap semua dia nak parangkan
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini la yg patut orang muslim tak kira b40, m40, t20 highlightkan n jadi idol so tht jadi ikutan semua bukan jadi POLitaIk yang kija merembat duit orang instead tolong orang. Or Retis yang nak glamer aja. Ini baru betul sangat hebat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 01:28 PM | Show all posts
Lagi pelik kalau bapa doktor anak semua rempit

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 01:34 PM | Show all posts
yg sorang lagi anak tu tak diceritakan pulak .... kena sisih ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
airisa replied at 27-11-2022 01:34 PM
yg sorang lagi anak tu tak diceritakan pulak .... kena sisih ke?

X lah.  Yg youngest tu kan doktor juga, cuma belum capai tahap pakar mcm kakak abang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 01:46 PM | Show all posts
mesti banyak harta faraid diorang khueeeeeeeeeeeeeeeeeeeeenzst

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 01:47 PM | Show all posts
uori replied at 27-11-2022 01:18 PM
macam famili kat kampung nenek aku lah, bapak kaki penyamun dan penagih, anak dia semua pun berjaya  ...

hahaha...


ibubapa ada pengaruh besar terhadap kerjaya anak-anak mereka nanti...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2022 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Almost 1 family tu plk x byr cukai...ehhh

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 01:56 PM | Show all posts
ini tak pelik...sebab DNA dokto....
tgh tunggu berita bapak penagih...mak penagih jugak....
tapi anak2 semua PHD....

baru berita gempak bak hang.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 01:59 PM | Show all posts
wahh  elok sangat ni.. Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang bongsu bukan setakat dr.malah lawyer jgak
Dah nikah blum tu??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-2-2023 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.112832 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list