Beberapa hari lalu, tular sebuah video "panas" mirip penyanyi Ismail Izzani sedang ghairah bercium dan berpelukan dengan seorang wanita di sebuah kelab malam.
Video tersebut telah menjadi bualan hangat netizen hingga ramai yang mengecam Ismail kerana menganggap perbuatan tersebut sebagai sesuatu yang tidak bermoral.
BACA JUGA : Berpeluk Dengan Perempuan Seksi, Siap 'Comolot', Leher,Pipi,-Ismail Izzani Syok Berseronok Di Kelab Malam
Terbaru, perkongsian penyanyi itu di Insta Story mencuri perhatian apabila Ismail berharap tiada pihak campur urusan peribadinya susulan video tular tersebut. Katanya, biarlah apa yang berlaku hanya dia dan keluarganya sahaja yang tahu.
“Biarkan saya. Selagi saya dan ahli keluarga tahu apa tindakan selanjutnya, itu sudah memadai. Katakanlah apa yang anda mahu kata. Saya terus kekal dengan landasan saya, sayangi tenaga anda. Selamat menjalani hari indah semua,” tulisnya.
Dalam perkongsian lain, Ismail memuat naik foto sedang memegang pasport seolah-olah ingin membawa diri namun tidak dinyatakan pula kemana dia hendak pergi.
Jelasnya lagi, dia tiada niat untuk melarikan diri sebaliknya dia tidak mahu membuang masa untuk memberi penjelasan kerana netizen tidak akan peduli tentang apa yang betul atau salah.
Nampaknya Ismail sudah mengakui kesilapannya cuma memilih untuk tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara tersebut. Kita doa kan je lah yang baik-baik. - CARI
|