CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 888|Reply: 5

Datang Nak Tolong Padam Kebakaran, Lelaki Mati Dibakar Hidup-Hidup Oleh 49 Orang

[Copy link]
Post time 26-11-2022 12:21 PM | Show all posts |Read mode
ALGIERS, ALGERIA – Sebuah mahkamah tempatan menjatuhi hukuman mati terhadap  49 individu selepas mereka didapati bersalah membunuh seorang lelaki yang dituduh memulakan kebakaran hutan di Algeria  tahun lalu, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.


Pada 2021, Algeria mengalami kebakaran hutan terburuk dalam sejarah negara itu, dengan 90 orang terbunuh dalam beberapa kebakaran.


Djamel Ben Ismail dilaporkan dibunuh selepas dia pergi ke kawasan kebakaran untuk membantu memadamkan api.






Foto: AFP




Selepas kebakaran tercetus pada Ogos 2021, lelaki berusia 38 tahun itu menerusi ciapan di laman Twitter memaklumkan bahawa dia akan melakukan perjalanan sejauh 320 kilome­ter dari rumahnya bagi membantu penduduk memadamkan api di wilayah Kabylie, timur ibu kota Algeria, Algiers.


Ia merupakan kawasan yang paling teruk terjejas.


Namun selepas tiba, penduduk tempatan menuduh Djamel yang mencetuskan  kebakaran hutan tersebut.


Pada 11 Ogos 2021, rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan mangsa diserang sekumpulan penduduk. Mereka menyeksa dan membakar lelaki itu hidup-hidup.


Video itu mencetuskan kemarahan di seluruh negara dengan bapa mangsa, Noureddine Ben Ismail berkata, dia berasa amat sedih.


“Anak saya pergi ke Kabylie, wilayah yang amat disayangi­nya untuk membantu ‘saudara dan rakan-rakannya’. Namun, mereka membakar dia hidup-hidup,” katanya.


Selain 49 tertuduh, mahkamah  sama turut menjatuhi hukuman penjara  ke atas 28 individu lain berkaitan insiden tersebut. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2022 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
KALAU kes adib tu  hukum mati semua pelaku. Ada ke yg nak guling2 atas jalan ckp tak adil?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Org melayu terlampau baik sgt didunia..mohon import Hakim Algeria tu ke dalam Malaysia..patut dah ada yang Kene hukum mati camni..tak kirela 4org ke 40org ke..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana: Org melayu terlampau baik sgt  ...

ye setuju, bangsa melayu antara bangsa yg baik sgt2
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye setuju kes adib tak selesai2
Hope under pm anwar kes ni dpat diselesaikan dgan adil
Mohon pelaku2 kelly ng mati menggelumpur
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 08:32 AM | Show all posts
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.050567 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list